Sunday, January 23, 2011

Ada masalah ke dengan maybank2u?

Balik dari Shah Alam, aku cuba log in masuk ke laman web Maybank2u.  Bila aku dah masukkan Username dan Password, tetiba dia keluarkan popup form untuk aku isikan.  Pelik juga sebab selama ni tak ada masalahpun aku gunakan PC ni untuk masuk ke laman web tu.  Bila aku periksa alamat laman web tu https://www.maybank2u.com.my/mbb/m2u/common/M2ULogin.do?action=Login macam betul aje. Masalah yang digambarkan ialah maybank2u tidak kenal komputer yang aku sedang gunakan.  Lepas tu dia mintak aku masukkan Nombor Kad, Card Security Code, Expiration Date dan ATM PIN. Wah semua rahisa luar dalam dia mintak.  Ini sudah lebih.

Bila aku mula rasa curiga, aku cuba masuk menggunakan handphone, OKla pulak.  Hmmmm.... makin keliru aku dibuatnya.

2 comments:

HBM Consultant said...

Kes yang serupa juga berlaku di CIMB Clicks (online). Seminggu saya diamkan. Lepas seminggu (selepas notis itu tidak dikeluarkan lagi) baru saya berani sambung semula urusniaga di internet...

Sukimin said...

tak gunakannya takut susah, nak gunakannya takut menyusahkan