Sunday, January 30, 2011

Emel dari MU (Sat, Jan 29, 2011 at 3:20 AM)


LINDEGAARD STANDS BY FOR DEBUT
New United goalkeeper Anders Lindegaard could make his eagerly-awaited first senior appearance on Saturday when the Reds visit Southampton in the FA Cup.
Edwin van der Sar will be rested from the trip, presenting a chance for either the recent signing or Tomasz Kuszczak to shine at St Mary's. It's a timely opportunity, two days after van der Sar announced his decision to retire at the end of the season.
"It's a possibility [a debut for Anders]," confirmed Sir Alex Ferguson on Friday morning. "He and Tomasz will both travel."
Van der Sar isn't the only first-choice player missing the Southampton match - full-backs Rafael (due to concussion) and Patrice Evra (family bereavement) will also be absent. Michael Carrick could be available, however, after recovering from an ankle injury.
"Hopefully Michael will be okay," said Sir Alex. "And although we picked up one or two bruises at Blackpool the other night - it was quite a physical game - we'll still take a strong squad because it won't be an easy match; cup ties away never are.
"I went to see Southampton play Oldham earlier this month and they won 6-0. They're having a good season. They play good football and I'm sure they'll have a go."

Q&A: EDWIN VAN DER SAR
United's number one spoke exclusively to MUTV  about his decision to retire. Here is a selection of the questions and his answers...
So Edwin, you've come to a decision about your future...
It's been coming for a while really. After playing for so many years in your career, you reach a certain point where you have to make a decision. At the moment it is a wise one to stop playing for United and do something else after May.
What made up your mind to retire because you're still playing as well as ever?
Thank you very much for that! There are a couple of things to consider - whether you still have an appetite for it, your family. At a certain point you have to start looking at yourself also. You have to ask if you can bring that top level of performance that you need at United. At the moment I am quite happy with my form and my achievements on the pitch. I just want to keep that on a high level.
How will you look back on your time at United?
Well, I'm not finished yet, I've still got a few months yet and I'm still aiming for something more. But it's been nice and a great experience, even at my age, to be at a club as big as United. It's been a joy.


BLOG: SIR ALEX STILL THE COMEBACK KING
MUTV's David Stowell takes his hat off to United's master of man management...
Hands up if you lumped a load of cash on the Reds to win at Blackpool when it was half-time? Well done if you did, although I admit, I couldn't see that second half coming. I was commentating on the game with Andy Ritchie and we looked at each other in despair during the interval. That was exactly when Sir Alex was getting stuck into his team in the dressing room beneath us.
He is a master tactician but management goes deeper than that. It's not all about picking a side and telling the players who to mark at corners. Sometimes you need to ditch the methodical part of the game and get into your players' minds. Whether you throw tea-cups, turn on the hairdryer or take the softly softly approach, the 15-minute half-time break is the gaffer's stage and his chance to turn minimum points into maximum points. Whatever he said, it worked a treat.
Sometimes, the dressing-room dressing downs can surprise you. Andy Cole told me recently that at Tottenham in 2001, when United were 3-0 down at the break, he and the team expected Sir Alex to come in and rip their heads off. They all sat down bracing themselves, pondering the first-half debacle and over the course of the next 14 minutes, Sir Alex said absolutely nothing. Then he brutally and concisely summed up his thoughts in 60 seconds. The Reds ended up winning 5-3. He knows how to get the best out of the players.
Of course, there have been some famous fight-backs in the FA Cup too. The 1999 run displayed United's never-say-die attitude against both Liverpool and Arsenal. This time around, Southampton will have a crack at getting ahead and staying there against the Reds. A potential banana skin, or an opportunity for the boss to shuffle the pack and rest some weary limbs? We shall see. Whatever happens at St Mary's, the home side had better make sure they keep playing right until the final whistle.


Saturday, January 29, 2011

Dimitar imbangi kesukaran Rooney

LONDON: Prestasi semasa Dimitar Berbatov yang meledak banyak gol mengimbangi kesukaran dihadapi Wayne Rooney ketika Manchester United yang memburu tiga kejuaraan, bertandang ke Southampton dalam Piala FA, hari ini. 

“Dimitar mempunyai musim yang gemilang dan mungkin berterusan untuk masa yang lebih lama. Keyakinannya begitu tinggi dan dia mungkin berasakan boleh menjaringkan gol setiap kali mendapat bola,” kata pemain tengah United, Darren Fletcher.
United, yang layak ke pusingan keempat Piala FA selepas menewaskan Liverpool, memegang rekod pertandingan dengan 11 kali muncul juara tetapi mengecap kejuaraan terakhir pada 2004. Southampton menafikan kemenangan mereka pada final 1976 dan kali terakhir mereka bertemu pada pusingan ketiga Piala FA dua tahun lalu yang dimenangi United 3-0 di St Mary.
Juara Piala FA musim lalu, Chelsea berkunjung ke Everton - pasukan yang mereka tewaskan pada final 2009 - selepas menemui semula prestasi yang membantu pasukan Carlo Ancelotti itu menjuari Liga Perdana, Mei lalu. 

Pemain utama yang kembali cergas membantu The Blues memenangi tiga perlawanan terakhir dengan menjaringkan 13 gol tanpa dibolosi, bermula kemenangan besar 7-0 menentang Ipswich pada pusingan ketiga Piala FA. - AP 




Piala FA: Chelsea tak rela terlepas kejuaraan

LONDON - Liga Perdana England mungkin sudah tercicir daripada harapan kejuaraan tetapi penyandang juara Chelsea tidak rela melepaskan cengkaman Piala FA, apabila kejohanan bola sepak kalah mati tertua di dunia bersambung hari ini.
Selepas prestasi menjunam yang menyebabkan mereka ketinggalan 10 mata kepada Manchester United dalam Liga Perdana, Chelsea yang mencatat kejuaraan berganda begitu bersemangat menjelang perlawanan pusingan keempat dengan Everton.
Kejayaan membelasah Ipswich 7-0 pada pusingan ketiga, diikuti kemenangan dalam Liga Perdana ke atas Blackburn Rovers, yang berakhir 2-0 di Stamford Bridge manakala Bolton kalah 0-2 di Stadium Reebok, Isnin lalu.
Ketua pasukan Chelsea, John Terry percaya kebangkitan Chelsea adalah jawapan sempurna terhadap pengkritik yang menganggap Blues adalah skuad tua.
"Ketika menuju ke penghujung musim lalu, kami menunjukkan betapa hebatnya pengalaman dengan pemain yang kami ada.
"Tiga bulan kemudian saya membaca pelbagai perkara yang tidak baik, kononnya kami semua terlalu tua.
"Walaupun kami mempunyai beberapa pemain yang berusia 30, 31, 32 kami juga mempunyai pemain muda yang sedang meningkat.
"Kami mempunyai gabungan pemain yang hebat dan satu perkara yang anda tidak boleh nafikan ialah mentaliti kemenangan pasukan ini.
"Prestasi Everton tidak menentu tetapi apabila berdepan pasukan besar terutama di padang sendiri, mereka pastinya cenderung untuk meningkatkan permainan.
"Jadi ia akan menjadi ujian sukar buat kami, namun sudah pasti kami akan memberi tentangan dan tidak akan menyerah,'' kata Terry. - AFP

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0129&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan_Luar_Negara&pg=sl_01.htm

Everton ni dibarisi sekurang-kurangnya 3 orang bekas pemain Manchester United iaitu kaptennya Phil Neville, Louis Saha dan penjaga gol dari AmerikaSyarikat Tim Howard.

Servis kereta

Hari ini tiba giliran kereta orang rumah aku di servis.  Tangguh punya tangguh akhirnya dah lebih 2000 km jarak perjalanan yang sebenarnya.  Patutnya diservis pada jarak 15,000 km tapi tertangguh disebabkan kereta aku meragam hari tu.  Jarak tu semakin bertambah sebab patutnya kereta aku yang dibawa balik ke Johor tapi lain dirancang, lain pulak yang terjadi.
Sambil aku membuat posting ni, si kecik asyik menyebut te, te, te dan bermain dengan wayar headphone dan abangnya Irfan tengah merentas taman di sekolahnya

Irfan merentas desa

Hari ini Sabtu, 29 Januari 2011 merupakan acara merentas desa (taman?) bagi sekolah Irfan.  Dia pagi-pagi lagi dah bersedia.  Bila dah nak pergi, dia tanya nak pakai kasut apa? Aku jawab pakailah kasut sukan yang dia gunakan untuk kelas PJ.  Dia tanya balik....tak boleh pakai kasut Safari (kasut futsal yang menggantikan boot Mercurial dia yang hilang hati tu) ke?   Aku jawab tak payah, nanti baik-baik Irfan nak bersukaria, bila balik berdukalara....

Tuesday, January 25, 2011

Dia Kata: Aku pengamal ilmu hitam

Aku pernah dikatakan menghantar 'hantu' ke rumahnya.  Hantu aku tu boleh kawal televisyen dia.  Tiba-tiba aje televisyen kat rumah dia orang boleh dihidupkan.  Bukan itu aje, hantu  aku tu juga pandai dalam hal-hal kereta.  Kereta tu tiba-tiba mati dimatikan enjinnya.  Ceritanya lebih kurang begitulah, mungkin ada yang tak tepat.  Tapi isi pentingnya ialah aku dikatakan membela hantu.

Teringat masa aku tinggal di Saujana Puchong dulu. Masa tu aku tinggal kat rumah tu seorang.  Aku meletakkan ubat lipas di beberapa penjuru rumah untuk mengelakkan daripada haiwan itu bermaharajalela.  Bentuk ubat lipas tu adalah macam batu yang kita letak di bawah peti sejuk atau mesin basuh.  Cuma dia bersaiz kira-kira 1 inci dan berwarna putih.  .  Bila anak-anak aku datang melawat, ternampaklah benda Allah tu di bawah katil, di bawah sinki, di tepi penjuru televisyen dsb.  Report pun dihantar untuk dianalisis.  Keputusannya... aku mengamalkan ilmu hitam!


Sunday, January 23, 2011

Dia Kata: Aku Merokok!

Aku dengan orang rumah aku pening memikirkan kenapalah 'makhluk' seorang ni perlu mendakwa aku berbohong pada anak aku. Dakwaannya ialah aku menipu anak aku apabila aku mengaku bahawa aku tidak merokok sedangkan sebenarnya aku merokok.  Hairan dengan manusia jenis ni.  Benda yang aku tak pernah terfikir!

Si Irfan bercerita pada aku, yang 'orang' itu beritahu dia yang aku ni berpura-pura tidak merokok di depannya.   Dia siap cakap lagi yang aku simpan rokok di dalam almari baju.  Astaghfirullah....hebat betul mahluk ni.  Apalah agaknya niat dan faedah yang dia perolehi dengan memburuk-burukkan aku?  Si Irfan tu boleh percaya dan mencari rokok di almari tapi tak jumpa.

Aku ni dulu memang merokok. Macam-macam jenis rokok dah aku cuba - Benson & Hedges, Lucky Strike, Pall Mall, Kent, Marlboro, Dunhill sampailah ke Gudang Garam. Gudang Garam tu aku belajar hisap waktu aku kerja kontrak (buruh kasar) membina Power Station di Pasir Gudang pada tahun 1981 dari seorang pekerja Indonesia, kita orang panggil dia Kancil.

Namun aku dahpun berhenti amalan tu pada tahun 1989.  Selepas berhenti tu ada juga kekadang aku hisap sekadar untuk bersosial.  Kali terakhir aku hisap adalah sewaktu di hotel Holiday Villa, London pada tahun 2006.  Itupun kerana terpaksa.  Masa tu cuaca di sana sejuk  hingga hidung aku tersumbat di tahap yang teruk, sukar nak bernafas.  Sedang aku duduk di lobi hotel, tetiba ada seorang tentera Malaysia.  Kami bersembang.  Rupa-rupanya dia terlibat dengan pasukan Badminton Malaysia yang bertanding dalam kejohanan All England. Dalam berbual-bual tiba-tiba dia keluarkan rokok dan menghisapnya. Dari baunya aku kenal itu rokok Gudang Garam.  Akupun mintak sebatang daripadanya dan aku terangkan pada dia yang hidung aku tersumbat dan mengikut pengalaman aku dulu, Gudang Garam dapat melegakan sedikit. Alhamdulillah, lega sedikit pernafasan aku.  Namun kena ingat, MEROKOK tetap MEMBAHAYAKAN kesihatan!  Itulah satu-satunya rokok yang aku hisap setelah beberapa tahun.

Macam manalah dalam tak ada hujan, tak ada ribut boleh timbul cerita yang aku ni merokok? Dia tak pernah ada sebarang bukti dan tak pernah tengok dengan mata kepalanya.  Hanya berdasarkan dia pernah terbaukan bau rokok pada diri aku, dia sudah membuat andaian.  Kita kalau duduk dalam kelompok orang yang sedang merokok, dah tentulah diri kita akan berbau rokok juga.  Yang hebatnya dia berani menceritakannya pada orang seolah-olah cerita tu betul.  Yang hairannya untuk apa?

Aku rasa 'dia' cuma nak gambarkan yang aku ni adalah pembohong.
 

Ada masalah ke dengan maybank2u?

Balik dari Shah Alam, aku cuba log in masuk ke laman web Maybank2u.  Bila aku dah masukkan Username dan Password, tetiba dia keluarkan popup form untuk aku isikan.  Pelik juga sebab selama ni tak ada masalahpun aku gunakan PC ni untuk masuk ke laman web tu.  Bila aku periksa alamat laman web tu https://www.maybank2u.com.my/mbb/m2u/common/M2ULogin.do?action=Login macam betul aje. Masalah yang digambarkan ialah maybank2u tidak kenal komputer yang aku sedang gunakan.  Lepas tu dia mintak aku masukkan Nombor Kad, Card Security Code, Expiration Date dan ATM PIN. Wah semua rahisa luar dalam dia mintak.  Ini sudah lebih.

Bila aku mula rasa curiga, aku cuba masuk menggunakan handphone, OKla pulak.  Hmmmm.... makin keliru aku dibuatnya.

Tolong Jangan Tengok

.
Nasr sedang mandi dengan dua beradik sepupunya Dania dan Danish. Sepupu dia yang seorang lagi Iris tidak menyertai sesi mandi.

BPL: MU menang besar

Aku tengok game tu di Restoran Khalifah, Seksyen 7 Shah Alam denngan adik ipar aku Efy dan bekas schoolmate aku di SMSJ Hussain Mian. Ben Foster bekas pemain MU musim lepas telah melepaskan 5 gol. MUmenang 5-0 dan Berbatov mencatatkan hatrik kali ketiganya. Giggs dan Nani masing2 jaringkan satu gol. Ini bermakna MU kekal di tangga teratas.

Sunday, January 2, 2011

Mandi

Persiapan sekolah Irfan

Ingat sebelum kena


Ingat sebelum kena (kali kedua). Tahun lepas aku terkena dengan helah'nya'.  Tahun ini aku dah tahu permainannya, maka awal-awal lagi aku dengan orang rumah dan Irfan ke SSP untuk menyelesaikan yuran Syamira.  Aku kena letak posting ni sebab kalau tidak cerita bohong akan keluar.  Kesian kawan-kawan dia kena bohong hidup-hidup.  Dari tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 aku laksanakan tanggungjawab aku, namun selagi ada manusia yang seboleh-boleh nak cari kesalahan orang lain (agar dia nampak baik), terpaksalah mereka-reka cerita.  Susah hidup ini kalau dipenuhi oleh pembelit dan pembuat fitnah.


hari yang sibuk

walaupun 1.1.11 cuti umum, tapi aku kena siapkan banyak perkara yang tertangguh. Mula2 ke ofis untuk mengemas sebaagai persediaan tahun baru. Patutnya kerja tu aku buat hari jumaat, tapi disebabkan cuti umum mengejut sempena malaysia menang piala suzuki. Lepas tu lawat baby airis iaitu anak nydp dan guru sekolah aku. Malam tu ke alamanda cari walker si nasr dan kasut mercurial irfan. Balik singgah giant cari singlet dan kasut sukan irfan

nasr dah mula duduk

nasr dah mula boleh duduk minggu lepas. Jadi waktu makan sekarang dia dah mula guna baby chair. Semalam dah belikan walker kat alamanda dan sehari sebelum tu belikan baby chair kat ikea.

irfan dengan kasut barunya

selamat tahun baru 2011

selamat tahun baru kepada semua. Semoga tahun 2011 kita lebih cemerlangdari tahun sebelumnya