Wednesday, May 28, 2008
Jadual Padat di Sekolah
Hari Isnin, Selasa dan Rabu aku mempunyai jadual yang padat di sekolah. Walaupun cuti sekolah, semua guru diwajibkan hadir untuk beberapa aktiviti. Hari Isnin ada perkembangan staf mengenai Disiplin yang disampaikan oleh En. Md. Sukri b. Darus, Pegawai Pencegahan Dadah dan Disiplin PPD Petaling Perdana. Esoknya hari Selasa giliran aku pulak yang mengendalikan bengkel Pelan Strategik. Kedua-duanya diambilkira sebagai menghadiri kursus dan dicatat di dalam Kad Laporan masing-masing. Hari ni pulak diadakan sesi Muhasabah Diri semua Guru dan Pelajar. Semua guru diminta mengisi borang yang telah disediakan mengenai kehadiran dan penglibatan mereka dalam 6 bulan pertama. Ini memberi peluang kepada mereka untuk memperbaiki sebarang kekurangan di samping menambahbaik mana-mana yang dah baik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment