Tuesday, March 2, 2010

PERMATApintar

Aku menghadiri seminar PERMATApintar ini di UKM. Jadi mungkin juga ada antara yang menjengah blog aku boleh mendapat manfaat daripadanya.
Objektif program ini adalah untuk mengenalpasti pelajar pintar seawal mungkin serta memastikan pelajar-pelajar pintar cerdas tidak terabai, malah diberi pendidikan bersesuaian dengan kemampuan intelek mereka dan menjadi individu yang berdaya tinggi di peringkat nasional dan global.
Program PERMATApintar akan dilaksanakan dalam beberapa peringkat dengan dimulakan mengenalpasti pelajar yang berumur 9 - 15 tahun melalui ujian saringan IQ PERMATApintar secara atas talian UKM1. Mereka yang berjaya menghabiskan ujian UKM1 akan diberikan sijil oleh UKM. UKM akan menawarkan mereka yang layak untuk menduduki ujian atas talian UKM2 di pusat-pusat khas yang akan diuruskan oleh UKM dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri. Hanya mereka yang melepasi UKM2ini akan ditawarkan untuk menyertai perkhemahan di UKM selama 3 minggu. Ujian UKM1 terbuka kepada semua DARI 1 Mac hingga 31 Mei 2010 dan boleh dibuat melalui capaian internet di sekolah, di rumah, di cybercafe atau di mana-mana sahaja dengan melayari laman web http//www.permatapintar.edu.my.
Kursus yang ditawarkan semasa perkhemahan 3 minggu: 1- Menjadi saintis/Be a scientist (9 tahun) 2- Penaakulan Mantik/Mathematical Reasoning (10 tahun) 3- Penulisan dan Imaginasi/Writing and Imagination (11 tahun) 4- Mengarang Penulisan/Crafting the essay (13 tahun) 5- Pengenalan kepada Robotik/Introduction to Robotic (12 tahun)) 6- Kriptologi/Cryptology (14 tahun) 7- Bioteknologi/Biotechnology (15 tahun) 8- Biologi Pecutan/Fast-paced Biology (15 tahun) 9- Rekacipta/Invention (13-15 tahun) 10- Kristal dan Polimer/Crystal and Polymer (12-13 tahun) 11- Sains Penerbangan/Flight Sciences (12-13 tahun) 12- Kebarangkalian dan Teori Permainan/Probablity and Game Theory (14-15 tahun)

1 comment:

HBM Consultant said...

Wah, menarik! Farhan boleh mencubanya tahun hadapan. Terima kasih atas maklumat ini...