Tuesday, June 30, 2009
Selasa: Nak surprisekan adik ipar aku
Monday, June 29, 2009
Riadah
Sunday, June 28, 2009
Ira dah jadi pelajar TESL UiTM
Lawat Syamira
Pak Din Mancing: Selamat Hari Jadi Anum
Hello Dobi di Syioknyer Mancing
Friday, June 26, 2009
Tersenyum aku....
Thursday, June 25, 2009
Pemancing Setia
Wednesday, June 24, 2009
Selasa datang lagi
Sunday, June 21, 2009
Saturday, June 20, 2009
Dania
Selipar Jepun
Agaknya dari manalah asal dapat nama selipar yang diperbuat daripada getah ni? Agaknya waktu tentera Jepun menyerang Tanah Melayu masa perang dunia kedua dulu dia orang ada bawak selipar macam ni kot. Mungkin masyarakat kat sini masa tu cuma kenal capal dan tterompah aje sehinggalah selipar getah ni diperkenalkan.
Hmmm...apa2pun aku bukan nak citer pasal asal-usul selipar Jepun ni tapi kisah aku pergi meeting kat UKM pakai spakai selipar ni. Macam mana boleh terjadi? Balik dari sekolah aku dgn Irfan seperti biasa beli lunch kat gerai makan depan masjid. Lepas lunch Irfan mandi dan siap pakai baju sekolah agama. Sementara tu aku dah siapkan stokin dan kasut utk dibawa masuk ke kereta sebab aku nak pakai selipar. aku ada meeting kat UKM tentang persiapan kemasukan student kohort 4 Jumaat depan. Lepas solat jumaat, akupun hantar irfan ke sekolah lepas tu aku terus chaw ke ukm. Sampai sana, akupun teraba2lah cari kasut aku. Alamak! Aku tertinggal kat umahlah pulak. Terus aku kol ismail dan akmal beritau hal tu. Dia org kata ok je. Aku segan sebab nak lalu depan ramai student kat lobi. Segan lagi sebab nak
Thursday, June 18, 2009
Monday, June 15, 2009
Kisah Balik Kampung
Singgah makan kat R&R Seremban

Bila balik kampung biasanya aku teringin masakan mak aku. Tapi mak aku cakap dia nak rasa masakan menantunya. Orang rumah akupun masak lemak udang dan goreng udang.
Bila masak lemak udang, kena ada bendi. Tapi kat rumah tak ada stok bendi ni. Jadi aku dengan Irfan dengan rela hatinya naik motor pergi cari bendi. Bukan main seronok lagi si Irfan.
Mak aku ni sebenarnya pantang kalau tahu anak atau menantu atau cucunya sukakan sesuatu. Bila Irfan sebut dia suka makan karipap, jam tu juga dia buatkan karipap. Dapatlah Syam pengalaman membuat karipap dengan mendapat tunjuk ajar dari mak usunya.

Bila dah goreng karipap tu, maka Syam dengan bangganya mencari karipap hasil buatannya sendiri. Bukan main bangga dia dapat makan karipap tu!
Satu perkara yang masing-masing seronok kat kampung ialah naik motor atuk pusing kampung. Maka bergilir-gilirlah aku membonceng dia orang. Penumpang tetapnya dah pasti si Irfan!
Sebenarnya kita orang dah rancang untuk singgah makan kat Restoran ZZ untuk pekena mee rebus tulang. Tapi sebab dah kenyang makan karipap dan mak pulak pujuk supaya balik lepas sembanhyang maghrib maka niat tu kita bertiga (kecuali Irfan) setuju untuk dibatalkan. Member sekolah lama, Azman Rahim ada SMS aku cadang nak jumpa sembang2. Said Ahmad (kita orang panggil dia YB) pun suruh setkan MG kat kawasan Skudai - boleh panggil Umat Salleh dan Batan datang sama. Tapi akhirnya tak dapat nak buat pasal masa dah suntuk sangat.
Jadi sewaktu dalam perjalanan balik, kita orang singgah di R&R Ayer Keruh, Melaka untuk makan malam.
Kita orang sampai kat kolam udang Saujana Puchong tepat pukul 12 tengah malam. Masa tu Irfan dah flat habis....
Tapi lain pulak halnya dengan Syamira. Dia masih segar-bugar dan masih sempat untuk berposing dengan udang.

Esok paginya kita orang dapatlah bersarapan karipap yang mak bekalkan dalam bentuk separa goreng.

Sayunya hati Irfan
Sunday, June 14, 2009
Hantar Syam balik SSP
Siap masukkan barang dalam booth keretaBalik Johor
Kita orang berempat balik Johor rumah orang tua - balik hujung minggu aje sebab orang rumah aku tak boleh cuti rehat selama 28 hari mulai 1 jun sewaktu bertukar kerja ke kklw. Aku pulak dah siap2 cuti seminggu sebab kalau ikut rancangan asal kita orang akan ke melaka 2 malam dan johor 3 malam. Tapi apa boleh buat....dah bukan rezeki. Bila balik hujung minggu, kena balik semula ke Kinrara awal sebab syam kena balik ke ssp sebelum kul 2 petang. Hmmmmm...mana dia nak iron baju, kemas baju, cari groceries dll memang tak cukup masa kalau balik pagi Ahad. Jadi ada tak ada, baliklah kita orang malam Sabtu.pesta buku
Jumpa member lama di Alamanda
Aku sekeluarga ke Alamanda untuk cari kasut sukan anak aku yang kedua, Syamira petang tadi. Tetiba aku ternampak satu muka yang familiar bermata layu nak terlelap kat bangku rehat tingkat bawah. Oppsss.... Najib rupanya. Aku tak dapat sembang lama sebab nak cepat malam ni nak bertolak balik ke Johor






















Beli groceries sambil menggayakan kasut

Akhirnya semua siap dibeli


Irfan tolong angkut barang masuk ke hostel