Sunday, April 25, 2010

Cantiknya Forte

dinner kat jusco equine

lepas ziarah syam, kita org singgah jusco dalam slot jalan2 cari makan

Lawat Syam

patutnya kena hadir 2 meting. Mesyuarat pkpgb dan surau smsj. Dapat pergi meting pkpgb aje. Bukan aje melepas meting sajoha, nak makan sate dengan dia orang lepas meting tadi pun melepas.

Mesyuarat pasca Bangkok

Tadi dari pukul 10.30 pagi sampai 3 petang kita orang bermesyuarat kat PKG Kajang

Friday, April 23, 2010

Bermata bulat...

Baik yang dukung, apatah lagi yang kena dukung, termasuklah yang menengok dari belakang semuanya bermata bulat.

Tuesday, April 20, 2010

Sunday, April 18, 2010

BPL: Keputusan yang menarik

Peminat MU cilik
Keputusan perlawanan malam tadi amat menarik. MU yang ketinggalan 4 mata dr pendahulu, Chelsea memulakan perlawanan derbynya menentang City di Maine Road. Tevez bersungguh2 mahu mengaibkan Ferguson kerana tidak membelinya utk terus bermain di MU. Kepuusan MUmenang 1-0 hasil jaringan Scholer di minit 90+3. Lepas tu Spurs menentang Chelsea di White Hart Lane. Juga derby. Anehnya Chelsea pulak kalah menyebabkan jarak mata memisahkan MU dengan pendahulu menjadi 1.

Wednesday, April 14, 2010

Irfan teruja

Setelah hampir 4 bulan sekolah dibuka, barulah hari ini dijadualkan adanya aktiviti mingguan pakaian seragam. Semalam lepas aku confirm dgn pk koku sklh irfan, dia serta-merta menyiapkan pakaian seragam tu sendiri - proaktif anak aku ni. Malam sebelum tidur aku tengok baju dan aksesori pengakap dia dah tergantun dan tersusun rapi. Pagi tadi dia bangun senang sangat. Terus dia bersiap dan solat subuh. Masa aku hantar ke sekolah dia panik sikit sebab ramai murid pakai pakaian sukan. Tadi masa aku di klinik putrajaya, tiba2 aku dapat sms dr cikgu noraini beritau ptg ni cuma ada gotong-royong aje. Teringat terujanya dia masa xtvt kali pertama dulu

Giliran Klinik Putrajaya

Semalam menjangkakan boleh bekerja semvul hari ini, tapi dari malam bawa ke pagi orang rumah masih dalam kesakitan apabila baby bergerak. Awal pagi beritau pk yg aku sambung cuti. Pagi2 dah diskas mana lagi nak pergi. Akhirnya buat keputusan utk ke hospital serdang. Masa dlm perjalanan aku hubuni bahrin, pakar herba yg juga merupakan junior aku di smsj dulu. Dia begitu membantu dan mencadangkan ambil oat bran, teh ji hua dan cod liver oil. Masa dah masuk ke kawasan parking hospitak, aku cuba hubungi dr norai utk mintak pandangan. Dia nasihatkn agar ke klinik putrajaya presint 9. Di situ org rumah dirawat oleh dr hamimah. Dr hamimah mendapati baby ok, kesihatan ibu ok dan bukan apendiks. Namun masih misteri apa yg melanda. Akhirnya dr hamimah menghubungi hospital putrajaya dan memutuskan utk menjalani pemerhatian di wad bersalin.

Monday, April 12, 2010

Along datang

Baru jap ni kakak ipar aku Along dengan suami dia datang melawat.

Lapar...

Sementara menanti doktor bedah memeriksa orang rumah aku, kita orang masing2 surfing dengan handphone diseli pula dengan baca harian metro. Dia kena berpuasa sementara sebelum diperiksa. Masalahnya dia mengadu lapar. Kesian dia. Yang tambah masalah ialah makan tengah hari sudah dihidang. Baunya menusuk hidung, lagilah dia jadi semakin tak tentu hala. Untuk menambah masalah, aku sebenarnya pun lapar juga. Kesian nasi dan lauk ayam masak kurma tu....orang rumah aku tak leh makan. Kalau dibiarkan aje, membazir. Ustaz dulu ajar, membazir tak elok. Orang yang suka membazir tu sahabat syaitan, tambahnya lagi. Hmmmm....jadi apa harus aku buat?

Orang rumah masuk wad

Sejak semalam orang rumah aku mengadu sakit perut setiap kali baby bergerak. Semalam aje dua kali aku bawa dia ke klinik dan hospital. Pagi ni, lepas hantar Irfan ke sekolah, sekali lagi aku hantar di berjumpa doktor pakar bersalin di Az-Zahrah, Bangi. Doktor syak apendik dan syorkan ia diperiksa pakar bedah. Sekarang ni dia dalam wad sementara pakar bedah datang

kat az-zahrah

Sejak dari pagi orang rumah aku mengadu sakit perut bila baby bergerak. Tadi aku dah hantar dia ke poliklinik di Puchong Utama tapi kita berdua rasa tak puas hati terhadap cara dia layan, periksa dan buat kesimpulan. Dahlah masam, periksa pun nak tak nak. Akhirnya dia beri panadol. Bila dah makan panadol pun masih sakit, maka aku hantar orang rumah ke az-zahrah kira2 jam 11.29 malam tadi. Doktor periksa perut, urine dan darah. Namun tiada yang pelik menurutnya. Tapi sekurang2nya cara dia periksa dan terangkan meyakinkan juga.

11.04.10: diari hari ini

sarapan, giant, balik umah, bangi beli barang baby, lawat syam, balik umah, makan malam kat riyashad, klinnik, tengok bola, az-zahrah

Wednesday, April 7, 2010

Jumpa kawan

Jumpa Syam

Semalam Syam telefon aku. Lepas kerja aku jumpa mak, bapak dan adik aku Misah kat Cyberjaya. Apa lagi kita orang semua ambil kesempatan jumpa dia. Syam baru aje habis aktiviti sukannya. Nenek dia bawak macam2 makanan

Makan malam

Tiga2 kita orang makan nasi ayam......