Menonton rancangan DNA di Astro yang mengimbau kembali kejayaan pasukan bolasepak negara layak ke sukan Olimpik pada tahun 1972 dan 1980 benar-benar berjaya membuatkan aku merasai kembali betapa bangganya menjadi rakyat Malaysia yang pasukan bolasepaknya adalah yang terhebat di rantau Asia.
Kedua personaliti persatuan bolasepak ini pada pandangan aku telah berjaya membawa dimensi baru dalam bolasepak negara. Setelah sekian lama kesuraman melanda peminat bolaasepak negara, namun kedua-dua mereka telah berjaya mencetuskan fenomena baru kepada dunia bolasepak negara.
Kita perlu membuang sentimen kenegerian andainya mahu menjadi lebih adil dalam melihat kemelut bolasepak negara.
https://www.facebook.com/pages/Presiden-FAM-sila-letak-Jawatan/237249269407
PETISYEN MEMOHON PRESIDEN FAM MELETAKAN JAWATAN DAN FAM DIROMBAK
KENYATAAN MASALAH
Bolasepak Malaysia tidak ada kemajuan berbanding dengan negara-negara Asia yang lain di mana dahulunya negara-negara itu merupakan saingan terdekat Malaysia tetapi kini negara-negara itu sudah jauh meninggalkan kita dalam pentas bolasepak dunia.
MASALAH
- Liga Profesional Gred D dan tidak berdaya saing
- Prestasi pasukan kebangsaan tiada hala tuju
- Sistem bolasepak yang tiada visi dan misi yang jelas
- Pengurusan tidak efisyen serta tiada akauntabiliti - Budaya tidak sihat wujud kerana status Presiden FAM
CADANGAN PENYELESAIAN MASALAH
Bagaimana boleh kita membantu menyelesaikannya;
Selama 28 tahun dibawah pemerintahan presiden yang ada sekarang seramai 17 jurulatih telah ditukar ganti atas alasan gagal membawa kejayaan kepada pasukan kebangsaan, Setiausaha Agung FAM telah bertukar sebanyak 4 kali, timbalan dan naib presiden juga sudah bertukar ganti, sistem liga sudah beberapa kali dipinda, begitu juga rumput di padang, cat di bangunan Wisma FAM, staf-staf di Wisma FAM semua sudah bertukar ganti namun prestasi bolasepak Malaysia masih ditahap yang sama malah merudum dan tiada kemajuan. Jadi apa lagi yang perlu ditukar??? Jika dikaji hanya satu sahaja yang belum ditukar sejak 28 tahun yang lalu iaitu Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia dan pengurusan FAM perlu dirombak.
Dengan ini, saya yang bernama ........................................................................................................................ bernombor kad pengenalan .................................................................................... memohon agar PRESIDEN FAM LETAK JAWATAN DAN FAM DIROMBAK DENGAN HALA TUJU SERTA KEPIMPINAN YANG BARU DAN LEBIH DINAMIK.
SILA POSKAN KE ALAMAT, PETI SURAT NO. 3233, PEJABAT POS SUBANG JAYA BARU, 47507 SUBANG JAYA
BOLASEPAK MALAYSIA MEMERLUKAN ANDA. TIDAK PERLU BERARAK, TIDAK PERLU KEGANASAN, TIDAK PERLU CACI MAKI, HANYA SEDIKIT KUDRAT DAN MODAL SETEM UNTUK MENGIRIM PETISYEN INI SAHAJA.
No comments:
Post a Comment