Sunday, May 22, 2011

Ke mana hilangnya sifat hormat dan penyayang?

Sudah hampir genap 3 bulan aku tidak bertemu dengan Irfan, iaitu sejak dia dilarikan oleh emaknya pada penghujung Februari lalu.  Semenjak daripada itu, setiap kali aku ingin berjumpa Irfan, ada saja alasan yang diberikan untuk menggelakkan niat aku tercapai.  Namun kebetulan nenek dan atuk Irfan datang dari Johor semalam untuk melawat cucu-cucunya.  Maka peluang keemasan untuk aku tumpang berjumpa untuk melepaskan rindu aku padanya tidak aku lepaskan.

Gambar terkini Irfan.  Lihat cengkaman  di tangannya
Aku hantar SMS beritau yang atuk dan neneknya akan berhujung minggu di rumah aku dan ingin bersama dengan Irfan sejak hari Jumaat.  Emak Irfan tak menjawab. Aku hantar sekali lagi hari Sabtu pun tak dijawabnya.  Jadi malam Sabtu tu kita orang bertujuh iaitu mak, bapak, orang rumah aku, dua adik aku Misah dan Adik, Nasr, dan aku terus tunggu di luar pagar kawasan perumahan Mahligai.  Aku hantar SMS kepada emak Irfan beritau yang atuk dan nenek nak jumpa cucunya dan sedang tunggu di luar pagar.  Setelah berlalu beberapa minit aku nampak Irfan dihantar oleh emaknya.  Emaknya tunggu di tepi pagar dan Irfan datang ke arah kereta. Aku dapati badannya agak kurus, rambutnya agak panjang tidak terurus dan mukanya seolah-olah dalam ketakutan. Dia terus salam aku dan terus minta atuknya buka tingkap kereta.  Aku minta dia masuk untuk bertemu dengan atuk dan nenek, mak cik-mak cik, sepupu, orang rumah aku dan adiknya Nasr.  Nasr aku rasa juga teramat rindu apabila tiba-tiba kehilangan abangnya itu.  Namun dia enggan dan berkata dalam nada yang agak kasar dan gementar bahawa emaknya pesan agar hanya salam di luar tingkap kereta dan balik semula.  Aku terpinga-pinga dengan syarat yang emak dia berikan.  Hina sangat ke atuk dan neneknya hingga tiada hormat langsung yang ditunjukkan?  Tidak ada senyuman sebaliknya hanya penuh ketakutan.  Dia tidakpun bersalam dengan mak ciknya dan orang rumah aku.  Adiknya Nasr apatah lagi.

Aku hairan bagaimana seorang kanak-kanak boleh secara tiba-tiba membenci ramai orang. Takkan secara tiba-tiba dia boleh benci bapanya yang selama ini hidup bersama dengan dia? Takkan di boleh lupa orang rumah aku yang melayan masak masakan kegemarannya, mengajar mengaji, menjadi rakannya.  Takkan dia boleh lupa adiknya yang hampir setiap hari dia bergurau dan tidak sabar menanti besar untuk bermain bola bersamanya? Takkan dia boleh lupa atuk dan neneknya, mak cik2nya? Hairan sungguh aku.

Tak dapat akal aku membayangkan apa yang telah berlaku dalam diri seorang kanak-kanak hingga boleh jadi begitu rupa? Apa yang aku boleh kata ialah "Anak yang lahir ibarat kain putih, ibu bapa yang mencorakkan mereka sama ada menjadi seorang insan yang baik atau tidak."



2 comments:

ISMAIL SUPANDI said...

kasihan kau Min dan kasihan anak-anak you. Harap sabar, anak-anak membesar dengan minda dan rasa hatinya. Mereka juga konflik pada keadaan tentunya antara emak,ayah, adik atuk sana sini. Anak you Irfan tentu teramat rindu pada adiknya...

fati said...

Sabar Min, minta padaNya selalu agar anak ko beroleh yang terbaik dlm hidupnya...