Sunday, May 12, 2013

Sangat kebetulan!

Robin van Persie
Angka  20 dan 13 tidaklah ada sesuatu yang istimewapun.  Dalam pasukan Manchester United pada musim 2012/2013, jersi bernombor 13 digunakan oleh Anders Lindegaard sementara nombor 20 pula digunakan oleh Robin van Persie.  Kedua-dua pemain ini sangat berbeza peranannya apabila bermain.  Lindegaard sebagai penjaga gol sudah pasti akan mempertahankan pintu golnya daripada dibolosi sementara van Persie pula sebagai penyerang perlu memastikan perkara sebaliknya.  Secara kebetulan, van Persie sememangnya memakai jersi nombor 20 serta menyimpan azam membantu United mengecapi kejuaraan ke-20nya pada awal musim.  Secara kebetulan, impiannya menjadi kenyataan. 





Sangat kebetulan!
Namun bila angka 20 dan 13 ini digabungkan, ia menjadi 2013. 2013 merupakan tahun ini dan tahun ini boleh dianggap tahun yang penuh bermakna, istimewa dan kesedihan kepada Manchester United.  Tahun 2013, MU berjaya merangkul kejuaraan liga kali ke-20nya dengan 13 daripadanya adalah sewaktu di bawah bimbingan pengurus terhebat Sir Alex Ferguson.  Tahun 2013 juga menyaksikan Sir Alex Ferguson mengumumkan persaraannya daripada menjadi pengurus Manchester United yang dipegangnya selama hampir 27 tahun.  Tidak kira sama ada kawan, lawan, pemain, penyokong, peminat dan musuh pasti akan merindui kehadiran, aksi dan gelagatnya mulai musim 2013/2014.

Sir Alex Ferguson - speechless!


1 comment:

Waibi. M said...

tahniah MU, untuk aku asalkan bukan MU