Tuesday, August 5, 2014

Cuti Sakit


Hari ini aku MC setelah kaki membengkak teruk, semakin sakit dan sukar untuk berjalan. Sakit yang mula dirasa hari Ahad tapi pergi kerja macam biasa hari Isnin walaupun jalan terjengket-jengket. Masa kerja tu sempat pergi klinik di Putrajaya dan doktor mengesyorkan agar buat pemeriksaan darah pada hari Rabu atau Jumaat. Dapat ubat tahan sakit dan susut bengkak tapi nampaknya macam kurang berkesan.

Hari ini pergi ke Poliklinik Salehudin dan aku dirawat doktor Zaliah. Setelah dia periksa bengkak dan tempat sakit, dia kata tak macam gout. Dia tanya sebelum ni ada ke kena sakit macam ni. Aku kata tak ada tapi orang rumah aku kata ada. Hmmm... baru teringat memang ada. Bagus orang rumah aku ni. Lepas tu doktor beri pendapat rasanya ini athritis. Dia tanya lagi, ada panjat pokok ke baru-baru ni? Memang ada... panjat pokok rambutan melayani si Nasr Syamir Mikhail kat rumah mak aku masa hari raya kelima. Hmmm... nampaknya kena bersaralah dari memanjat pokok walaupun itu memang kegemaran masa kecik-kecik dulu. Dah lima siri, kena sedar diri.





No comments: