Wednesday, May 29, 2013

Piala FA Pusingan Kedua Pahang Menentang Johor Ditangguhkan: Betul ke laporan ini?

Laporan Berita Harian mengenai Perlawanan Pahang-Johor Darul Takzim ditunda akibat kekecohan penonton ini yang tidak berdasarkan sumber rasmi dan sahih boleh menimbulkan kekeliruan dan kemarahan.

Screen capture laporan Berita Harian pada pukul 10:39:39 malam 28 Mei 2013

Perlawanan Pahang-Johor Darul Takzim ditunda akibat kekecohan penonton

Cetak
Kuantan: Kekecohan berlaku di Stadium Darul Makmur pada perlawanan separuh akhir antara Pahang bertemu Johor Darul Takzim apabila penyokong Johor bertindak memasuki padang kerana tidak berpuas hati perlawanan ditunda. 
Kejadian itu menyebabkan beberapa penyokong Johor cedera kerana terkena balingan objek daripada tempat duduk penonton. Polis bertindak cepat dengan mengawal keadaan supaya tiada kejadian tidak diingini berlaku.



Tindakan berkenaan dipercayai akibat tidak berpuas hati kerana pasukan Johor Darul Takzim enggan meneruskan perlawanan walaupun polis sudah memaklumkn keadaan terkawal dan selamat kira-kira jam 10.15 malam.

Terdahulu perlawanan sepatutnya bermula kira-kira jam 8.45 malam namun ditangguhkan apabila penonton melimpahi ke kawasan trek dan padang sebelum pasukan keselamatan mengarahkan mereka berundur dan memasuki kawasan tempat duduk.

No comments: