Saturday, November 27, 2010

Duit Jajan Irfan

Irfan aku dan orang rumah aku latih agar simpan duit sama ada duit jajan sekolah dia ataupun yang orang beri. Dia ni kalau tak diingatkan selalu, kalau tidak kita boleh jumpa duit dia merata. Bila dah agak banyak, kita orang akan suruh dia kira dan susun. Tengoklah susunan duit RM1 dalam himpunan RM10 - cute kan. Hari ini bila bank-in kan duit dia di MBB Giant Kinrara, jumlah duit jajan dan duit raya dia yang dapat disimpan ialah RM748.

Friday, November 26, 2010

EMPAT GOLONGAN LELAKI KE NERAKA... .

Pertama: Ayahnya
  • Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat... tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya...

Kedua: Suaminya

  • Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiamkan diri... Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya...

Ketiga: Abang-abangnya

  • Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat...

Keempat: Anak Lelakinya

  • Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya...

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah, suami, abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar firman ALLAH swt.:- " Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka, di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu..." Hai wanita, kasihankan ayah mu, suami mu, abang-abang mu serta anak-anak lelaki mu...Kesiankanlah mereka dan juga diri mu sendiri... jalankan perintah ALLAH swt dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas... Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga..janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T. http://www.facebook.com/photo.php?fbid=166643666700717&set=a.166642696700814.35938.100000652551459&comments=&alert=#!/note.php?note_id=134075089981684&id=100000357507704

Mak datang lagi....

Sunday, November 21, 2010

Hari Raya Haji 17.11.2010

Kita orang berhari raya di Shah Alam.  Solat sunat hari raya di Masjid Negeri dan membantu majlis korban di surau Seksyen 2.




Hari Graduasi Tahun 6

YDP PIBG Tn Hj Shaharudin bin Ajam
Persembahan boria
Persembahan Kugiran
Eleya dan Aswad
Ketua Murid, Nazihah Ahmad
Cenderamata daripada kohort logam
Melambung!
Melompat

Hari Anugerah Cemerlang

Hilang Kasut

Pagi tadi masa aku keluar nak buang sampah, aku tengok pintu pagar aku terbuka. Terus aku memeriksa boot bola Irfan yang diletakkan di rak kasut tepi pintu. Sah tidak ada. Macam aku tak percaya yang kasut tu tak ada di situ. Aku masuk rumah tanya orang rumah, kot-kot dia ada buka pintu pagar. Dia kata tak adalah pulak. Tetiba aku teringat kasut aku yang disusun di rak yang sama. Pun ghaib sama! Astaghfirullah...rupa2nya ada pencuri masuk kawasa rumah aku malam tadi. Aku kehilangan 4 pasang kasut sementara Irfan pulak hilang boot bola kesayangan dia.

Friday, November 5, 2010

dah berkaca mata

sejak selasa lalu, irfan dahpun mula berkacamata.