Sunday, January 23, 2011

Dia Kata: Aku Merokok!

Aku dengan orang rumah aku pening memikirkan kenapalah 'makhluk' seorang ni perlu mendakwa aku berbohong pada anak aku. Dakwaannya ialah aku menipu anak aku apabila aku mengaku bahawa aku tidak merokok sedangkan sebenarnya aku merokok.  Hairan dengan manusia jenis ni.  Benda yang aku tak pernah terfikir!

Si Irfan bercerita pada aku, yang 'orang' itu beritahu dia yang aku ni berpura-pura tidak merokok di depannya.   Dia siap cakap lagi yang aku simpan rokok di dalam almari baju.  Astaghfirullah....hebat betul mahluk ni.  Apalah agaknya niat dan faedah yang dia perolehi dengan memburuk-burukkan aku?  Si Irfan tu boleh percaya dan mencari rokok di almari tapi tak jumpa.

Aku ni dulu memang merokok. Macam-macam jenis rokok dah aku cuba - Benson & Hedges, Lucky Strike, Pall Mall, Kent, Marlboro, Dunhill sampailah ke Gudang Garam. Gudang Garam tu aku belajar hisap waktu aku kerja kontrak (buruh kasar) membina Power Station di Pasir Gudang pada tahun 1981 dari seorang pekerja Indonesia, kita orang panggil dia Kancil.

Namun aku dahpun berhenti amalan tu pada tahun 1989.  Selepas berhenti tu ada juga kekadang aku hisap sekadar untuk bersosial.  Kali terakhir aku hisap adalah sewaktu di hotel Holiday Villa, London pada tahun 2006.  Itupun kerana terpaksa.  Masa tu cuaca di sana sejuk  hingga hidung aku tersumbat di tahap yang teruk, sukar nak bernafas.  Sedang aku duduk di lobi hotel, tetiba ada seorang tentera Malaysia.  Kami bersembang.  Rupa-rupanya dia terlibat dengan pasukan Badminton Malaysia yang bertanding dalam kejohanan All England. Dalam berbual-bual tiba-tiba dia keluarkan rokok dan menghisapnya. Dari baunya aku kenal itu rokok Gudang Garam.  Akupun mintak sebatang daripadanya dan aku terangkan pada dia yang hidung aku tersumbat dan mengikut pengalaman aku dulu, Gudang Garam dapat melegakan sedikit. Alhamdulillah, lega sedikit pernafasan aku.  Namun kena ingat, MEROKOK tetap MEMBAHAYAKAN kesihatan!  Itulah satu-satunya rokok yang aku hisap setelah beberapa tahun.

Macam manalah dalam tak ada hujan, tak ada ribut boleh timbul cerita yang aku ni merokok? Dia tak pernah ada sebarang bukti dan tak pernah tengok dengan mata kepalanya.  Hanya berdasarkan dia pernah terbaukan bau rokok pada diri aku, dia sudah membuat andaian.  Kita kalau duduk dalam kelompok orang yang sedang merokok, dah tentulah diri kita akan berbau rokok juga.  Yang hebatnya dia berani menceritakannya pada orang seolah-olah cerita tu betul.  Yang hairannya untuk apa?

Aku rasa 'dia' cuma nak gambarkan yang aku ni adalah pembohong.
 

2 comments:

Dunia Daddy said...

sabar la wahai abg ipar ku.....

HBM Consultant said...

Apa kata cikgu buat 'pakatan berikat' dengan Irfan? Suruh Irfan tanya sekali lagi kisah rokok tu dan rakam percakapan si pembuat fitnah. Apabila sudah ada bukti (dia tidak ada bukti cikgu merokok, kan?), maka bawa sahaja bahan bukti ke mahkamah dan buka kes saman malu 'juta-juta RM' ala-ala Ummi Hafilda tu. Hehehehe...

Gurau sahaja ya (jikalau hendak buat betul pun, boleh sahaja)..