Orang rumah aku masak untuk berbuka hari ini. Jadi tak perlulah nak ke bazar Ramadhan. Tapi aku perlu ke Giant untuk belikan susu Nasr dulu. Jalan bukan main sesak kerana untuk ke Giant aku kena lalu laluan bazar tu.
Oleh sebab nak beli dua barang aje, aku amik bakul. Tapi list barang untuk dibeli menjadi semakin bertambah menyebabkan bakul tu memang kelihatan berat. Sampai ada seorang parent SKS2BK menegur aku kenapa tak ambil troli.
Bila dah ambil semua yang diperlukan, giliran Irfan pulak mengorder. Dia mintak belikan Ribena dan susu yang biasa dia minum waktu sarapan muesli. Semakin penuhlah bakul aku.
Masa berbuka, Irfan tak minta aku buatkan air kerana dia nak siapkan sendiri air dia. Rupa2nya dia campur Ribena dan susu untuk minuman lazat berbuka dia. Dia juga tak makan kuih kerana dia ada bekalan bubur lambor yang dia ambik di masjid petang tadi. Wah nampaknya dia berdikari betul malam ni berbuka.
No comments:
Post a Comment