Saturday, July 18, 2009

Boleh tahan juga Malaysia

Sekarang ni dah seri dua sama. Walaupun MU leading 2-0 tapi Malaysia dapat menyamakan kedudukan melalui Amri Yahya. Gol MU dijaringkan oleh Rooney dan Nani. Namun apa yang istimewanya ialah Amri menjaringkan gol ke atas dua keeper yang berbeza iaitu Van der Sar dan Ben Foster. Tapi percaya ke yang Mak Cik Ida main untuk MU? Dia pakai jersi no 41.
Result akhir ialah MU 3, Malaysia 2. Micheal Owen jaringkan gol kemenangan pada minit ke-85. Dia ni dulu pemain pasukan musuh ketat MU iaitu Liverpool. Jarang ada pemain MU yang masuk ke Liverpool dan sebaliknya tapi kali ni satu nama besar telah mencipta sejarah. Pasti ada antara penyokong Liverpool (terutama Raj) terkilan walaupun Owen mungkin sudah tidak sehebat dulu.

No comments: