Selepas prestasi menjunam yang menyebabkan mereka ketinggalan 10 mata kepada Manchester United dalam Liga Perdana, Chelsea yang mencatat kejuaraan berganda begitu bersemangat menjelang perlawanan pusingan keempat dengan Everton.
Kejayaan membelasah Ipswich 7-0 pada pusingan ketiga, diikuti kemenangan dalam Liga Perdana ke atas Blackburn Rovers, yang berakhir 2-0 di Stamford Bridge manakala Bolton kalah 0-2 di Stadium Reebok, Isnin lalu.
Ketua pasukan Chelsea, John Terry percaya kebangkitan Chelsea adalah jawapan sempurna terhadap pengkritik yang menganggap Blues adalah skuad tua.
"Ketika menuju ke penghujung musim lalu, kami menunjukkan betapa hebatnya pengalaman dengan pemain yang kami ada.
"Tiga bulan kemudian saya membaca pelbagai perkara yang tidak baik, kononnya kami semua terlalu tua.
"Walaupun kami mempunyai beberapa pemain yang berusia 30, 31, 32 kami juga mempunyai pemain muda yang sedang meningkat.
"Kami mempunyai gabungan pemain yang hebat dan satu perkara yang anda tidak boleh nafikan ialah mentaliti kemenangan pasukan ini.
"Prestasi Everton tidak menentu tetapi apabila berdepan pasukan besar terutama di padang sendiri, mereka pastinya cenderung untuk meningkatkan permainan.
"Jadi ia akan menjadi ujian sukar buat kami, namun sudah pasti kami akan memberi tentangan dan tidak akan menyerah,'' kata Terry. - AFP
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0129&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan_Luar_Negara&pg=sl_01.htm
Everton ni dibarisi sekurang-kurangnya 3 orang bekas pemain Manchester United iaitu kaptennya Phil Neville, Louis Saha dan penjaga gol dari AmerikaSyarikat Tim Howard.
No comments:
Post a Comment