
Wednesday, July 29, 2009
Kerang oh kerang!

Mana satu yang sedap?

Irfan belajar naik basikal

Hari ni barulah aku berpeluang membantu Irfan belajar naik basikal. Kesibukan aku belajar, bekerja dan berkeluarga menyebabkan masa yang aku ada amat terhad. Walaupun baru semalam aku mula belajar tentang stres tapi nampaknya stres yang mendatang semakin membebankan. Masing-masing muka classmate aku muka ketat (istilah En. Taib). Mana taknya, semester ni memang terlalu berat akibat dari bilangan subjek yang banyak dan ditambah dengan projek IAB dan latihan ilmiah. Bila subjek banyak maka masa berkuliah juga semakin panjang tempohnya. Dari pagi hingga malam kuliah. Hmmmmm....bilalah agaknya nak siapkan kira2 16 tugasan. Yang menjadi kebimbangan ialah tugasan yang mirip projek - ada 4! Mulai hari Rabu depan akan mula balik bertugas. Kali ni dah tentu-tentu kena fokus pada budak UPSR. Lepas latih Irfan aku suruh dia berlatih sendiri. Sambil tu sempat aku menaip posting ni. Tapi tak leh nak post pasal masalah dengan handphone aku. Jadi kenalah trasfer teks ni ke komputer dan buat posting kemudian. Mujur kuliah malam pada hari ini dibawa ke sebelah petang. Maka dapatlah Irfan yang dah berapa hari sabar menunggu aku untuk bantu dia belajar naik basikal.
27 Julai 2009: Blood Pressure


Dapat anak saudara lagi



Jumpa bekas anak murid

Sunday, July 26, 2009
Thursday, July 23, 2009
Monday, July 20, 2009
Merchant of Bollywood
Aku dgn org umah berpeluang menonton MoB ini di Istana Budaya sebentar tadi. Turut sama hadir ialah YAB tim PM yang duduk di belakang baris kita org. Mula2 aku fikir mesti ada lagu2 popular nostalgia dalam teater muyikal tu, tapi meleset sb semuanya lagu baru. Pd pandangan aku berdua, teater muzikal p.ramlee jauh lebih menghibur dan bermutu. Apa2 pun terima kasih Adlan dan Adlin.
Saturday, July 18, 2009
Si comel dapat udang


Irfan pergi lawatan ke Muzium TUDM


18.07.09: Hari ini SRA Al Misbah buat lawatan ke Muzium TUDM. Irfan dengan kawan baik dia Hakimi dan Aiman tidak lepas peluang untuk turut sama. Bas bertolak pergi pukul 9 pagi dan balik semula pukul 1tengah hari.

Boleh tahan juga Malaysia
Sekarang ni dah seri dua sama. Walaupun MU leading 2-0 tapi Malaysia dapat menyamakan kedudukan melalui Amri Yahya. Gol MU dijaringkan oleh Rooney dan Nani. Namun apa yang istimewanya ialah Amri menjaringkan gol ke atas dua keeper yang berbeza iaitu Van der Sar dan Ben Foster.
Tapi percaya ke yang Mak Cik Ida main untuk MU? Dia pakai jersi no 41.
Result akhir ialah MU 3, Malaysia 2. Micheal Owen jaringkan gol kemenangan pada minit ke-85. Dia ni dulu pemain pasukan musuh ketat MU iaitu Liverpool. Jarang ada pemain MU yang masuk ke Liverpool dan sebaliknya tapi kali ni satu nama besar telah mencipta sejarah. Pasti ada antara penyokong Liverpool (terutama Raj) terkilan walaupun Owen mungkin sudah tidak sehebat dulu.
MU di Bukit Jalil
Friday, July 17, 2009
Wednesday, July 15, 2009
Akhirnya...misteri tersingkap!
.jpg)
Pagi-pagi lagi aku dah ke Bengkel Along, tapi belum bersedia untuk menerima kereta aku
.jpg)
.jpg)
Ha...kompem dalam saluran air cond ni
Saluran air cond dari sudut lain. Handphone dalam salur sebelah kanan
Payah nak cabut keluar salur air cond ni dari kereta
.jpg)
Akhirnya terkeluar juga handphone aku. Din tersenyum kepuasan.
Ke Bengkel Along
Kelas aku pagi ni start lambat, jadi aku amik kesempatan untuk keluarkan handphone aku
Tuesday, July 14, 2009
Mana handphone aku: Pelik
Hari ini seharian aku tak ada handphone biasa aku. Bengangpun ada, kelakarpun ada! Masa awal pagi tadi aku drive ke UKM, aku nak keluarkan phone dari poket sebelah kanan seluar aku. Tetiba ia terlepas dan jatuh. Cuba raba dan ambil phone tu tapi tak dapat. Ada tak ada aku pakailah phone yang satu lagi.
Sampai UKM aku ne Bestari untuk sarapan. Bila parking aje aku terus cari...tetap tak jumpa. Hmmm...makan dululah. Lepas sarapan, aku terus ke fakulti. Sebaik parking, aku cari sekali lagi. Aku telefon, berbunyi tapi tak nampak kat mana. Sebab kuliah dah nak mula, aku tinggalkan dulu.
Masa break, aku cari lagi. Kali ni dengan bantuan 2 member lain - Wan dan Tan. Puas dia orang cari dan geledah tak jumpa juga. Bunyi macam dekat aje tapi tak ada! Berpeluh-peluh dia orang menyelongkar dan akhirmya lokasi handphone tu dapat dikenalpasti berdasarkan bunyinya! Ia masuk ke dalam satu lubang kecil di bawah seat kereta tu. Lepas tu entah berapa ramai lagi yang mengerumuni kereta aku untuk keluarkannya.....pun tak berhasil. Dia orang cadangkan aku naik bukit tinggi kat dewan dan pecut aage telefon tu terkeluar dari lubang tu. Dah aku buat dengan si Idahap tapi tetap tak keluar.
Balik rumah, orang rumah aku dengan si Irfan pulak cuba....pun gagal. So aku buat keputusan esok ke bengkel kereta Along kat Bangi untuk buka seat kereta dan karpet. Hmmm... kawan aku kata, kesimpulannya jangan beli jenama kereta aku tu!
So buat masa ni kalau nak kol atau SMS aku gunakan 0192824344
Tahir dan Hj Razak memberi semangat
Saturday, July 11, 2009
Wednesday, July 8, 2009
Mati kutu
Sejak masuk semula ke UKM waktu luangaku amst terbatas. Nak masuk blogpun tak sempat. Tapi biasanya aku masih boleh buat posting melalui handphone aku. Entah apa masalahnya, aku sejak dua menjak ni tak leh pulak nak buat posting menggunakan handphone! Itu yang lama tak update. Gambar dalam hp sikit punya banyak....
Sunday, July 5, 2009
Mak dan Bapak datang rumah
Semalam adik aku yang bongsu, Ria sambung belajar kat UiTM Melaka. Jadi Kori (adik aku) dengan familinya tolong hantar dengan mak dan bapak. Misah pun ikut sama tapi bawak kereta lain.
Kori dengan famili dia nak ke Genting Highlands dan balik Johor semula hari Isnin tapi mak dan bapak kena balik hari ni. Jadi dia orang balik dengan Misah. Ikmal anak Watipun ikut sama.
Saturday, July 4, 2009
Hari Lahir Bapa Mertua
Hari ini ulangtahun kelahiran bapa mertua aku. Kita orang kat kolam sebelum balik pagi tadi sempat ucapkan selamat hari lahir. Adik ipar aku bukan main lagi ye ye menyanyikan lagu happy birthday. Hehe jangan marah Efy

Subscribe to:
Posts (Atom)