Saturday, May 1, 2010

BPL: Perlawanan hujung minggu penuh debaran

Perlawanan hari Ahad ini amat menarik. Masing-masing mempunyai cita-cita dan impian yang berbeza. Chelsea menentang Liverpool di Anfield. Chelsea perlu menang untuk memastikan mereka berjaya merampas kejuaraan daripada MU. MU yang bakal menentang pasukan di tangga ke-10, Sunderland sememangnya mengharapkan agar Liverpool memenangi perlawanan itu bagi membolehkannya mencerahkan peluang mengekalkan kejuaraan.
Dengan lakaran sejarah masing-masing telah memenangi 18 kali kejuaraan liga ini, mungkin terdetik di hati Liverpool untuk membiarkan Chelsea mengalahkannya agar MU tidak memintas rekod milik bersama mereka itu. Suratkhabar hari ini juga sibuk menyatakan bahawa peminat Liverpool lebih rela kalah dalam perlawanan ini asalkan MU tidak menjuarai liga BPL ini. Namun dilema juga akan menghantui Liverpool jika faktor profesionalisme menjadi pegangan. Di samping itu, masalah kewangan di Liverpool juga perlu difikirkan sama. Kemenangan ke atas Chelsea boleh mengukuhkan peluang Liverpool untuk menyertai liga Eropah. Ia merupakan tiket untuk menjana pulangan wang yang besar. Sedikit sebanyak sudah pasti ia dapat membantu Liverpool mengatasi masalah kewangannya.

No comments: