Wednesday, January 6, 2010

So innocent, cute and obedient

Sepanjang 2 minggu ni diadakan program transisi pada pelajar Tahun 1. Dengan bilangan kelas Tahun 1 sebanyak 11 buah dan 300 lebih pelajar memang agak mencabar untuk mengawal mereka. Semalam sebelah pagi hujan turun, jadi guru yang mengendalikan sesi senaman pagi dan penerangan disiplin meminta mereka beralih ke dewan terbuka.
Setelah habis sesi senaman, guru tupun meminta pelajar-pelajar tadi duduk. Biasalah mereka akan diminta melakukannya mengikut kelas demi kelas. Baru aje dua kelas diminta duduk, tiba-tiba guru ni tersedar baju murid perempuan akan kotor kalau terus mereka duduk. Maklumlah budak-budak, rata-rata dia orang masih lagi tidak mengambil berat mengenainya. Baju pulak masih putih melepak, lantas guru ini terus memberi arahan tambahan. Arahannya berbunyi lebih kurang begini "Murid-murid perempuan, sila angkat baju sebelum duduk".
Budak-budak ni memang patuh arahan cikgu. Mungkin ada yang tahu rasional arahan tu dan mungkin juga ada yang tak tahu. Tapi sekurang-kurangnya masih tindakan itu dapat 'menyelamatkan' pelajar-pelajar perempuan. Tapi dalam pada itu, tiba-tiba kita perasan ada seorang budak perempuan ni ikut sama mematuhi arahan tersebut. Kita orang taklah terfikir yang dia akan ikut arahan tu sebab dia pakai pinafore! Sedangkan arahan tu sebenarnya ditujukan kepada murid perempuna yang berbaju kurung. Jadi kau orang bayangkanlah apa yang terjadi ....

2 comments:

HBM Consultant said...

Aduhai anak emak... Hehehehee.. Nampaknya cikgu perlu lebih berhati-hati setiap kali memberi arahan...

Wan said...

hati-hati nanti gb dituduh mencabul! hehe