Sunday, February 28, 2010

'2' mendominasi perlawanan Chelsea dan Man City

Semalam berlangsung perlawanan yang dianggap penting oleh kedua-dua pasukan tersebut. Chelsea mahu mengekalkan kedudukan teratasnya dalam liga untuk menjarakkan perbezaan mata dengan pasukan di tangga kedua, Manchester United. sementara Man City mahu terus berada di top four. Sebanyak enam gol dijaringkan dalam perlawanan ini.
Gol-gol perlawanan telah dijaringkan oleh 3 orang sahaja iaitu Lampard (Chelsea), Tevez dan Bellamy (Man City) yang masing-masing menjaringkan dua gol. Dua gol dijaringkan dalam separuh masa pertama. Dua pemain Chelsea yang masing-masing mempunyai dua huruf l pada namanya, Belletti dan Ballack telah dibuang padang pada separuh masa kedua. Ballack dibuang akibat menerima dua kad kuning sementara Belletti menerima kad merah apabila mengkasari Gareth Barry dalam kotak penalti. Akibatnya City mendapat sepakan penalti dan Tevez tidak mensia-siakan peluang untuk menjaringkan gol keduanya. Gol Tevez ini menyebabkan Chelsea ketinggalan dua gol apabila kedudukan menjadi 1-3. Lampard menjaringkan gol pertamanya pada minit ke-42 sementara Bellamy pula pada minit ke-52. Keputusannya Chelsea tewas 2-4 di gelanggang sendiri.
Apa-apapun dah pasti Usop Temerloh (bukan Rompin lagi) merasa kecewa....sabor Sop

No comments: