Saturday, March 29, 2008
Rintis Projek Solar di Sekolah Pedalaman
21 Ogos 2006. Ni aku bergambar dengan Megat dari JKR dan Mat Salleh dari BP Solar kat pengkalan Pulau Sanghai untuk bertolak balik ke Sandakan.
Projek Rintis Solar ini adalah di bawah Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK) dengan tujuan memberi bekalan elektrik yang mencukupi untuk kegunaan 6 buah PC, sebuah pencetak, switches dan VSAT selama 8 jam. 10 buah sekolah iaitu 5 di Sarawak dan 5 di Sabah telah terpilih. Bekalan elektrik dari solar ini yang menggantikan genset didapati lebih digemari oleh guru ICT dan pentadbir sekolah di atas 2 faktor utama. Volt bekalannya stabil dan ini dapat mengelakkan kerosakan pada peralatan elektrik dan yang kedua mereka tidak perlu menanti bekalan diesel yang sukar untuk dibawa masuk ke kawasan pedalaman seperti ini. Dengan solar, hampir tiada kerja dan kos selenggaraan yang perlu dirisaukan mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment