Saturday, May 28, 2011

Champions League

Awal pagi esok akan berlamgsung perlawanan akhir piala Liga Juara-juara di antara Manchester United dan Barcelona di Stadium Wembley.  Dua-dua pasukan ini memang aku minat tapi sebab kena pilih satu dah tentu aku lebih suka paukan the Red Devils yang menang.

Namun apa yang aku tak pasti lagi ialah di mana aku nak menontonnya.

Wednesday, May 25, 2011

Hari paling gembira


Hari ini aku ada taklimat PPKI di SMK Seksyen 9 Shah Alam.  Aku sempat ambil kesempatan untuk bertemu dengan Irfan yang telah lama tidak aku dapat bersama.  Sayu dan sayup hati aku tersentuh apabila aku berpeluang memeluknya setelah lama terpisah. Dia sedang periksa dan aku terpaksa tunggu sampai dia habis paper tu kira-kira jam 12.45 tengah hari.

Monday, May 23, 2011

Selamat Hari Lahir Nasr

Hari ini genap anak keempat aku Nasr Syamir Mikhail berusia 1 tahun.

Sunday, May 22, 2011

Ke mana hilangnya sifat hormat dan penyayang?

Sudah hampir genap 3 bulan aku tidak bertemu dengan Irfan, iaitu sejak dia dilarikan oleh emaknya pada penghujung Februari lalu.  Semenjak daripada itu, setiap kali aku ingin berjumpa Irfan, ada saja alasan yang diberikan untuk menggelakkan niat aku tercapai.  Namun kebetulan nenek dan atuk Irfan datang dari Johor semalam untuk melawat cucu-cucunya.  Maka peluang keemasan untuk aku tumpang berjumpa untuk melepaskan rindu aku padanya tidak aku lepaskan.

Gambar terkini Irfan.  Lihat cengkaman  di tangannya
Aku hantar SMS beritau yang atuk dan neneknya akan berhujung minggu di rumah aku dan ingin bersama dengan Irfan sejak hari Jumaat.  Emak Irfan tak menjawab. Aku hantar sekali lagi hari Sabtu pun tak dijawabnya.  Jadi malam Sabtu tu kita orang bertujuh iaitu mak, bapak, orang rumah aku, dua adik aku Misah dan Adik, Nasr, dan aku terus tunggu di luar pagar kawasan perumahan Mahligai.  Aku hantar SMS kepada emak Irfan beritau yang atuk dan nenek nak jumpa cucunya dan sedang tunggu di luar pagar.  Setelah berlalu beberapa minit aku nampak Irfan dihantar oleh emaknya.  Emaknya tunggu di tepi pagar dan Irfan datang ke arah kereta. Aku dapati badannya agak kurus, rambutnya agak panjang tidak terurus dan mukanya seolah-olah dalam ketakutan. Dia terus salam aku dan terus minta atuknya buka tingkap kereta.  Aku minta dia masuk untuk bertemu dengan atuk dan nenek, mak cik-mak cik, sepupu, orang rumah aku dan adiknya Nasr.  Nasr aku rasa juga teramat rindu apabila tiba-tiba kehilangan abangnya itu.  Namun dia enggan dan berkata dalam nada yang agak kasar dan gementar bahawa emaknya pesan agar hanya salam di luar tingkap kereta dan balik semula.  Aku terpinga-pinga dengan syarat yang emak dia berikan.  Hina sangat ke atuk dan neneknya hingga tiada hormat langsung yang ditunjukkan?  Tidak ada senyuman sebaliknya hanya penuh ketakutan.  Dia tidakpun bersalam dengan mak ciknya dan orang rumah aku.  Adiknya Nasr apatah lagi.

Aku hairan bagaimana seorang kanak-kanak boleh secara tiba-tiba membenci ramai orang. Takkan secara tiba-tiba dia boleh benci bapanya yang selama ini hidup bersama dengan dia? Takkan di boleh lupa orang rumah aku yang melayan masak masakan kegemarannya, mengajar mengaji, menjadi rakannya.  Takkan dia boleh lupa adiknya yang hampir setiap hari dia bergurau dan tidak sabar menanti besar untuk bermain bola bersamanya? Takkan dia boleh lupa atuk dan neneknya, mak cik2nya? Hairan sungguh aku.

Tak dapat akal aku membayangkan apa yang telah berlaku dalam diri seorang kanak-kanak hingga boleh jadi begitu rupa? Apa yang aku boleh kata ialah "Anak yang lahir ibarat kain putih, ibu bapa yang mencorakkan mereka sama ada menjadi seorang insan yang baik atau tidak."



Anak yang lahir ibarat kain putih


Anak yang lahir ibarat kain putih, ibu bapa yang mencorakkan mereka samada menjadi seorang insan yang baik atau tidak.

Mengantuk aku

Lebih baik aku tidur dari memikir manusia yang mempunyai sifat busuk hati

Saturday, May 7, 2011

ke zon bermain sambil belajar dutch lady

hari ini Nasr dah semakin berani dan semakin cekap menekan suis permainan kereta berbayar. Tp di zon ini semuanya percuma. Memang seronok sangatlah budak2. Kalau minggu lepas dia takut dan kena pegang, hari ini dah semakin berbeza

pertandingan pakaian beragam

hari ini syamir jadi lebah. Bajunya beli di ioi hari tu. Rupa2nya ada baby lainpun pakai baju lebah

Tuesday, May 3, 2011

Syamir di Zon Bermain Sambil Belajar Dutch Lady, Giant Kinrara

Semalam: Giant Kinrara
Semalam: Zon Bermain Dutch Lady

Hantar ke nurseri
Balik dari nurseri
Ke Zon Bermain lagi


Semalam sementara tunggu kereta dicuci, kita orang bawa Syamir bermain di situ.  Bukan main seronok lagi dia walaupun tempat tu penuh dengan budak dan emak bapak budak.  Hari ini sebaik balik kerja, kita orang bawak dia lagi ke situ dan seperti yang dijangka ia kosong sekosong-kosongnya.

Sekitar SAJOHA Reunion Dinner & Golf Tiara Melaka 23 April 2011

Sia Yong Yew

Amin Ali Zin, Hishamudon, Md Noor dan Suhairi (HSC80)
Ismail Rahmat (SPM80)

Harudin Ahmad (STPM80)
Yahaya Sadikon (SPM78)

Md. Noor Maaros (MCE78)

Hishamudon Shah Mahfar (MCE78)

Pengacara Majlis

Nasr Syamir Mikhail (SPM2027)


Pengetua SMSJ sekarang

Arab