Hari ini pagi-pagi ni nak ke DEMC Shah Alam untuk pemeriksaan susulan si Nasr. Lepas tu nak ke UKM Bangi untuk ambil gambar yang masih tak berambik-ambik dari hari tu lagi. Lepas tu....hmmm nak cari baju raya si Nasr la di Baby World.
Saturday, August 28, 2010
Pengakap Muda

Wednesday, August 25, 2010
Ngantuk sangat agaknya....

Tengoklah si Irfan ni, balik aje terus aje landing atas sofat dan terlelap. Apa2pun PSP dia tetap tak tinggal. Kad tu pulak kad birthday dia yang diberi oleh kakaknya Syamira.
Trauma

Inilah rupa si Nasr hari Jumaat lepas masa aku nak beri dia ubat. Bergelut jugalah nak pastikan ubat tu tak dikeluarkannya semula.
Tuesday, August 24, 2010
Hilang segala penat
Segala penat setelah bekerja seharian dan bersesak-sesak menempuh traffic jam sepanjang perjalanan balik ke rumah hilang serta-merta apabila terlihatkan senyuman si kecil ini.
Habit Nasr
Nasr kerap dilihat menghisap tangannya. Kempunan apalah agaknya emak dia masa mengandungkannya.
Beramal di bulan Ramadhan
Monday, August 23, 2010
Nasr genap 3 bulan

nasr lepas sembuh dari chicken pox


buka puasa hari ke-13

hantar syam ke klinik dan balik ssp

Hari Ahad Syamira demam. Dia mintak hantar ke Shah Alam dulu sebelum balik ke SSP untuk ambil barang. Sebelum ke sana, aku hantar dia ke Klinik di Giant untuk dapatkan rawatan. Untuk menjimatkan masa, sementara ak uke klinik, Irfan dan uminya ke Giant untuk membeli barang dapur.
Balik dari Shah Alam, kita orang singgah Giant semula untuk tukar cuci kereta. Lepas tu Syamira membeli juadah berbuka puasa di Bazar Ramadhan BK5. Mula-mula nak belikan di bazar Ramadhan Taman Seri Serdang, tapi sebab dah agak lewat takut tak sempat balik ke SSP on time.
Jadi selepas hantar SYamira balik ke SSP kita orang pun ke bazar Ramadhan TSS. Tempat ni memang nostalgia sikit sebab aku dulu belajar di UPM dan waktu Ira kecil aku tinggal di Taman Seri Serdang ni. Tak sangka harga jkebanyakan makanan di sini lebih murah dari di Kinrara. Kuih masih 3 seringgit (Kinrara 40 sen sebiji), char kueteow RM3 (Kinrara yang kecil RM3.50), taufu fa RM1 (Kinrara RM1.50)
Berbuka puasa di Hartz, Sunway
Si Irfan ni tak habis-habis ajak berbuka di Hartz. Memandangkan Syamira ada sama, maka kita orangpun ikutkan. Memang penuh habis kedai ni. Malangnya kita orang dapat tempat bersebelahan dengan meja sekumpulan kira-kira 20 lelaki remaja. Terlalu bising! Cakap menjerit-jerit, ketawa macam orang terpekik-terlolong. Aku rasa kalau dia orang masuk Raja Lawak boleh menang agaknya sebab cakap sikit aje, ketawa macam setengah mati. Bila dah masuk waktu berbuka, baca doa pun dia orang boleh main-miankan juga. Orang sekeliling hanya boleh sekadar menggeleng-gelengkan kepala aje.

Wednesday, August 18, 2010
Sah Nasr kena chicken-pox
Semalam ke Az-Zahrah tapi doktor tak pasti cacar atau HFM. Dia lebih berat ke HFM kerana katanya cuma di kaki, tangan dan kepala saja terdapatnya tompokan merah yang berair.
Hari ini orang rumah aku bawa dia ke DEMC, Shah Alam. Doktor sahkan cacar. Semakin banyak timbul kemerah2an tu
Monday, August 16, 2010
Hari Keenam
Orang rumah aku masak untuk berbuka hari ini. Jadi tak perlulah nak ke bazar Ramadhan. Tapi aku perlu ke Giant untuk belikan susu Nasr dulu. Jalan bukan main sesak kerana untuk ke Giant aku kena lalu laluan bazar tu.
Oleh sebab nak beli dua barang aje, aku amik bakul. Tapi list barang untuk dibeli menjadi semakin bertambah menyebabkan bakul tu memang kelihatan berat. Sampai ada seorang parent SKS2BK menegur aku kenapa tak ambil troli.
Bila dah ambil semua yang diperlukan, giliran Irfan pulak mengorder. Dia mintak belikan Ribena dan susu yang biasa dia minum waktu sarapan muesli. Semakin penuhlah bakul aku.
Masa berbuka, Irfan tak minta aku buatkan air kerana dia nak siapkan sendiri air dia. Rupa2nya dia campur Ribena dan susu untuk minuman lazat berbuka dia. Dia juga tak makan kuih kerana dia ada bekalan bubur lambor yang dia ambik di masjid petang tadi. Wah nampaknya dia berdikari betul malam ni berbuka.
Sunday, August 15, 2010
the kop lawan gunner
mula2 aku ramal arsenal boleh kalahkan pool tapi bila nengok senarai pemain, rasanya pool boleh menang. Game akan mula bila2 masa aje sekarang
bazar ramadhan banting




Saturday, August 14, 2010
Hari ke-3 puasa, Jumaat 13 Ogos
Malam semalam, kita orang hantar Irfan balik Shah Alam. Sebenar pagi tu hampir2 tak bersahur langsung. Orang rumah aku terjaga pukul 5.30 pagi sedangkan imsak pukul 5.43. Kelam-kabut gosok gigi dan makan kurma dan baki kuih berbuka semalam. Telan air sejuk aje... Pada hal nasi dan ayam pop corn goreng dah tersedia tapi dek kesuntukan masa, telan air liur aje menengoknya
Hari ke-3 puasa
Malam semalam, kita orang hantar Irfan balik Shah Alam. Sebenar pagi tu hampir2 tak bersahur langsung. Orang rumah aku terjaga pukul 5.30 pagi sedangkan imsak pukul 5.43. Kelam-kabut gosok gigi dan makan kurma dan baki kuih berbuka semalam. Telan air sejuk aje... Pada hal nasi dan ayam pop corn goreng dah tersedia tapi dek kesuntukan masa, telan air liur aje menengoknya
Thursday, August 12, 2010
hari kedua berpuasa
.jpg)
Wednesday, August 11, 2010
Ramadhan 2010





Bazar Ramadhan BK5
Seperti biasa setiap kali masuknya bulan Ramadhan, bazar-bazar akan dibuka di merata-rata tempat. Bukan mereka yang beragama Islam sahaja yang akan mengunjunginya, malah mereka yang bukan beragama Islam pun akan sama memeriahkan suasana di bazar ini.
Petang tadi aku dengan isteri dan 2 anak sempat mencari kuih-muih untuk dijadikan starter berbuka puasa. Pertama kali Nasr merasai suasana bazar tapi kesian dia kerana asap ayam golek terlalu banyak dan tidak ketinggalan ada yang menumis terlalu menusuk hidung hingga ramai yang terbatuk-batuk.
Tarawikh
Kalau tahun-tahun lepas, aku pergi bertiga tetapi kali ini aku pergi berdua aje dengan Irfan. Seperti biasa, pada awal-awal ni memang penuh sangatlah masjid. Kalau tengok deretan kereta, memang banyaknya macam sembahyang Jumaat. Sangat berbeza bilangannya berbanding dengan waktu solat Isyak pada bulan-bulan biasa. Kalau waktu itu, kita boleh parking kereta dalam kawasan masjid, tapi pada bulan Ramadhan ni memang kena letak jauh. Teringin juga nak pergi berempat tapi bila difikir-fikir macam kurang sesuai kalau letakkan si Nasr tu di dalam masjid yang sesak tu. Tapi manalah tahu macam tahun-tahun yang lalu, menjelang pertengahan Ramadhan biasanya kesesakan akan berkurangan. Biasalah masa tu dia orang dah mula sibuk buat kuih ataupun sibuk membeli-belah agaknya. Jadi masa tu mungkin ada peluang. Hmmmm.... tapi ada masalah juga. Masalahnya masa macam tu pun aku biasanya dah mula ponteng-ponteng. Dua kali lima juga......
Puasa hari pertama

Hari ini sekolah agama Irfan bercuti. Jadi lepas sekolah kebangsaan, dia siapkan kerja rumah. Lepas tu di surf internet sekejap sebelum main kereta hot wheel dia. Lama dia tak main kereta hot wheel tu, tapi semalam disebabkan dia dapat hadiah hari jadi sebiji kereta hot wheel dari rakan sekelas dia,, dia teringin semula keluarkan koleksi lama-lama dia. Tapi lepas tu bila dia dah bosan, diapun melepak atas peha kaki aku dan akhirnya dia.....
Tuesday, August 10, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)