Sunday, May 9, 2010

Tinggal 2 kelompok aje malam ni....

Malam ni dah pasti ramai yang akan berdebar menanti 2 perlawanan penting EPL - MU menentang Stoke dan satu lagi Chelsea melayan Wigan. Musim ini agak dramatik juga sebab sampai ke perlawanan akhir msaih belum juara. Dua kelompok utama yang ada malam ni ialah mereka yang mengharapkan Manchester United menjuarai EPL 2009/2010 dan satu lagi mereka yang tak mahukan MU menjuarainya. Kelompok yang mahukan MU menjadi juara sudah semesti mereka yang menjadi peminat setia MU sementara kelompok yang satu lagi adalah gabungan mereka yang meminati kelab lain dan juga mereka yang membenci MU.

3 comments:

Pak Din said...

Penyokong setia Chelsea masuk kelompok mana?

HBM Consultant said...

Cikgu, pulang sahaja dari sekolah tengahari semalam, Farhan terus memberitahu saya yang dia menyokong Chelsea. Bersungguh-sungguh dia bercerita tentang kekalahan dan kemenangan beberapa pasukan dalam EPL. Lancar saja mulutnya menyebut tentang MU, Arsenal dan Chelsea. Ceritanya ditamatkan dengan pertanyaan, "Kenapa babah dah lama tidak bawa kita ke stadium? Sudah lama abang tidak tengok (pasukan) Selangor main bola." hahahahaaa...

Sukimin said...

Pak Din! Peminat setia Chelsea dah pasti masuk dalam kelompok gabungan mereka yang meminati kelab lain dan juga mereka yang membenci MU.

Marni! Wah Farhan dah mula demam....demam bola. Hmmm....nampaknya babah dia tak berjaya membawa Farhan meminati kelab Arsenal. Satu cabaran tu...hehe (batu api). Emaknya jadi ke sokong MU. Kalau jadi makna rojaklah ya...