Thursday, May 27, 2010

Lenanya

baby dah balik

Baru sehari baby tak ada di rumah, masing-masing dah rindu. Nasib baik warded sehari aje

Baby mandi

Ini mandian kali pertama baby di rumah. Aku yang mandikan sementara Irfan jadi jurugambar. Hmmm....boleh tahan juga gambar yang Irfan amik ni DSC_8115

Tuesday, May 25, 2010

Prestasi Hari Pertama

Semalam lepas balik daripada klinik, akupun memulakan tugas baru untuk menjaga baby dan emak baby. Ketiga-tiga anak aku sebelum ini (Syaqira, Syamira dan Irfan), bila lahir aku tak pernah hantar ke rumah orang tua aku atau mertua - aku jaga sendiri. Anak aku yang last sebelum ini, Irfan Syaqir. Kini dia dah pun berusia sepuluh tahun. Maknanya kira-kira dah sepuluh tahun jugalah aku dah tak jaga baby. Semuanya dah lupa-lupa ingat. Nasib baik Irfan rajin tolong aku untuk jaga adik dia. Memang boleh harap budak ni.
Jadi dalam kesibukan mengurus, kekadang ada benda yang tak jadi seperti yang dirancang. Antaranya apa yang berlaku pada hari pertama di rumah ialah...

Semalam aku rebus bekas susu ni bersama-sama botol susu untuk basmi kuman, apa dah jadi?
Setelah semalaman jaga baby, pagi ni aku bangun cari cermin mata....

Monday, May 24, 2010

Pelbagai Aksi: Cari Apa tu Agaknya?

mengantuk!
tidur dengan aman
tetiba terjaga hmmm...cari sesuatu
cuba jaya
tak jumpa, merajuk
cari lagi
tetap tak jumpa
apa lagi...guna taktik biasalah

My second son

Sepupu

Irfan dengan adiknya bersama dengan sepupunya Dania dan Danish.

Sunday, May 23, 2010

Cemburu seorang anak

Dania melawatsepupunya dengan emaknya
Tapi bila emaknya mula mendukung baby, cemburunya pun bermula

Kini....bertambah seorang lagi

Orang Baru

Syukur alhamdulillah! Bayi lelaki ini lahir pada 23.05.2010 (Ahad) pada jam 4.09 pagi di Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, Bandar Baru Bangi. Beratnya ialah 3.6 kg dan masih belum mempunyai nama

Menanti kelahiran baby

Hari ini orang rumah akan akan masuk wad di Az-Zahrah, Bandar Baru Bangi. Dr. Noraini menjangkakan baby pada bila2 masa.

Friday, May 21, 2010

Minggu Dugaan

Hari Rabu lalu, awal pagi aku dah hantar orang rumah ke az-zahrah, B.B.Bangi. Sepanjang malam dia dah rasa sakit2. Beberapa ujian dijalankan dan didapati rupa2nya false alarm aje - masih belum waktunya. Sehari sebelum (Selasa) kita orang melawat bapa mertua aku yang dimasukkan ke hospital Banting akibat serangan asthma. Aku ke sana setelah menghadiri Sambutan Hari Guru sesi pagi di sekolah. Setelah habis berurusan di Az-Zahrah, aku ke Jalan Pasar membeli beberapa jenis connector untuk sistem siaraya sekolah. Dari situ terus ke Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM untuk mendapatkan pengesahan. Pada waktu itu orang rumah aku terima kol yang mertua aku dipindahkan ke wad ccu apabila keadaannya semakin kritikal. Dia yang dimasukkan ke dalam wad 5 apabila mengalami asthma pada malam Isnin.

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru: Guru Pembina Negara Bangsa

SeLaMaT HaRi GuRu: "Guru Pembina Negara Bangsa" Ini ialah antara SMS ucapan Hari Guru yang aku terima. Macam-macam ragam. Ada yang dari rakan guru, ibubapa, bekas anak murid, ppd dan tak ketinggalan daripada pengarah JPN Selangor. Terima kasih semua: Ya Allah, pada tika dan saat ini, Engkau muliakan & syngi penerima ucapan ini, berkati keluarganya, sihatkan tubuh badannya, limpahkan rezekinya, jauhkan drp fitnah, penganiayaan & penghinaan, suburkan benih keimanan dgn penuh rasa kasih syng serta taqwa tanpa alasan. Makbulkan cita2nya yg murni. Amin Ya Rabbal A'lamin. Selamat Hari Guru.
. ' ' . '. () .' :ll: B a CANDLE B a LIGHT B a TWINKLE in d dark B a HOPE Be an INSPIRATION & make a difference in others' heart! Happy Teacher's Day! 16 Mei 2010
" Ingatkan campak rupanya jerawat batu, ngajar bagai nak rak bebudak buat tak tahu, rasa nak sepak, takut kena serbu. Banyakkan bersabar.... Kitakan cikgu..... SELAMAT HARI GURU!" ;-) Cita2mu b4 jd guru?Hakim?Loyar?Enjiniar?mnysal jd guru?Cuba tgk,ada loyar yg nk pki topi arkitek?Ada hakim yg brani pki kot Dr?Tp guru adalah SEMUA itu.Kita Dr.bila bdk skt,loyar bila parents soal,hakim bila bdk gaduh.Hatta pakgad&AHLI NUJUM pun kita!Smlm lak jd tkg kebun.Bgga la jd guru.Slmt hari guru! Guru bagaikan NTV7 kerana CERIA SELALU...guru juga kadangkala spt TV3 kerana menjadi INSPIRASI HIDUPKU...yang pasti guru juga bagaikan TV9...dekaaat dihati dan yang paling pntg...guru bagaikan...PAKEJ ASTRO...sbb MACAM2 ADA...'SELAMAT HARI GURU'..... Cåñtik sorang guru krñ kjérnihñ wjh, Månìs sorang guru krñ sñyumån iñdh, Ayu sorang guru krñ ksdérhånåån låhìrìåh, Hébåtnya sorang guru krñ ksàbårñ hakikiah dàñ Mulià sorang guru krñ keikhlasannya yg indah. ..SELAMAT HARI GURU! GURU....bkn 1 tp bribü, bkn smntära tp slmänyä,bkn dmüsühi tp dsyängi,bkn dlüpäi tp dingäti,bkn hnyä dsini tp dmnä2,bkn stäkät ini tp hggà hüjng nyäwä.. SELAMAT HARI GURU Guru yang sihat adalah guru PJ, guru yang sukar sesat adalah guru Geografi, guru yang pakar mengira adalah guru Matematik, guru yang pakar menulis adalah guru Bahasa... dan guru yang membaca sms ini adalah GURU yg hebat. SELAMAT HARI GURU 2010 Dulu, murid hormat dan takut Guru, kini..Guru takut murid. Dulu, Guru chalk n talk. Kini..Guru kena slow talk. Dulu, Guru boleh claim. Kini...x boleh complain. Dulu, Hari Guru dpt wang saku. Kini..Hari Guru dpt 'penyapu'..kena Gotong-royong... SELAMAT HARI GURU! Guru...dlm ajarnya ada harapan, dlm tegurnya ada doa, dlm marahnya ada sayang, dlm tawanya ada kemesraan, dlm diamnya ada kebijaksanaan, SELAMAT HARI GURU 2010. Guru Pembina Negara Bangsa... Terima Kasih Cikgu! Selamat Hari Guru. Moga sentiasa mendapat perlinduangan dan pedoman Allah. Guru yg ku muliakn...dlm ajarmu ada harapan, dlm tegurmu ada doa, dlm marahmu ada sayang, dlm tawamu ada mesra, dlm diammu ada bijaksana, dlm tanganmu insan terbina. SELAMAT HARI GURU... Guru ibarat lilin.. Sentiasa m'mberi cahaya kpd muridnya.. Murid ibarat p'mata yg perlu digilap hinga b'sinar. Selamat hari guru..

Sunday, May 9, 2010

Tinggal 2 kelompok aje malam ni....

Malam ni dah pasti ramai yang akan berdebar menanti 2 perlawanan penting EPL - MU menentang Stoke dan satu lagi Chelsea melayan Wigan. Musim ini agak dramatik juga sebab sampai ke perlawanan akhir msaih belum juara. Dua kelompok utama yang ada malam ni ialah mereka yang mengharapkan Manchester United menjuarai EPL 2009/2010 dan satu lagi mereka yang tak mahukan MU menjuarainya. Kelompok yang mahukan MU menjadi juara sudah semesti mereka yang menjadi peminat setia MU sementara kelompok yang satu lagi adalah gabungan mereka yang meminati kelab lain dan juga mereka yang membenci MU.

Telur separuh masak

Sejak orang rumah aku kurang sihat, dia dah tidak memasak lagi. Jadi agak banyak bahan mentah yang dah dibeli tidak terusik. Salah satu daripadanya ialah telur ayam yang rasanya ada satu tray lagi masih belum terusik. Jadi pagi ni akupun masak telur tu - separuh masak. Aku beli roti canai kat kedai dan bawak balik. Tak ke kedai sebab orang rumah aku nak jalapun dah tak larat sekarang sejak semalam. Lagipun pagi ni 2 pembantu datang bersihkan rumah. Sebelum mula sarapan, aku masukkan telur dalam bekas khas untuk masak telur separuh masak. Aku bajet, habis makan roti canai, telur ni akan siap dimasak. Memang betul apa yang aku jangka. Apa lagi akupun mulalah siapkan cawan sambil terbayang makan dengan kicap. Bila dipecahkan telur aku tuang-tuang tak keluar. Check punya check rupa-rupa dah jadi telur rebus. Pelik juga aku, kenapa tak menjadi? Dah bertahun aku guna bekas ni ok aje jadinya. Aku bawak ke depan dan beritau orang rumah aku. Apa dia jawab....dia kata telur yang aku ambil tu adalah telur rebus dari bunga telur pengantin yang diletakkan bersama longgokan telur mentah yang lain!

Sunday, May 2, 2010

minum petang di seksyen 20

on the way hantar syam, kita orang berempat singgah minum kat seksyen 20

Saturday, May 1, 2010

Bersemangat Liverpool

BPL: Perlawanan hujung minggu penuh debaran

Perlawanan hari Ahad ini amat menarik. Masing-masing mempunyai cita-cita dan impian yang berbeza. Chelsea menentang Liverpool di Anfield. Chelsea perlu menang untuk memastikan mereka berjaya merampas kejuaraan daripada MU. MU yang bakal menentang pasukan di tangga ke-10, Sunderland sememangnya mengharapkan agar Liverpool memenangi perlawanan itu bagi membolehkannya mencerahkan peluang mengekalkan kejuaraan.
Dengan lakaran sejarah masing-masing telah memenangi 18 kali kejuaraan liga ini, mungkin terdetik di hati Liverpool untuk membiarkan Chelsea mengalahkannya agar MU tidak memintas rekod milik bersama mereka itu. Suratkhabar hari ini juga sibuk menyatakan bahawa peminat Liverpool lebih rela kalah dalam perlawanan ini asalkan MU tidak menjuarai liga BPL ini. Namun dilema juga akan menghantui Liverpool jika faktor profesionalisme menjadi pegangan. Di samping itu, masalah kewangan di Liverpool juga perlu difikirkan sama. Kemenangan ke atas Chelsea boleh mengukuhkan peluang Liverpool untuk menyertai liga Eropah. Ia merupakan tiket untuk menjana pulangan wang yang besar. Sedikit sebanyak sudah pasti ia dapat membantu Liverpool mengatasi masalah kewangannya.