Monday, January 11, 2010

Lawat Syamira di SSP

Petang tadi kita orang bertiga ke SSP melawat Syamira. Sebelum tu sempat menjengah rumah kat BB Salak Tinggi. Sekarang Syam dahpun masuk ke Tingkatan 4. Esok sekolah dia akan mula menerima pelajar Tingkatan 1. Dia akan menerima adik angkat. Pesan aku pada dia, pastikan jangan buat perkara dia yang dia tak suka senior lakukan masa dia masuk ke Tingkatan 1 dulu. Cepat betul masa berlalu....teringat macam mana dia masuk ke Tingkatan 1 di sekolah tu dulu. Dia masuk dalam ambilan kedua dan agak kekok kerana pelajar Tingkatan 1 yang lain semuanya dah saling mengenali. Lama juga nak memujuk dia agar tabah menyesuaikan diri. Akhirnya alhamdulillah, sekarang dia semakin bersemangat bersekolah di situ.
Papa doakan semoga Syam berjaya dalam pelajaran di samping membantu adik-adik di situ agar cepat menyesuaikan diri dengan hidup di asrama.

No comments: