Sunday, September 1, 2013

BPL: MU menentang Liverpool di Anfield




Manchester United dan Liverpool adalah antara dua pasukan paling berjaya dalam sejarah bolasepak England.  Malam ini bakal menemukan pertemuan kali ke-188 antara kedua-dua pasukan ini.  

Dalam perlawanan malam ini, Giggs akan membuat penampilan kali ke-47 bertemu Liverpool sementara Ashley Young, pemain yang dibeli MU dari Aston Villa pada tahun 2011 akan membuat penampilan pertama dalam kesebelasan utama pasukan MU sejak 8 April 2013. Berita yang kurang sedap disengar pula ialah apabila Rooney tidak turut serta ke Anfield gara-gara mengalami kecederaaan di kepala semasa mejalani latihan.  Menurut Moyes, pengurus Manchester United "It was completely accidental and it'll keep him out for a few weeks"

Empat pertemuan terakhir mereka berakhir dengan keputusan 2-1 dan pada musim lalu Liverpool tewas 1-2 kepada MU di Anfield.



No comments: