Tuesday, May 20, 2008

Lunch at Sindang Reret, Bandung

Sorry sebab sebelum ni cuma dapat pos gambar dia aje. So isi perkara ni aku masukkan masa dah sampai ke Malaysia.

Di restoran inilah baru berpeluang untuk surf internet sejak menjejakkan kaki ke Bandung pada 19 Mei 2008. Tapi disebabkan tak bawak komputer maka, handphone Nokia E51 lah dijadikan alat untuk melayarinya. Almaklumlah keyboard handphone, mana boleh nak mewah-mewah menaip. Jadi poskan gambar dia aje dululah.

Kita di Malaysia menyambut Hari Wesak pada 19 Mei 2008 tapi di Indonesia pula ia jatuh pada 20 Mei 2008. Kat sini juga seperti di Malaysia, Hari Wesak merupakan Cuti Am (Hari Libur). Nasib baik Aliza sempat menyusun semula jadual dengan pihak di Indonesia kerana tak sangka yang Wesak di sini 20 hb. Ooleh itu jadual 19 dan 21 memang padat sekali. Sampaikan lawatan ke Tangkuban Perahu terpaksa dibatalkan kerana kesuntukan masa. Disebabkan 20hb tak boleh buat sebarang acara rasmi maka ia diisytiharkan sebagai Hari Shopping!

Gambar menunjukkan Dr. Izham (kanan sekali) dan Dr. Jamaludin (T-baju merah) sedang menikmati makan tengah hari dengan dilayani oleh Ahmad Kashfi. Yang sebelah Dr. Jamal nampak cermin mata tu Aliza. Restoran ini menghidangkan makanan Sunda. Sepanjang di sini, kita orang cuma makan makanan Padang dan Sunda aje.... Sedap sih!

No comments: