Malam semalam masa dalam perjalanan balik dari Shah Alam ke Kinrara, Irfan meminta sesuatu yang agak mengejutkan kita orang berdua. Dia kata 'pa esok kejut Irfan sahur. Irfan nak puasa'. Mana tak terkejutnya, tak adapun topik puasa dalam perbualan tetiba dia luahkan permintaan itu. Aku tanya kenapa tetiba nak puasa. Dia jawab 'saja aje...'. Alhamdulillah. Aku tanya nak bangun pukul berapa? Dia jawab pukul 4.
Jadi sebelum tidur akupun set loceng jam pukul 4 pagi. Dalam hati aku, akupun was-was boleh ke aku terjaga....maklumlah sehari suntuk dari awal pagu sampai ke malam bantu uruskan majils cukur jambul Nasr dan sepupunya Iriss di Shah Alam. Sedang aku sibuk berteka-teki boleh bagun ke tidak.......zzzz....
Alhamdulillah, rupa-rupanya bila loceng jam berbunyi aku tersedar. Akupun ke bilik Irfan nak kejutkan dia. Hmmmm.....rupa-rupanya langsung dia tak sedar!
Pada masa sarapan akupun saja usik dia. Dia macam tak percaya yang dia tak sedar. Masa dalam perjalan ke sekolah aku cuba korek rahsia, siapa yang suruh dia berpuasa. Dia kata tak ada sesiapapun. Dia sendiri yang hendak. Aku tanya lagi, ada sesiapa ke yang cerita pasal puasa. Rupa-rupanya ustazah di sekolah agama dia yang menggalakkan pelajarnya latih puasa sebelum menjelangnya Ramadhan. Aku sebenarnya taklah risau sangat tentang Irfan berpuasa. Dia sudahpun mula berpuasa (puasa penuh tu) sejak berumur 4 tahun lagi. Teringat aku masa dia bersekolah di Tadika Krista Putrajaya. Teachernya, teacher Yoges suruh dia makan, dia tak mahu sebab dia berpuasa. Teacher geleng kepala tak percaya. Tapi...itulah Irfan. Memang sehingga tahun lepas masih belum ada masalah untuk berpuasa.
p/s Patutnya aku puasa sama dengan dia....
No comments:
Post a Comment