Tuesday, March 13, 2012

Fergie cabar Rooney ledak 40 gol musim ini

MANCHESTER - Alex Ferguson mencabar bintang Manchester United, Wayne Rooney untuk menjaringkan lebih 40 gol musim ini selepas melihat ayam tambatannya itu meledak dua jaringan ketika menang 2-0 ke atas West Brom, kelmarin.
Setakat ini, Rooney telah menjaringkan 26 gol di Old Trafford. Kelmarin, dia menyumbat gol pada babak pertama dan menyempurnakan penalti di separuh masa kedua.

Penyerang antarabangsa England itu kini telah menjaringkan sembilan gol dalam enam perlawanan terakhir, hanya lapan ketinggalan daripada rekod terbaik yang dilakukan pada musim 2009/10.

Namun, Ferguson berharap Rooney mampu mencecah 40 jaringan ketika United mahu mengekalkan kejuaraan liga dan mendahului Manchester City dengan satu mata, di samping mahu kekal dalam saingan Liga Europa walaupun tewas 3-2 kepada Athletic Bilbao pada pertemuan pertama.

No comments: