Wednesday, September 29, 2010
Mesyuarat Pengurusan Prasekolah untuk GB bagi Zon 1
pengurusan kurikulum - zaiton arshad
Pengurusan prasekolah - kholishah hassan
Penaziran dan dapatan pemeriksaan prasekolah - jem nazir & jaminan kualiti
Pengurusan kewangan - wong kam choong
Perundangan dlm sistem pend di msia, isu dan cabaran - khalid mohd yusof
Peranan dan tjwb gb, gpra & ppm - adenan abdul ralip
Sunday, September 26, 2010
Malam ni jangan MU ikut jejak sudahlah...
Semua big four lawan semalam kecuali MU dan keputusannya kalah dan seri.. Malam ni di Stadium Reebok naib juara tahun lepas MU akan menentang Bolton Wanderer. Awal2 lagi MU dah kena 1. Janganlah pulak ikut jejak dia orang tu....
Bola: Keputusan malam tadi agak pelik
Bukan saja di England, malah di Sepanyol juga keputusannya agak pelik. Pasukan hebat telah kalah ataupun seri.
Thursday, September 23, 2010
Pak Din datang sekeluarga datang beraya
Pak Din kali ini bertandang raya ke rumah aku dengan isteri tercintanya Anum dan dua anak perempuannya Fayadah dan Fatiyah. Dua anak lelaki bujangnya abang Arif dan Amirul tak ada. Pak Din ni sejak aku tinggal di Putrajaya lagi memang tak pernah ketinggalan menziarah raya.
Pak Din dahulu pernah berkhidmat sama tempat kerja dengan aku iaitu di SK Putrajaya 2 (sekarang ni namanya SK Putrajaya Presint 9 (1)). Aku sebagai Guru Besar dan dia sebagai Guru Disiplin. Aku dan dia datang dari daerah dan negeri yang sama iaitu Johor Bahru cuma dia kat bandar aku lak dari luar bandar. Ramai orang pernah tersilap bila tengok Pak Din, dia orang sangka aku. Agaknya sebab muka aku dengan dia ada iras-iras. Kalau orang dewasa pun boleh tersilap, apatah lagi budak-budak sekolah. Pernah dahulu seorang murid di SKPj 2 betul-betul membuat kecoh apabila dia tersilap antara aku dengan Pak Din. Pasal apa...kena tanya Pak Din sendiri.
Thursday, September 16, 2010
Wednesday, September 15, 2010
jusco tebrau
dah mcm satu agenda tetap lak tiap kali balik raya singgah sini. Sambil tunggu mama dia, tengok bukan main sedap lagi dia hisap tangan
Tuesday, September 14, 2010
raya kelima: kesian nenek
nenek dah belikan katil2 untuk cucu2nya tidur beraya tapi kesian sebab cucunya tak nak tidur sini kecuali irfan. Begitu menggunung harapan si nenek namun tetap hampa.
Irfan yg tidur sorang2 mintak mak usunya temankan dia tidur. Dia takusebbb baru aje tengok cerita hantu.
2ucu yg lain tak dapat ikut sama kerana perlu mengulangkaji pelajaran. Maklumlah dah belajar tinggi2 di u dan sbp.
Monday, September 13, 2010
raya keempat: rumah wan, adik no 6
lepas repair keta kita org ke rumah wan di d garden, bandar seri alam. Mak, bapak, misah dan adik ikut wan lepas dia org beraya di rumah wak sal. Sempatlah si nasr dan irfan menumpang mandi. Din sekeluarga pun join sama
Sunday, September 12, 2010
raya ketiga: bersiap nak balik johor
baru sampai kinrara dr rumah mertua di shah alam. Unpack dan repack sebelum bertolak. Ikut plan mak bapak dan adik beradik akan berkumpul di rumah adik aku ros di bukit batu, kulai pukul 6 ptg. Kalau kat rumah ros mesti pekena sop ayam dia
Saturday, September 11, 2010
Wednesday, September 8, 2010
Ke Alamanda
Hari ini aku bercuti tapi orang rumah aku bekerja. Mula-mula cadang nak hantar Nasr ke nurseri tapi bila tengok dia tidur nyenyak rasa kesian la pulak nak angkat dia. Jadi aku biarkan aje dia tidur dan bila dah terjaga terus mandikan dia. Keletah dia yang asyik tersenyum dan ajak berbual membuatkan aku rasa rugi kalau berenggang. Jadi aku ambil keputusan biar dia menemani aku sepanjang hari ini.
Aku merancang untuk mengemas barang-barang yang aku gunakan setiap hari seperti notebook, buku-buku/jurnal dan gajet-gajet agar memudahkan Ani yang akan datang membersihkan rumah petang ini. Dalam sibuk menyusun dan meletakkan barang-barang (termasuk harta benda Irfan) tetiba aku terfikir nak buat surprise pada orang rumah aku untuk ajak dia ke Alamanda waktu break kerja dia. Baju dah dibasuh dan dijemur tinggal nak kemas gajet-gajet permainan Irfan kat bawah. Masa tu dah pukul 12.30 tengah hari. Tinggal setengah jam untuk aku ke Putrajaya. Akhirnya siap semuanya kecuali beberapa dokumen yang patut aku letak di almari bilik tidur atas. Akupun dengan Nasr mula bertolak samil tu aku telefon orang rumah. Dia setuju tapi dia tak tahu yang Nasr ada sama.
Tepat pukul 1 aku sampai di Parcel D, hehe seperti yang aku jangka orang rumah aku terkejut bila tengok Nasrpun ada sama.
Tuesday, September 7, 2010
Kasut kegilaan budak kaki bola sekarang
Inilah dia rupanya kasut T90 yang selalu disebut2 oleh si Irfan dan rakan2nya. Sejak dari World Cup lagi dan akhirnya dia dapat kasut ni sebagai hadiah hari jadi dari mamanya. Jadi lengkaplah hasrat dia untuk memiliki kedua-dua kasut impian dia iaitu T90 dan boot bola Mercurial.
Ke Shah Alam
Semalam aku dengan orang rumah dan Nasr ke Shah Alam ambil budak2 untuk belikan tudung raya Syamira. Untuk ke sana punyalah sesak jalan, maklumlah waktu orang balik dari pejabat dan ditambah pulak hari hujan. Nak elak sesak di Federal Highway, cubalah ikut KESAS tapi rupa2 kesesakan kenderaan dah teruk bermula dari simpang keluar ke ELITE lagi. Akupun exit kat situ dan keluar di tol Bt. 3.
Kita orang buka donut Big Apple dulu sebab semua restoran fully booked. Lepas tu barulah ke Noodle Station. Menarik rupanya kat sini. Makanan sedap, airpun sedap, tempatpun amat selesa. Dan satu lagi hargapun OK.
Sementara orang rumah aku dengan Syamira mencari tudung aku dengan si kecik dan Irfan. Bila balik bukan aje tudung yang dia orang shopping, rupa-rupanya masing-masing dapat 3 pasang baju kurung
Subscribe to:
Posts (Atom)