Saturday, January 29, 2011

Dimitar imbangi kesukaran Rooney

LONDON: Prestasi semasa Dimitar Berbatov yang meledak banyak gol mengimbangi kesukaran dihadapi Wayne Rooney ketika Manchester United yang memburu tiga kejuaraan, bertandang ke Southampton dalam Piala FA, hari ini. 

“Dimitar mempunyai musim yang gemilang dan mungkin berterusan untuk masa yang lebih lama. Keyakinannya begitu tinggi dan dia mungkin berasakan boleh menjaringkan gol setiap kali mendapat bola,” kata pemain tengah United, Darren Fletcher.
United, yang layak ke pusingan keempat Piala FA selepas menewaskan Liverpool, memegang rekod pertandingan dengan 11 kali muncul juara tetapi mengecap kejuaraan terakhir pada 2004. Southampton menafikan kemenangan mereka pada final 1976 dan kali terakhir mereka bertemu pada pusingan ketiga Piala FA dua tahun lalu yang dimenangi United 3-0 di St Mary.
Juara Piala FA musim lalu, Chelsea berkunjung ke Everton - pasukan yang mereka tewaskan pada final 2009 - selepas menemui semula prestasi yang membantu pasukan Carlo Ancelotti itu menjuari Liga Perdana, Mei lalu. 

Pemain utama yang kembali cergas membantu The Blues memenangi tiga perlawanan terakhir dengan menjaringkan 13 gol tanpa dibolosi, bermula kemenangan besar 7-0 menentang Ipswich pada pusingan ketiga Piala FA. - AP 




No comments: