Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan 2010

Bazar Ramadhan BK5
Seperti biasa setiap kali masuknya bulan Ramadhan, bazar-bazar akan dibuka di merata-rata tempat. Bukan mereka yang beragama Islam sahaja yang akan mengunjunginya, malah mereka yang bukan beragama Islam pun akan sama memeriahkan suasana di bazar ini.
Petang tadi aku dengan isteri dan 2 anak sempat mencari kuih-muih untuk dijadikan starter berbuka puasa. Pertama kali Nasr merasai suasana bazar tapi kesian dia kerana asap ayam golek terlalu banyak dan tidak ketinggalan ada yang menumis terlalu menusuk hidung hingga ramai yang terbatuk-batuk.
Tarawikh
Kalau tahun-tahun lepas, aku pergi bertiga tetapi kali ini aku pergi berdua aje dengan Irfan. Seperti biasa, pada awal-awal ni memang penuh sangatlah masjid. Kalau tengok deretan kereta, memang banyaknya macam sembahyang Jumaat. Sangat berbeza bilangannya berbanding dengan waktu solat Isyak pada bulan-bulan biasa. Kalau waktu itu, kita boleh parking kereta dalam kawasan masjid, tapi pada bulan Ramadhan ni memang kena letak jauh. Teringin juga nak pergi berempat tapi bila difikir-fikir macam kurang sesuai kalau letakkan si Nasr tu di dalam masjid yang sesak tu. Tapi manalah tahu macam tahun-tahun yang lalu, menjelang pertengahan Ramadhan biasanya kesesakan akan berkurangan. Biasalah masa tu dia orang dah mula sibuk buat kuih ataupun sibuk membeli-belah agaknya. Jadi masa tu mungkin ada peluang. Hmmmm.... tapi ada masalah juga. Masalahnya masa macam tu pun aku biasanya dah mula ponteng-ponteng. Dua kali lima juga......

No comments: