Hari Ahad Syamira demam. Dia mintak hantar ke Shah Alam dulu sebelum balik ke SSP untuk ambil barang. Sebelum ke sana, aku hantar dia ke Klinik di Giant untuk dapatkan rawatan. Untuk menjimatkan masa, sementara ak uke klinik, Irfan dan uminya ke Giant untuk membeli barang dapur.
Balik dari Shah Alam, kita orang singgah Giant semula untuk tukar cuci kereta. Lepas tu Syamira membeli juadah berbuka puasa di Bazar Ramadhan BK5. Mula-mula nak belikan di bazar Ramadhan Taman Seri Serdang, tapi sebab dah agak lewat takut tak sempat balik ke SSP on time.
Jadi selepas hantar SYamira balik ke SSP kita orang pun ke bazar Ramadhan TSS. Tempat ni memang nostalgia sikit sebab aku dulu belajar di UPM dan waktu Ira kecil aku tinggal di Taman Seri Serdang ni. Tak sangka harga jkebanyakan makanan di sini lebih murah dari di Kinrara. Kuih masih 3 seringgit (Kinrara 40 sen sebiji), char kueteow RM3 (Kinrara yang kecil RM3.50), taufu fa RM1 (Kinrara RM1.50)
No comments:
Post a Comment