Sunday, February 28, 2010

'2' mendominasi perlawanan Chelsea dan Man City

Semalam berlangsung perlawanan yang dianggap penting oleh kedua-dua pasukan tersebut. Chelsea mahu mengekalkan kedudukan teratasnya dalam liga untuk menjarakkan perbezaan mata dengan pasukan di tangga kedua, Manchester United. sementara Man City mahu terus berada di top four. Sebanyak enam gol dijaringkan dalam perlawanan ini.
Gol-gol perlawanan telah dijaringkan oleh 3 orang sahaja iaitu Lampard (Chelsea), Tevez dan Bellamy (Man City) yang masing-masing menjaringkan dua gol. Dua gol dijaringkan dalam separuh masa pertama. Dua pemain Chelsea yang masing-masing mempunyai dua huruf l pada namanya, Belletti dan Ballack telah dibuang padang pada separuh masa kedua. Ballack dibuang akibat menerima dua kad kuning sementara Belletti menerima kad merah apabila mengkasari Gareth Barry dalam kotak penalti. Akibatnya City mendapat sepakan penalti dan Tevez tidak mensia-siakan peluang untuk menjaringkan gol keduanya. Gol Tevez ini menyebabkan Chelsea ketinggalan dua gol apabila kedudukan menjadi 1-3. Lampard menjaringkan gol pertamanya pada minit ke-42 sementara Bellamy pula pada minit ke-52. Keputusannya Chelsea tewas 2-4 di gelanggang sendiri.
Apa-apapun dah pasti Usop Temerloh (bukan Rompin lagi) merasa kecewa....sabor Sop

Perlawanan Carling Cup Akhir: MU menentang Aston Villa

Carling Cup adalah dikatakan piala kelas ke-3 selepas Premier League dan FA Cup. Pelbagai nama sudah diberikan kepada piala ini seperti Piala Liga dan Piala Susu. Sebab itu kebanyakan pasukan besar seperti MU, Chelsea, Arsenal dan Liverpool tidak begitu memberi tumpuan kepada piala ini. Ini memberi peluang kepada pasukan lain (kerdil?) untuk memenangi piala ini. Bagi pasukan besar, biasanya mereka akan menurunkan pasukan pelapis/simpanan mereka saja pada peringkat awal saingan. Apabila menjelang ke peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir barulah mereka menurunkan pasukan yang lebih kuat namun masih lagi adunan antara pemain utama dan pemain simpanan.
Pasukan Manchester di bawah pengurusan Sir Alex Ferguson telah memenangi piala ini sebanyak 3 kali sahaja. Aston Villa memenanginya lebih banyak daripada itu (kalau tak silap 5 kali). Malam ini dua pasukan ini akan bertemu di Wembley dalam perlawanan akhir. Berdasarkan rekod pertemuan kedua pasukan ini dalam Premier League, MU tewas dalam kedua-dua pertemuan home dan away. Namun begitu, MU dilihat masih sebagai pasukan favourite untuk memenangi piala ini....

Status Hukum Skim Infinity Downline @ Login Facebook Dapat RM 100

Aku tengok sejak beberapa bulan yang lalu kerap ajakan-ajakan menyertai skim ini di dalam Facebook. Dalam hati aku berkata tak habis-habis manusia ini inginkan kekayaan dengan cara yang senang. Tak pernah sedar walaupun sudah berderet-deret skim cepat kaya seumpama ini terbukti akhirnya menipu pelanggan. Namun kelicikan penaja skim ini mampu mengaburi mata orang ramai. Konsep penipuannya sama cuma nama skim diubah dan menggunakan kaedah yang berbeza.
Di dalam blog Zaharuddin Abd Rahman di www.zaharuddin.net yang diposkan pada 13 Rabi'ul Awal 1431 H/27 Feb 2010 ada diterangkan secara panjang lebar mengenai skim ini. Diringkaskan cerita, menurutnya skim ini adalah HARAM. Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

Monday, February 22, 2010

BPL: MU kalah

MU kalah kali ke-6 dalam liga BPL di tangan Everton. Ini menggagalkan hasratnya untuk memintas Chlsea di puncak liga buat seketika. The Blues dan the Gunner menang perlawanan masing-masing. Aku tak dapat tengok perlawanan ini kerana ada sesi motivasi di sekolah. Irfan dan member FB lah yang tolong update keputusan dari amsa ke semasa

Saturday, February 20, 2010

Si montel

Danish dengan emak (Along) dan kakaknya Dania datang bermalam kat rumah aku semalam. Bapak dia masuk pertandingan memancing ikan di Klang awal pagi ni.
Pagi-pagi lepas dia bangun kita orang kidnap dia bawak masuk bilik...

Main Bola

Semalam masa makan malam kat kedai mamak, Irfan jumpa kawan dia Firdaus. Firdaus ni terer main bola bersekolah di Seksyen 1. Irfan ajak dia main bola pukul 8 pagi esok (hari ini) kat gelanggang bola keranjang tepi Medan Selera BK4. Firdaus setuju....
Pagi ni bukan main awal dia bangun dan bersiap. Baju MU yang dah kering dicuci semalam tak sempat dilipat, dipakainya semula. Kasut pulak baru beli malam semalam di Giant. Pukul 7.45 pagi lepas minum dan tendang2 bola, diapun bergerak ke rumah Firdaus.
Dalam pukul 10.15 pagi dia balik. Bukan dia sorang aje, rupa2nya Firdaus dan Zafran pun ada. Dia orang main berempat rupa2nya....sorang lagi abang Firdaus. Jamulah dia orang dengan sosej, jemput2 dan fruits salad

Teringat dulu2

Ini gambar bapak dan Ira. Bapa baru balik dari menunaikan fardhu Haji pada tahun 1993. Masa ni masih tinggal di Taman Sri Putra, Banting. Apa yang paling mengejutkan ialah bapak sudah berjaya menghentikan amalan berpuluh-puluh tahun dia iaitu merokok. Agaknya doa dia dimakbulkan.

Thursday, February 18, 2010

Rakan Datang Menziarah

Rakan yang berkhidmat di JAPIM datang menziarahi aku masa tinggal di Saujana Puchong. Shamsul, Yusof dan Hj. Abrar tetap dalam ingatan.

Merarau di Alamanda

Semalam kita orang merarau (lunch) di Alamanda.

Wednesday, February 17, 2010

Liga Juara-Juara: MU Menang, Real Madrid Kecundang

Menarik perlawanan pagi tadi ialah apabila dua bekas pemain MU, David Beckham dan Cristiano Ronaldo bermain. Ronaldo mewakili Real Madrid menentang Lyon pasukan dari Peranchis sementara Beckham pula meyarung jersi AC Milan bertemu bekas pasukannya MU. Namun kedua-dua pasukan yang diwakili oleh bekas pemain MU itu kecundang.
Manchester United yang bertandang di tempat lawan di San Siro ketinggalan 0-1 seawal minit ke-3 apabila Ronaldinho menjaringkan gol hasil sepakan percuma Beckham ditendang keluar oleh Evra tetapi jatuh tepat ke posisi Ronaldinho. Namun MU akhirnya memperolehi gol melalui Scholes pada minit ke-36 dan Rooney pada minit 66 dan 74. AC Milan mendapat gol keduanya melalui kuisan cantik Seedorf hasil hantaran Ronaldinho.
Di Lyon pula RM kecundang 0-1 walaupun di atas kertas RM dilihat sebagai pasukan favourite.

Sunday, February 14, 2010

Si montel Danish

BPL: Jadual Baki Perlawanan MU

16.2 A AC Milan

20.2 A Everton

23.2 H West Ham

28.2 N A.Villa, Final Carling Cup

06.3 A Wolves

10.3 H AC Milan, UEFA

14.3 H Fulham

21.3 H Liverpool

27.3 A Bolton

03.4 H Chelsea

10.4 A Blackburn

17.4 A Man City

24.4 H Spurs

01.5 A Sunderland

09.5 H Stoke

Makan Tengah hari di Kinrara

Lengang hari ini. Walaupun CNY, tapi Giant tetap buka. Lepas ni nak ke Shah Alam.

Thursday, February 11, 2010

Kokurikulum: Seronoknya Irfan

Semalam (Rabu, 10.02.10) Irfan sibuk cerita pasal aktiviti permainan bolasepak dalam kokurikulum mingguan dia. Kalau minggu lepas dia dengan Pengakapnya kali ini dengan sukan.
Hari Selasanya pada sebelah malam dia dah sibuk mintak kebenaran bawak kasut boot bola dia dan akhirnya aku benarkan. Tapi bila tiba masanya dia terlupa nak bawak. Bila balik dari sekolah petang tu, alamak! Warna kasut sekolah dia dah macam kasut orang kerja dalam selut. Memang patutpun, bayangkanlah budak main bola, pakai kasut sekolah dalam musim hujan. Tak ada warna putih sikitpun yang aku nampak. Terus aku teringat pasal iklan sabun. Kalau betul iklan-iklan pasal sabun kat TV tu yang boleh rendam aje pakaian kotor, esok pagi dah putih melepak semula kan best. Masa kecik2 dulu (masa tu tengok TV kat rumah orang - TV hitam putih) aku memang fikir apa yang ditunjukkan oleh iklan2 tu betul2lah betul. Salah satu iklan yang aku ingat ialah bila direndam baju-baju kotor, terus ada makhluk2 halus yang menggigit dan memakan kotoran tu. Habis semua kotoran tu dimakannya sampai putih melepak baju yang kotor tu.
Sambung cerita Irfan, malam tu masa buat homework dia seperti biasa sibuklah bercerita tentang bola. Pasukan dia kalah 0-1, tapi dia tetap berpuas hati. Dan satu lagi dia suka cara cikgu Saipullah - kelakar katanya.

Wednesday, February 10, 2010

Rumah aku ada hantu

Sejak dua menjak ni (bahasa ni tak betul ya....Pn. Marni) kisah hantu memang begitu popular dijadikan cerita baik di panggung wayang mahupun di kaca televisyen. Bukan saja di Malaysia malah di negara-negara lain juga ia begitu popular seperti di Korea dan Hollywood. Bermacam-macam nama atau tajuk cerita hantu yang diterbitkan.
Aku teringat masa Tok Mat (arwah) menerajui Kementerian Penerangan, cerita jenis ini tidak dibenarkan untuk tayangan tetapi larangan tersebut sudah tidak relevan sekarang. Salah satu kesan negatif yang membosankan aku akibat menonton cerita-cerita macam ni ialah budak-budak jadi penakut. Siang hari pun takut apatah lagi malam hari. Sampai kekadang kita kena temankan dia walaupun dalam rumah sendiri.
Tapi tajuk cerita aku kali ni tak adapun kaitan dengan hantu jenis tu. Aku cuma nak kongsi yang kat rumah aku dah ada Hantu Tempe. Siapa lagi kalau bukan si Irfan. Cuba tengok sekarang ni kalau umi dia masak tempe goreng, dia akan siap-siap ambil dan susun banyak-banyak dalam pinggan dia. Ada satu hari tu kita orang makan di kedai, dia ambillah tempe banyak-banyak tapi akhirnya dia tak makanpun. Dia kata tak sedap...sedap lagi tempe yang umi dia goreng.

Raj

I'm glad that my friend, Raj is back to update his blog. For a year he was busy with life until totaly forget about his "We'll never walk alone - lets celebrate". We came from same state and the cute part is we shared the same birthdate - 5th December! But one thing is we are not the same - he's Liverpool die hard fan! :( Here is his latest posting.

Sunday, February 7, 2010

Sabtu: Hari Tanpa Beg Plastik

Kempen ini adalah anjuran Kerajaan Negeri Selangor. Aku sokong sangat langkah mengurangkan penggunaan plastik oleh pusat membeli-belah setiap hari Sabtu.

Bukan Main Semangat si Irfan

Irfan menyertai Pasukan Pengakap. Rabu lepas sebaik dia balik dari aktiviti tu, bukan main rancak lagi dia bercerita tentangnya. Dalam kereta lagi dia dah tunjuk tepuk, tepuk pengakap. Bila sampai rumah dia mintak buku kulit tebal untuk buat tugasan pertama mengenai biodatanya. Aku hanya sempat beli buku tu esoknya. Sebaik dapat aje, dia tak bertangguh terus menyiapkan tugasannya itu.

jumpa bekas murid sk telok pulai

semalam aku menghadiri majlis perkahwinan emma (sama tempat kerja di kpm dulu) di taman pinggiran putra. Sedang aku menuju ke khemah makan untuk bersalam dengan bapak pengantin, tiba2 ada yang menegur aku. Rupa2nya murid aku upsr 1999 di sk telok pulai, klang dulu. Naziha sekarang menuntut di UiTM.

Lunch at @Kenny Rogers, Alamanda

Lawat Syam di SSP

Breakfast at Nasi Lemak Antarabangsa, Puchong

BPL: MU Menang 5-0

Wayne Rooney menjaringkan gol pertama diikuti dengan gol kedua, gol sendiri hasil dari sepakan Nani. Berbatov menjaringkan gol hasil dari gerakannya yang bersahaja lantas mengelirukan pemain lawan. Micheal Carrick meyepak dari jarak jauh lalu terkena pemain lawan dan gerakan bola melengkuk masuk ke jaring dengan tidak tercapai oleh David James. Gol kelima adalah gol sendiri

Saturday, February 6, 2010

BPL: Rooney penentu?

Perlawanan malam ini di antara MU dengan Portsmouth mengingatkan aku pada MU menentang West Ham United yang merupakan perlawanan terakhir musim 2006/2007 (kalau aku tak silap) di Upton Park, London. Masa tu West Ham di tangga terbawah (sama seperti Portsmouth sekarang) sementara MU sedang mendahului liga. West Ham sedang berusaha untuk mengelak daripada diturun divisyen. Keputusan 2-1 memihak kepada West Ham United.
Malam ini walaupun berbeza namun keadaannya hampir serupa cuma ia bukan perlawanan terakhir dan MU bukan di tangga teratas serta perlawanan berlangsung di Old Trafford. Portsmouth yang berada di tangga tercorot sedang bermati-matian untuk mengelakkan diturunkan divisyen sementara MU pula cuba memintas Chelsea di tangga teratas.
Rooney yang dipuji habis-habisan terutamanya oleh boss MU, Sir Alex Ferguson mungkin boleh menjadi kunci untuk memenuhi harapan seluruh peminat MU. Dulu sewaktu Nistelrooy masih mewakili MU, jersi 10 dipakai olehnya sementara Rooney memakai no. 8. Setelah Nistelrooy berhijrah ke Real Madrid, jersi 10 beralih kepada Rooney. Rooney yang dibeli dari Everton dengan harga 30 juta pound pada tahun 2004 bukan saja mampu menjaringkan gol, malah dia juga bijak bertindak untuk membuka ruang dan membuat umpanan cantik kepada rakan sepasukan.

BPL: Mampukah MU Melonjak ke Tangga Teratas?

Sekarang ini sedang berlangsung perlawanan derby di antara Liverpool dengan Everton. Namun menonton perlawanan ini hanya sekadar memenuhkan masa sementara menanti perlawanan MU menentang Portsmouth. Kedua-dua pasukan Merseyside ini dilihat tidak mampu untuk menjuarai liga perdana musim ini. Namun begitu Liverpool sedang berusaha untuk menempatkan pasukannya di tangga 4 teratas bagi melayakkannya memasuki Liga Juara-juara pada musim depan.

Friday, February 5, 2010

Annual IT Salaries

Tukaran matawang ini adalah berdasarkan tarikh hari ini (BUKAN 2008) seperti pada http://www.xe.com/
445,817.00 HKD = 197,597.16 MYR 69,714,408.00 IDR = 25,792.833 MYR 554,075.00 INR = 40,832.02 MYR 500,736.00 PHP = 37,036.40 MYR 62,502.00 SGD = 151,213.56 MYR 746,096.00 THB = 77,349.22 MYR

Lama dah tak makan di As-Subuh, Saujana Puchong

Tadi sempat juga kita orang makan di restoran ini. Dah lama juga tak ke sini. Dulu masa aku tinggal di Saujana Puchong, restoran inilah yang menjadi destinasi tetap aku. Sekarang ia dah ada lawan apabila Restoran Sri Fairus dibuka.

Hujan lebat

Pagi ni aku hantar Irfan ke sekolah. Hujan lebat betul bila semakin hampir dengan Sekolah Kebangsaan Seksyen 2 Bandar Kinrara tu. Seperti yang dijangka, pintu pagarnya sesak dengan kenderaan yang bersusun nak masuk. Aku tak sanggup nak tunggu lalu terus mencari parking di tepi jalan utama. Memang rezeki aku, ada parking yang kosong dan terus aku masuk. Sementara itu, Irfan sudahpun menyiapkan payung untuk aku gunakan. Dalam keadaan hujan lebat itu, agak sukar juga untuk aku keluarkan dan membuka payung kerana air hujan turun mencurah-curah. Sebaik saja payung dibuka, kaki akupun terus melangkah keluar....alamak, dalamnya air! Habis tenggelam capal (sandal) yang aku pakai kerana paras melebihi buku lali aku. Nasib baik aku tak jadi memakai kasut sewaktu keluar dari rumah tadi. Habis macam mana Irfan nak turun kalau air sedalam tu? Dia pakai kasut yang baru dibasuh pulak tu sebab kasut dia semalam comot akibat terpijak lopak. Hmmm...dapat idea, dukung dia!

Thursday, February 4, 2010

Banyaknya duit.....

Ini Raj.....tengok tu duit dia, banyaknya.

Dengan Kashfi

Kumpulan aku sedang menunggu PM Dr. Ruhizan untuk bentangkan perkembangan projek.

BPL: Rezeki MU datang awal

Hull City berjaya mengekang Chelsea mendapat 3 mata apabila seri 1-1. Ini masih mengekalkan Chelsea di tempat teratas dengan beza 2 mata dengan MU. Aku mula-mula jangka Chelsea akan tercicir mata apabila menentang Arsenal hujung minggu ni. Namun dengan tidak disangka-sangka rupa-rupanya ia berlaku lebih awal. Mana nak sangka, Hull City dianggap sebagai pasukan belasahan oleh sesetengah orang. Apatah lagi ia menentang pasukan teratas liga. Alhamdulillah

Wednesday, February 3, 2010

Matinya Timmy II

Mak datang lagi

Ujang dan adiknya Suraya

Hantar Irfan ke Sekolah

Dah agak lama aku tak hantar Irfan ke sekolah sejak aku bertukar tenpat bertugas. Selama ini, orang rumah aku yang hantar. Namun hari Isnin hingga hari ini (Rabu) aku berpeluang menghantar dia.