Thursday, September 24, 2009

Hari Ini (hari raya ke-5)

Hari ini, Khamis sepatutnya aku dengan orang rumah aku balik semula ke Johor dengan MAS kul 2.25 ptg. Kita orang ke sana untuk sambung beraya ke rumah saudara-mara yang tak sempat diziarah pada hari raya pertama hari tu. Di samping itu, kita sepatutnya drive balik ke sini kereta yang ditinggalkan kat sana. Tapi rupa2nya macam2 hal berlaku yang tak pernah terfikir. Adik aku As ada hal yang kita orang perlu uruskan pagi ni. Aku dengan adik aku Wan dah merancang dari malam tadi lagi. Tapi entah apa halnya, Celcom ada masalah besar. 019 tak boleh buat kol ke 019. SMS pun ada masalah. No lain spt 0012, 013, 016 dll semuanya tak leh nak buat kol dan sms ke 019. Pulak tu aku sekeluarga semuanya pakai 019! Dalam kul 10 aku hantar org rumah aku ke klinik di Putrajaya. Doc nasihatkan dia jangan bergerak jauh sebab tak sihat. Jadi nampaknya terpaksalah aku balik ke Johor sesorang. Aku cuba pujuk Irfan untuk temankan aku terutamanya masa drive balik, dia tak mahu. Akhirnya aku suruh Ira anta aku ke KLia. Lepas checkin akupun terus masuk ke terminal. Baru teringat, aku tak bawak kunci keta...bersambung

1 comment:

rafi_reenz said...

Aik,mcm ckit jer bunyi jln ceritanya abg ngah..Efy rasa mcm pajang lg la jln ceritanya.. Hehehe...