
Friday, September 25, 2009
Jumpa kawan lama

Bestnya makan...


Aku ada misi malam ni
Malam ni aku akan berurusan untuk membina masjid. Inilah kali pertama aku buat kerja ni. Orang rumah aku tak kisah, malahan dia yang sepatutnya ikut sertai malam ni tapi atas nasihat doktor dia terpaksa tak boleh ikut. Emak bapak aku suruh aku pergi wakilkan dia. Abang akupun ikut sama. Hmm...boleh ke aku ni? Harap2 semua berjalan lancar.
Nota:
1-Misi hendaklah dibaca sebagai mission dan bukannya nurse.
2- Masjid untuk adik aku yang bernama Asrul
hari ni pun ada problem juga...
.jpg)
.jpg)
Thursday, September 24, 2009
Hari Ini (hari raya ke-5)
Hari ini, Khamis sepatutnya aku dengan orang rumah aku balik semula ke Johor dengan MAS kul 2.25 ptg. Kita orang ke sana untuk sambung beraya ke rumah saudara-mara yang tak sempat diziarah pada hari raya pertama hari tu. Di samping itu, kita sepatutnya drive balik ke sini kereta yang ditinggalkan kat sana. Tapi rupa2nya macam2 hal berlaku yang tak pernah terfikir.
Adik aku As ada hal yang kita orang perlu uruskan pagi ni. Aku dengan adik aku Wan dah merancang dari malam tadi lagi. Tapi entah apa halnya, Celcom ada masalah besar. 019 tak boleh buat kol ke 019. SMS pun ada masalah. No lain spt 0012, 013, 016 dll semuanya tak leh nak buat kol dan sms ke 019. Pulak tu aku sekeluarga semuanya pakai 019!
Dalam kul 10 aku hantar org rumah aku ke klinik di Putrajaya. Doc nasihatkan dia jangan bergerak jauh sebab tak sihat. Jadi nampaknya terpaksalah aku balik ke Johor sesorang.
Aku cuba pujuk Irfan untuk temankan aku terutamanya masa drive balik, dia tak mahu.
Akhirnya aku suruh Ira anta aku ke KLia. Lepas checkin akupun terus masuk ke terminal. Baru teringat, aku tak bawak kunci keta...bersambung
Merarau di rumah



Sarapan di Kedai Mamak Seksyen 7, Shah Alam


Tuesday, September 22, 2009
khas buat efy & rin

Monday, September 21, 2009
baru sampai kinrara
ni baru je tiba kinrara. Aku tinggal keta kat johor sebab penat nak drive ulang-alik. Hari khamis ni balik semula ke johor sambung raya. Jadi kita org balik amik flght je senai-klia, klia-senai. Ni jap lagi nak ke rumah mertua aku di shah alam sebelum balik ke kampung dia org di banting
Sunday, September 20, 2009
Saturday, September 19, 2009
balik kampung
.jpg)
sahur di hentian paguh selatan
aku sampai kat sini pukul 4.30 pg. Punyalah ramai orang nak bersahur...mula2 beratur, bila dah dekat turn aku habislah pulak. Pergi kedai lain, beratur lagi. Akhirnya kul 4.25 baru dapat. Mentahlah pulak nasi lemak dia. Sebat je...
Shopping di PKNS, Shah Alam


Tuesday, September 15, 2009
Dia datang lagi dah!
Mungkin nak cari duit raya, siniket ini mula menghantar emel kepada penerima rambang dengan tujuan untuk mendapatkan username dan password pelanggan Maybank2u. Kalau dilihat alamat emel yang diletakkan memang merupakan alamat sebenar maybank2u tapi disebalik hyperlinknya yang dipautkan adalah palsu iaitu http://www.highm2uopen.com/M2ULogin.htm. Kalau kita ke alamat web tu memang nampak sebijik macam laman web asli maybank2u. Cubalah masukkan apa2 (bukan yang betul) username dan password, sistem akan menerimanya dan memaparkan muka surat yang meminta TAC Code dari kita. Tunggulah sampai berzaman, memang tak adapun TAC tu. Jadi sebenarnya jika ada pengguna yang menyangka ia adalah laman web sebenar, maka dia akan memasukkan username dan password yang betul. Jadi sindiket tu akan tersenyum kerana tak pasal-pasal dia dapat maklumat tu untuk masuk mengakses akaun pengguna tersebut. Yang lain kena fikirlah sendiri....
Ini dia yang dipaparkan bila kita buka emel tu.
Secured Notice (Maybank) Dear Valued Customer,
Maybank regrets to inform its customers that we encountered an unexpected system shutdown resulting in loss of valuable data and financial records. All M2U users are hereby required to immediately restore and reactivate their account below as inactive accounts will be terminated till further notice.
http://www.maybank2u.com.my
Thank you,
Maybank Group
Sunday, September 13, 2009
Danish datang rumah


Buka puasa di Kolam Udang
Hari ini sebab jadual penuh, tepaksa buka puasa di kolam pancing udang di Saujana Puchong. Sementara menanti waktu berbuka, Ira mencuba untuk memancing. Dengan bantuan Irfan (siap ajar kakak dia), sangkut juga udang di kail Ira.
Saturday, September 12, 2009
Friday, September 11, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)