Friday, May 30, 2008

Last Minute!

Tengah aku sibuk cari idea untuk program ICT kat sekolah tetiba aku terjumpa lak gambar dua students ni yang tengah sibuk buat last minute punya study kat bilik aku Pendeta Zaaba, Blok G Bilik 1111. Memang nakal budak berdua ni...

Thursday, May 29, 2008

Pekena Cendol di Seksyen 9 Shah Alam

Syam dan Irfan sedang menikmati cendol di belakang DEMC Seksyen 9 Shah Alam. Best giler!!!

Wednesday, May 28, 2008

Jadual Padat di Sekolah

Hari Isnin, Selasa dan Rabu aku mempunyai jadual yang padat di sekolah. Walaupun cuti sekolah, semua guru diwajibkan hadir untuk beberapa aktiviti. Hari Isnin ada perkembangan staf mengenai Disiplin yang disampaikan oleh En. Md. Sukri b. Darus, Pegawai Pencegahan Dadah dan Disiplin PPD Petaling Perdana. Esoknya hari Selasa giliran aku pulak yang mengendalikan bengkel Pelan Strategik. Kedua-duanya diambilkira sebagai menghadiri kursus dan dicatat di dalam Kad Laporan masing-masing. Hari ni pulak diadakan sesi Muhasabah Diri semua Guru dan Pelajar. Semua guru diminta mengisi borang yang telah disediakan mengenai kehadiran dan penglibatan mereka dalam 6 bulan pertama. Ini memberi peluang kepada mereka untuk memperbaiki sebarang kekurangan di samping menambahbaik mana-mana yang dah baik.

Wednesday, May 21, 2008

Tamatlah sudah Program Khidmat Masyarakat di Bandung

Program Lawatan ke Bandung ini adalah merupakan sebahagian daripada keperluan Program Khidmat Masyarakat II. Selepas tamatnya majlis di Panti Asuhan Wisma Putra maka berakhirlah aturcara rasmi program ini. Alhamdulillah semuanya dapat dijalankan walaupun terdapat beberapa hic cup. Ni aku tengah pusing2 di Premier Plaza Jalan Cihampelas jumpa pulak free wifi internet service dari restoran McDonald kat plaza ni. Apa lagi terus melekatlah kat situ dengan E51 aku. Gambar bawah adalah sewaktu aktiviti di Panti Asuhan.

Tuesday, May 20, 2008

Dian

Dian merupakan orang yang bertanggungjawab memberi penerangan kepada peserta mengenai model-model alat muzik yang dipamerkan di restoran ini (untuk dijual).

Me and Raj at Sindang Reret Reataurant, Bandung

Raj and me share the same birthdate which is 5th December. We were brought up from the same background in the same state. We talk about EPL football. Both of us are back bencher. Perhaps thats make us ngam (suit each other). But there are few differences between us such as I'm Manchester United fan but he's Liverpool, I kept 01 in the middle of my IC number but he changed it to 05 and lastly he is my senior (he he jangan marah abang Raj).

Lunch at Sindang Reret, Bandung

Sorry sebab sebelum ni cuma dapat pos gambar dia aje. So isi perkara ni aku masukkan masa dah sampai ke Malaysia.

Di restoran inilah baru berpeluang untuk surf internet sejak menjejakkan kaki ke Bandung pada 19 Mei 2008. Tapi disebabkan tak bawak komputer maka, handphone Nokia E51 lah dijadikan alat untuk melayarinya. Almaklumlah keyboard handphone, mana boleh nak mewah-mewah menaip. Jadi poskan gambar dia aje dululah.

Kita di Malaysia menyambut Hari Wesak pada 19 Mei 2008 tapi di Indonesia pula ia jatuh pada 20 Mei 2008. Kat sini juga seperti di Malaysia, Hari Wesak merupakan Cuti Am (Hari Libur). Nasib baik Aliza sempat menyusun semula jadual dengan pihak di Indonesia kerana tak sangka yang Wesak di sini 20 hb. Ooleh itu jadual 19 dan 21 memang padat sekali. Sampaikan lawatan ke Tangkuban Perahu terpaksa dibatalkan kerana kesuntukan masa. Disebabkan 20hb tak boleh buat sebarang acara rasmi maka ia diisytiharkan sebagai Hari Shopping!

Gambar menunjukkan Dr. Izham (kanan sekali) dan Dr. Jamaludin (T-baju merah) sedang menikmati makan tengah hari dengan dilayani oleh Ahmad Kashfi. Yang sebelah Dr. Jamal nampak cermin mata tu Aliza. Restoran ini menghidangkan makanan Sunda. Sepanjang di sini, kita orang cuma makan makanan Padang dan Sunda aje.... Sedap sih!

Sunday, May 18, 2008

Having Lunch at Giant Kinrara

Me and 2 of my children are having lunch

Malam yang Manu Jadi Juara 11 Mei 2008

aku masih tak siap pack lagi untuk ke bandung

skrg ni dah kul 2.15 ptg, aku dgn peningnya dan dgn sakit jarinya masih tak siap lagi. Anak no 2 aku yang kat ssp outing, td aku dgn irfan pergi ambik dia. Dia bwk satu beg penuh baju untuk dibasuh. Skrg dia sibuk jemur baju, adik dia tengah tengok game Manu kat astromax antara Manu dgn Chelsea dan Barcelona.

Footballer in a making

Fuhh! Sakitnya

Pagi tadi aku sibuk kemas rumah. Masa tengah nak umpil penyendal cermin kaca rak tv, aku terhiris jari telunjuk kiri aku dengan pisau yg aku gunakan untuk mengumpil. Dalam luka dia dan darah keluar dengan lajunya. Nasib baik tak pitam.

Tuesday, May 13, 2008

Lawatan ke Bandung

Sila ambil maklum bahawa pakaian semasa ke UPI adalah baju korporat. Oleh itu dicadangkan agar memakainya semasa bertolak dari Malaysia

Apabila Sekolah Baru Dibuka

Apa yang dapat membantu Pentadbir daripada terkial-kial mencari semua keperluan asas. Alangkah dapat membantu andainya semua ini sudah disediakan agar Pentadbir dapat menumpukan kepada pengurusan kemasukan pelajar dan guru: 1- Semua Sukatan Pelajaran & HSP (PPK) 2- Pembukaan akaun bank 3- Launching Grant 4- Telefon 5- SchoolNet 6- Senarai Hubungan Penting (Nama Pegawai, emel, tel pejabat & handphone) - PPD, JPN dan KPM 7- Prosedur penubuhan PIBG 8- Senarai Semak Perkara Asas yang perlu dibereskan - gaji, data dsb 9- CF bangunan & Pelan Sekolah - terus framekan 10 - Info Sekolah - Kod, Alamat, Gred (EPRD) 11- Pekeliling Ikhtisas (BS) 12- Kelayakan perjawatan (based on School Grade) & kaedah pengiraan norma kelayakan guru - GB/PK?GM/GPemulihan/j-QAF/PT/PTR/PAP dsb 13- Buku Panduan Pengurusan Sekolah - Carta Organisasi, 14- Kaedah Menawarkan Tender Kantin dan Kedai Buku (termasuk tanggungjawab siapa di sekolah dan di PPD) 15- Mereka lencana, lagu sekolah (senikata dan senilagu), jata dan keperluan menghantar ke JPN/PPD untuk kelulusan 16- Senarai mereka yang perlu dihubungi jika terdapat sesuatu kecacatan ( sila tambahdefect) pada bangunan dan kawasan sekolah (Pembangunan) 17- 18-

Monday, May 12, 2008

Hmmm senang ke paper esok ni?

Esok paper Teknologi Pendidikan (Dr. Arif & En.Yusof) dan Khidmat Masyarakat (Dr. Jamaludin). Hmmmm....harap-harap OK semuanya

Bengang, Bengang!

Bengang sungguh aku hari ini apabila dituduh yang bukan-bukan. Tengah aku drive bagai nak rak balik ke rumah sebab nak sambung tengok second half game MU lawan Wigan, aku diserang oleh SMS yang mengatakan aku ni bela hantu. Ada ke patut????

Irfan mengantuk sangat

Petang tadi, 11 Mei ikut papa ke Nilai 3. Irfan mengantuk sangat sampai tertidur masa on the way lagi. Bila dah tiba sana, papa dukung Irfan masa nak pilih karpet. Sebab susah nak pilih, papa pun letakkan Irfan kat atas karpet. Hmmmm... makin sedaplah Irfan tidur. Terima kasih Baryali kerana beri peluang Irfan lena di atas timbunan karpet!

MU johan lagi!

Dua gol yang dijaringkan oleh Ronaldo dan Giggs telah memberikan kemenangan 2-0 kepada MU untuk membolehkannya mengekalkan kejuaraan BPL. Nape Raj tak SMS aku kali ni? Penat aku tunggu. Agaknya dia sedang sibuk study......

Monday, May 5, 2008

26 April 2008: Irfan di Rumah Kinrara

Irfan tengah relaks sementara menunggu papa yang sibuk mengangkut barang.

My Son

My son prepared breakfast for me on 13 April 2008. He told me that he has a secret recipe and would like me to try it out. So i bought the toaster the night before specially for him. Hmm.... not bad. At least he has shown some potential to become future Chef Wan

Lawat Syam kat SSP (4 Mei 2008)

Semalam ke SSP menziarah Syam (my 2nd daughter) dalam pukul 2 petang. Sebelum tu dia ada telefon mintak ajarkan matematik sebab ada topik-topik yang dia keliru. Minggu ini dan minggu depan dia ada exam. So sempatlah aku ajarkan dia tajuk aritmetik, sudut dan garislurus, poligon dan peratus. Nasib baik masih ingat lagi. Sebelum tu ada belikan dia buku ulangkaji KH PMR untuk dia prepare sebelum paper tu minggu depan.

Aku dan Teman Setiaku!

Inilah dia teman setia aku buat masa ni.

Sunday, May 4, 2008

MU Thrased West Ham!

United keeps the top position by beating West Ham United 4-1 despite play with 10 players after Nani received a red card. I watched this game at Ali Corner's in Tesco, Shah Alam with my son Irfan.

Exam oh Exam!

Exam dah semakin hampir. Assignment tak siap lagi. Apa nak jadi...

Saturday, May 3, 2008

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT: PKPGB KOHORT 3 (IAB-UKM)

Ni ada emel dari Aliza mengenai perubahan jadual: Salam sejahtera rakan-rakan semua. Saya telah dihubungi oleh pihak Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dan juga wakil dari Dinas Pendidikan Propinsi Jawa Barat. Saya dimaklumkan bahawa 20 Mei 2008 adalah merupakan cuti umum di Indonesia kerana sambutan Hari Wesak. Sehubungan itu, mereka meminta kita meminda jadual program kita untuk disesuaikan dengan kehendak mereka. Bersama ini saya attach kan itinerary yang terkini. Sekian, terima kasih. Aliza Abdul Manan Bahagian Pelajaran Swasta Kementerian Pelajaran Malaysia Tel. Pejabat: 03-88849156 Fax Pejabat: 03-88886676 H/Phone: 019-2648512 HARI 1 (19 Mei 2008) (Isnin) KUALA LUMPUR - BANDUNG (LUNCH / DINNER) *6.30 am : Berkumpul di LCCT. *9.05 am : Berlepas ke Bandung (AK 966) 10.05 am : Tiba di Lapangan Terbang Bandung 12.00 pm : Makan tengahari di Restoran Tempatan 1.00 pm : Bertolak ke Universitas Pendidikan Indonesia Jl. Dr. Setiabudhi No. 229 Bandung 40154 Jawa Barat – Indonesia Prof. Dr. Hatta Mohammad Ali, MA. Dekan Fakulti Ilmu Pendidikan 2.00 pm : Program di Universitas Pendidikan Indonesia 5.00 pm : Check-in di Hotel Perdana Wisata 7.00 pm : Makan malam di Restoran Tempatan DAY 2 (20 Mei 2008) (Selasa) BANDUNG (BREAKFAST/LUNCH/DINNER) 7.00 am : Sarapan di hotel 9.00 am : Lawatan ke Pasar Baru and explore some Factory Outlet such as Cibaduyut Shoes and Leather Center, Cihampelas Jeans Corner, Rumah Mode, Stock Center, DSN, Chine Imperum, Rich and Famous etc 12.00 pm : Makan tengahari di Restoran Tempatan 2.00 pm : Sambung lawatan ke tempat-tempat menarik di Bandung. 5.00 pm : Bertolak balik ke hotel 7.00 pm : Makan malam di restoran tempatan DAY 3 (21 Mei 2008) (Rabu) BANDUNG (BREAKFAST/LUNCH/DINNER) 7.00 am : Sarapan di hotel 8.00 am : Bertolak ke SD Negeri Banjarsari, Jl Merdeka Bandung 12.00 pm : Makan Tengahari di Restoran Tempatan 2.00 pm : Bertolak ke Panti social asuhan anak Jl Timbuluyut Bandung 5.00 pm : Balik ke hotel 7.00 pm : Makan malam di Restoran Tempatan DAY 4 (22 Mei 2008) (Khamis) BANDUNG – KUALA LUMPUR (BREAKFAST) 7.00 am : Sarapan di hotel 10.00 am : Check-out dari hotel 1.05 pm : Berlepas ke LCCT (KUL) (QZ 7593) Perdana Wisata on twin sharing basis

Thursday, May 1, 2008

My Son Irfan

Visiting Syam at SSP

Just visited my 2nd daughter at Seri Puteri. She seems like having some problem about her study. She can't understand her Prinsip Akaun subject in KH and also cannot focus on her study. Pity her and will arrange private tution next weekend

Raj & Abang! I'm so sorry for 'Walk Alone'

Hmmm.....dah berangan tengok MU lawan Pool kat Bandung. Tapi tak kesampaian bila Pool tewas 2-3 di Stamford Bridge lawan Chelsea. Cuba bayangkan aku dengan Kashfi sokong MU lawan dengan Raj dan Abang yang sokong Pool. Pulak tu tengok kat Cafe MU di Paris Van Java, Bandung. Perggg....mesti meriah punya. Anyway jangan bersedih my friends, Raj & Abang. Now is the best time for you to support MU. Go MU!