Saturday, November 27, 2010

Duit Jajan Irfan

Irfan aku dan orang rumah aku latih agar simpan duit sama ada duit jajan sekolah dia ataupun yang orang beri. Dia ni kalau tak diingatkan selalu, kalau tidak kita boleh jumpa duit dia merata. Bila dah agak banyak, kita orang akan suruh dia kira dan susun. Tengoklah susunan duit RM1 dalam himpunan RM10 - cute kan. Hari ini bila bank-in kan duit dia di MBB Giant Kinrara, jumlah duit jajan dan duit raya dia yang dapat disimpan ialah RM748.

2 comments:

HBM Consultant said...

Wah, banyak tu! Kami pun hendak suruh Farhan kira duit simpanan dia la. Farhan suka masukkan lebihan duit belanja ke dalam tabung si bulat (kucing) dia, hehehehe... Sudah lama juga tidak buat aktiviti 'pecah tabung' ni...

Dunia Daddy said...

wah...tahniah irfan... nnt iriss dah besar, suh mcm nie gak la...