Sunday, February 28, 2010

Perlawanan Carling Cup Akhir: MU menentang Aston Villa

Carling Cup adalah dikatakan piala kelas ke-3 selepas Premier League dan FA Cup. Pelbagai nama sudah diberikan kepada piala ini seperti Piala Liga dan Piala Susu. Sebab itu kebanyakan pasukan besar seperti MU, Chelsea, Arsenal dan Liverpool tidak begitu memberi tumpuan kepada piala ini. Ini memberi peluang kepada pasukan lain (kerdil?) untuk memenangi piala ini. Bagi pasukan besar, biasanya mereka akan menurunkan pasukan pelapis/simpanan mereka saja pada peringkat awal saingan. Apabila menjelang ke peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir barulah mereka menurunkan pasukan yang lebih kuat namun masih lagi adunan antara pemain utama dan pemain simpanan.
Pasukan Manchester di bawah pengurusan Sir Alex Ferguson telah memenangi piala ini sebanyak 3 kali sahaja. Aston Villa memenanginya lebih banyak daripada itu (kalau tak silap 5 kali). Malam ini dua pasukan ini akan bertemu di Wembley dalam perlawanan akhir. Berdasarkan rekod pertemuan kedua pasukan ini dalam Premier League, MU tewas dalam kedua-dua pertemuan home dan away. Namun begitu, MU dilihat masih sebagai pasukan favourite untuk memenangi piala ini....

No comments: