Sunday, October 11, 2009

so touched

Aku baru aje habis siapkan keperluan untuk memulakan tugas esok. Tetiba pintu rumah aku diketuk.....???? Terkejut aku. Nasib baik aku masih di bawah, jadi dapatlah dengar bunyi ketukan pintu tu. Belum sempat aku meneka siapalah yang datang tu sambil mencari anak kunci, aku dengar salam diberik. Sambil menjawab salam, aku buka pintu.
Rupa2nya ada seorang budak lelaki berdiri kat muka pintu. Sambil memegang sebungkusan hadiah, bibirnya menguntum senyuman. Dengan sopan dia meminta maaf sebab mengganggu malam-malam hari. Sambungnya lagi dia cuma nak sampaikan hadiah kepada aku yang dia tak dapat berikan pada hari terakhir aku di SKS2BK. Aku terus peluk dan ucapkan terima kasih atas ingatannya itu. Ooo...rupa2nya inilah dia Haziq yang telefon aku hari tu mengatakan ada sesuatu yang dia nak berikan pada aku.
Aku ajak dia masuk tapi dia kata dia nak cepat. Ayahnya sedang menanti di Stream kat luar pagar rumah aku. Lalu aku bertemu dengan ayahnya En. Alias. Sempat bersembang sekejap. Hmm...En Alias ada 2 anak di sekolah SKS2BK iaitu Hafiz 6 Neptun dan Haziq 4 Sigma.
Terima kasih....

1 comment:

kembara kelana said...

tulah cikmu min
kau tak tanya dia MU ke chelsea..kalau chelsea dia geng aku min