Apabila Manchester City tewas 0-1 di tangan Arsenal, maka impiannya untuk mendakap kejuaraan BPL nampak semakin pudar. Ketinggalan 8 mata di belakang jiran setempatnya The Red Devil dengan baki perlawanan hanya tinggal 6 menjadikan usaha kelab kaya tersebut seolah-olah sudah menuju noktah. Ini sekali lagi membuktikan kekayaan bukan faktor utama mengejar kejayaan.
Manchester United bukanlah kelab yang mempunyai kewangan yang kukuh berbanding dengan City dan Chelsea. Namun kebijaksanaan pengurus serta semangat di kalangan pemainnya mampu membawa kelab ini ke puncak kejayaan. Kejayaan kali ini rasanya lebih manis. Selain mencatat kejuaraan kali ke-20, manisnya ialah kerana ia diraih tanpa mempunyai ramai bintang-bintang besar dan ternama. Mungkin hanya Rooney yang boleh dikatakan sebagai superstar.
Selain itu, pelbagai masalah yang dihadapi dapat diatasi dengan baik. Misalnya apabial kapten pasukan Vidic megalami kecederaan dan perlu direhatkan dalam waktu yang panjang. Cleverly pemain mudah yang menunjukkan potensi hebat di awal musim, juga terpaksa berehat panjang akibat kecederaan. Tanpa memerlukan belanja wang, Sir Alex Ferguson bertindak bijak memujuk bekas pemainnya yang baru bersara Paul Scholes untuk nenyarung jersi semula. Kemasukannya terbukti memberi kesan kepada kemerosotan MU akibat kecederaan pemainnya.
No comments:
Post a Comment