Monday, November 14, 2011

Selamat berjaya Syam

Hari ini kalender peperiksaan awam menunjukkan bermulanya peperiksaab SPM. anak kedua aku Ira Syamira akan bersama calon2 lain mendudukinya dengan kertas Bahasa Melayu menjadi subjek pertama pagi ini. Aku tak sempat hantar dia masuk ke dewan peperiksaan pagi tadi, hanya sekadar sempat bberjemaah subuh di surau sekolahnya di SSP Cyberjaya. Selamat berjaya sayang. Semoga lancar dan dipermudahkan oleh Allah SWT dalam menjawab soalan2 peperiksaan dan memepereh kejayaan cemerlang.

Mak dan bapak datang rumah

Semalam masa aku tengah hi tea di Palm Garden bersama warga SKTPP, rupa2 mak dengan bapak datang ke rumah. Misah dengan adik yang bawak dia orang sampai ke Bukit Cherakah. Bila aku sampai ke rumah tengok2 dia orang sedang menikmati minum petang.

Monday, November 7, 2011

Al Fatihah buat sahabatku....

Mohd. Said bin Ahmad merupakan bekas rakan sekolah menengah aku di SMSJ. Aku baru sahaja dimaklumkan oleh bekas rakan sekelas aku Member Hj. Siraj yang Said telahpun menghembuskan nafas terakhirnya tadi kira2 jam 3.30 petang. Setelah terpisah kira2 30 tahun, aku bertemu semula dengan arwah pada mini reunion yang diadakan di restiran Pelita, Subang Jaya pada tahun 2008. Dari situ, bekas SPM/MCE 1978 bertemu dalam Majlis Reunion yang ketuainya di Prime City Hotel, Kluang. Selepas daripada itu, kerap juga kami bertemu. Pernah dia dan anknya Erfan tidur di rumah aku di samping datang open house pada hari raya 2010 lalu. Arwah memang suka sangat dalam hal-hal berkaitan kebajikan. Dia sanggup datang ke KL dari JB dan balik pada malam yang sama semata-mata untuk bertemu rakan lama. Kali terakhir aku berjumpa arwah sewaktu hari raya aidil fitri di rumahnya di Taman Mawar, Pasir Gudang. Takziah buat Sameha yang juga merupa junior kami di sekolah itu serta 3 orang anak2nya. Semoga rohnya tergolong di kalangan mereka yang beriman. Al- Fatihah.

Kenyataan Akhbar Menteri Pelajaran: PELAKSANAAN SOFT-LANDING PPSMI

KENYATAAN AKHBAR YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA DAN MENTERI PELAJARAN MENGENAI PELAKSANAAN SOFT-LANDING PPSMI

Kerajaan pada tahun 2009 telah mengambil keputusan untuk memansuhkan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan menggantikannya dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).
Dengan pemansuhan PPSMI, murid di sekolah rendah akan mengikuti pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Malaysia di Sekolah Kebangsaan, Bahasa Cina di SJKC dan Bahasa Tamil di SJKT. Manakala di sekolah menengah, Bahasa Malaysia akan digunakan sepenuhnya dalam pengajaran Matematik dan Sains.

Untuk membolehkan murid menyesuaikan diri dengan perubahan bahasa dalam tempoh peralihan dasar, Mesyuarat Jemaah Menteri pada bulan Julai 2009 juga telah membenarkan Kementerian Pelajaran melaksanakan pendekatan soft-landing.

Berdasarkan keputusan tersebut, Kementerian Pelajaran pada tahun 2010 telah menetapkan dasar MBMMBI dimulakan pada tahun 2011 di mana murid Tahun 1 pada tahun ini mengikuti pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Malaysia sepenuhnya. Sebagai langkah intervensi untuk mempercepatkan proses peralihan daripada bahasa Inggeris ke bahasa Malaysia di semua peringkat persekolahan, Kementerian juga memutuskan bermula tahun 2012, murid Tingkatan 1 akan mengikuti pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa Malaysia sepenuhnya.

Walaubagaimanapun, peralihan kepada bahasa Malaysia pada Tingkatan 1 bermula tahun hadapan telah menimbulkan kerisauan ibubapa kerana dibimbangi anak-anak mereka yang telah mengikuti pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris selama enam tahun di sekolah rendah tidak dapat menyesuaikan diri dengan peralihan bahasa secara mendadak.

Setelah mengambil kira pandangan ibu bapa, kabinet pada hari ini memutuskan untuk membenarkan murid sekolah rendah kohort PPSMI untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris sepenuhnya, bahasa Malaysia sepenuhnya atau dalam kedua-dua bahasa apabila mereka memasuki Tingkatan 1 bermula tahun hadapan.

Ini bermakna semua murid kohort PPSMI yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris dibenar untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris sehingga tamat Tingkatan 5.

Perlu diperjelaskan di sini juga, murid Tahun 3 hingga Tahun 6 2012 dibenarkan untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris, bahasa Malaysia atau kedua-dua bahasa di sekolah kebangsaan ; bahasa Inggeris, bahasa Cina atau kedua-dua bahasa di SJKC; dan bahasa Inggeris, bahasa Tamil atau kedua-dua bahasa di SJKT seperti yang diputuskan oleh jemaah Menteri pada bulan Julai 2009.

Bagi murid yang telah mengikuti pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Malaysia atau dalam kedua-dua bahasa, mereka dibenar mengikuti pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Malaysia sepenuhnya.

Dengan keputusan ini, pemansuhan PPSMI adalah kekal. Kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan semula PPSMI seperti yang dituntut oleh sesetengah pihak.
Bagaimanapun, kerajaan berharap keputusan yang membenarkan murid kohort PPSMI, iaitu murid Tahun 2 hingga Tingkatan 5 tahun ini untuk meneruskan pembelajaran dalam BI sehingga tamat tingkatan 5 dapat melegakan hati ibubapa. Kerajaan yakin dengan keputusan ini pencapaian murid kohort PPSMI dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM tidak akan terjejas.

Dengan pendekatan soft-landing ini, pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains di sekolah rendah akan dilaksanakan dalam bahasa Malaysia sepenuhnya pada tahun 2016. Manakala di sekolah menengah, penggunaan bahasa Malaysia sepenuhnya bagi kedua-dua matapelajaran ini adalah pada tahun 2021.

Kajian Kementerian Pelajaran ke atas semua sekolah di bawah Kementerian menunjukkan bahawa kebanyakan sekolah telah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Malaysia.

Dapatan kajian menunjukkan, kurang 5 peratus daripada jumlah kelas di 7,495 buah sekolah rendah menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains. Manakala di peringkat sekolah menengah, kurang 9 peratus daripada jumlah kelas di 2,192 buah sekolah menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains. Berdasarkan dapatan ini, kebanyakan murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa Malaysia.Dapatan kajian ini membuktikan bahawa PPSMI tidak dapat dilaksanakan sepertimana yang dihasratkan.

Hasil kajian lapangan yang dijalankan oleh Kementerian dengan mengumpulkan maklumat melalui pemerhatian di dalam kelas, pengalaman guru dan amalan di bilik darjah serta temubual murid-murid mendapati murid sukar memahami matapelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Murid mengambil masa yang lama untuk memahami konsep matematik dan sains kerana mereka tidak faham bahasa Inggeris. Ini memaksa guru-guru untuk mengajar dalam bahasa Malaysia supaya murid dapat memahami kedua-dua matapelajaran tersebut. Masalah seperti ini bukan sahaja dialami oleh sekolah-sekolah di luar bandar, tetapi juga di bandar. Oleh yang demikian, sekiranya PPSMI diteruskan, sebahagian besar murid di negara kita tidak akan dapat menguasai ilmu matematik dan sains dengan baik dan mereka akan terus ketinggalan.

Pemansuhan PPSMI tidak bermakna kerajaan mengabaikan kepentingan penguasaan bahasa Inggeris. Di bawah dasar MBMMBI, Kementerian sedang melaksanakan pelbagai inisiatif baru yang lebih efektif untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid.

Antara inisiatif tersebut ialah penambahan masa pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris, penambahbaikan kurikulum bahasa Inggeris di bawah pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), penyediaan guru, pengambilan penutur jati bagi meningkatkan kapasiti pensyarah dan guru Bahasa Inggeris, penyediaan bahan sokongan yang berkualiti seperti bahan bacaan tambahan dan bahan digital bagi menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Kementerian Pelajaran juga sedang mengkaji beberapa inisatif baru untuk dilaksanakan seperti program Oracy Skills (OPS-ENG) yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan lisan dalam kalangan murid, kelas berdasarkan Sistem Set, peningkatan kualiti dan kepelbagaian bahan pengajaran, pembangunan profesionalisme guru dan kecekapan pengurusan panitia bahasa Inggeris di sekolah.
Kerajaan berharap pemansuhan PPSMI dan pelaksanaan dasar MBMMBI dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, ilmu sains dan matematik di kalangan pelajar serta mendaulatkan bahasa kebangsaan.

Pejabat YAB Timbalan Perdana Menteri 4 November 2011

Saturday, November 5, 2011

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua. Bagi mereka yang ahli keluarganya menunaikan ibadah haji, didoakan semoga dipermudahkan oleh-Nya segala urusan dan mendapat haji mabrur. Maaf zahir dan bathin....

SIR ALEX EXTENDS WARM WELCOME

E-mel dari Manchester United.

The manager is forecasting a good reception for Sunderland's former Reds when they return to Old Trafford on Saturday.

Unfortunately, injury has robbed John O'Shea of the chance to share in the acclaim but manager Steve Bruce, Wes Brown, Kieran Richardson and Phil Bardsley are all expected to be involved. The summer deal to sell O'Shea and Brown to the Black Cats was approved by Sir Alex, who will be guaranteed a rousing welcome himself on the eve of the 25th anniversary of his appointment.

"We've had so many ex-players at Sunderland over the last few years, it's been quite interesting," he revealed. "We had Jonny Evans up there, we had Danny Welbeck up there on loan, Phil Bardsley, Kieran Richardson and now Wes and John have joined Brucey.

"It's quite a connection. And of course they'll get a good reception at Old Trafford. In Wes Brown and John O'Shea, you couldn't have asked for two more loyal players at United in my time. They were fantastic characters too. It was one of these difficult situations when you're starting to make changes and bring in young players, like Chris Smalling last season and then Phil Jones this summer.

"The last thing you want to do is have players like Wes and John continually just sitting and watching the games. They're better than that and they deserve to have good careers elsewhere."

HotFM memang hot

Aku dengar hampir setiap pagi radio HotFM dalam perjalanan ke tempat kerja. Selain aku suka Panggilan Hangit, gelagat penyampainya memang mencuit hati. Tak ketinggalan kalau topik paginya best dan cerita2 pendengarnya pun kelakar. Pagi tadi tajuknya "Perkara yang paling pelik dibuat masa kecik2 dulu". Macam2 cerita yang keluar. Ada yang aku gelak panjang, ada yang gelak pendek dan ada yang ngeri. Antara yang aku masih ingat:

1- budak perempuan umur 8 tahun terjun dari bas yang bapak dia pandu.

2- budak yang sentiasa ingin tahu apabila asyik melihat jarum mesin jahit nenek (?) dan akhirnya letak jari pada jarum tu ketika neneknya tengah menjahit

3- budak lelaki yang ingin nak tahu apa rasa bila kena elektrik. Dia ambil multiplug yang dah terbuka dan pasang pada punca elektrik lalu menyentuhnya

4- budak lelaki yang mintak dari emaknya untuk bersunat. Emak dia tak benarkan. Akhirnya dia masuk ke bilik, ambil gunting dan 'potong' sendiri.ntapi tak putus, guntingnya melekat dan keluar banyak darah. Dia keluar dari bilik dan bila emak dia nampak, emaknya terus bawak ke klinik. Di klinik doktor terus sunatkan dia. Dia punyalah bangga bila dah sunat.

5- ada sorang budak ni pulak tangkap binatang terbang yang berbunyi dan sumbatkan dalam hidung. Tetiba binatang tu termasuk ke dalam lubang hidung. Tapi dia buat donno je. Malam tu bila tidur, abang dia pelik sebab ada bunyinkeluar dari hidung adik dia. Bila tanya, adik dia jawab tak ada apa2. Tapi bunyi pelik tetap keluar dari hidung adik dia. Dia pelik kenapa ada bunyi pelik dari hidung adik dia tu. Akhirnya dia beritau kepada emaknya dan emaknya bawak gi klinik untuk keluarkan binatang tu.

Friday, November 4, 2011

Sekolah diingatkan tidak kutip yuran yang telah dimansuhkan

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan pihak pentadbiran sekolah kerajaan supaya tidak menuntut segala bentuk yuran yang sudah dimansuhkan termasuk yuran peperiksaan, kertas peperiksaan dan ko-kurikulum daripada pelajar. Beliau berkata pemansuhan yuran yang membabitkan peruntukan sebanyak RM150 juta itu kini diambil alih sepenuhnya oleh kerajaan sebagaimana diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2012 baru-baru ini. "Kerajaan akan mengambil alih segala kos yang biasa dikenakan untuk peperiksaan, untuk membeli kertas-kertas, untuk ko-kurikulum dan sebagainya. Jadi saya harap sekolah-sekolah tidak akan menuntut bayaran sebegini kerana semuanya akan ditanggung kerajaan. "Kita harap dengan pemansuhan ini juga akan dapat mengurangkan beban ibu bapa dan membantu anak-anak ke sekolah," katanya ketika berucap di majlis meraikan pelajar-pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) anjuran akhbar harian berbahasa Tamil, Malaysia Nanban di sini. Seramai 185 pelajar India yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM tahun lepas dan mendapat A dalam mata pelajaran bahasa Tamil diraikan pada majlis itu. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata beliau berharap pencapaian di sekolah-sekolah Tamil di seluruh negara akan menjadi setanding dengan pencapaian sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah kebangsaan. "Bagi kita, pendidikan adalah wahana paling penting dalam melahirkan modal insan berilmu dan berkemahiran tinggi yang akan menjadi faktor penentu kemajuan negara. "Dalam soal ini kita tidak membeda-bedakan antara kaum dalam negara kita untuk mendapat hak dalam soal pendidikan. Oleh sebab itu setiap kaum kita berikan tumpuan. Kita ada hampir 10,000 sekolah di seluruh negara dan lebih 500 daripada jumlah itu adalah sekolah Tamil," katanya. Muhyiddin berkata pihaknya akan meneliti cadangan yang dibuat Shafee Zaman yang dalam ucapan aluannya menyarankan supaya bahasa Tamil dijadikan mata pelajaran wajib diduduki oleh pelajar India dalam peperiksaan SPM. "Kita akan meneliti perkara itu kerana kementerian juga perlu mengambil kira mata pelajaran bahasa lain dan ia akan diputuskan selepas diteliti kementerian," katanya. -- BERNAMA BERNAMA: 3 November 2011

Vocab

Nak, nak - hendak Na nak - tak nak Tu - itu Papa Mama Ti - roti Tade- tak ada