Tuesday, December 14, 2010

nasr syamir pagi ini

Rindu kat my hensem boy

BPL: MU lawan Arsenal

aku tengok game ni dengan pak din dan adik ipar aku efy di resroran as subuh, saujana puchong. Efy ni sampai lambat, masa kedua bermula dia tiba. Ini mengulangi seperti tahun lepas, di tempat yang sama dan orang yang sama. Cuma tahun lepas, ada elias classmate aku masa di sekolah menengah. Walaupun kedua2 tu peminat arsenal, dan aku sorang je MU tapi kelihatannya meja di sebelah iaitu student afrika aku rasa yang lebih riuh. Keputusan MU menag 1-0 hasil jaringan Park Ji Sung sementara Rooney tak masuk sepakan penalti.

Monday, December 13, 2010

Berdarmawisata di PD pada 7 Dis 2010

Sempena Cuti Maal Hijrah baru-baru ni, sekumpulan guru/staf sekolah mengunjungi PD. Aku bertiga sempat juga ke sana walaupun tak bermandi-manda.

Sunday, December 12, 2010

singgah jugra

sempat mama wannya suap makan tengah hari

dah bersih pun

aritu rumput kat rumah di taman dahlia bbst bukan main tinggi lagi. Semalam mintak tolong zul yg tinggal dekat dengan rumah tu utk carikan bangla potong rumput. Hari ini gi ke situ sebab nak bayar pada zul yg dulukan duit dia. Sambil tu sempatlah jengah rumah, dahpun bersih. Tq zul

minum ubat pulak

lepas makan, minum ubat lepas tu baru dapat air

minum ubat pulak

lepas makan, minum ubat lepas tu baru dapat air

Memenuhi keperluan fisiologi

Nasr pagi ni bukan main tak sabar nak makan. Dari awal2 lagi dia asyik sebut mama, maman berulang2 kali. Bila makanan disuap, mesti berterusan kalau tidak dia merenggek. Lapar sangat agaknya si kecik aku ni....

Sunday, December 5, 2010

Birthday

Irfan dengan fish & chip dan air strawberi kegemarannya
Kek

Orang rumah aku makan laksa. Nasr?

Orang rumah aku bawa aku ke Secret Recipe Giant Kinrara. Yang bestnya SR ni sponsor apa yang aku order. Dia memang ada promosi sambutan hari jadi hingga Disember ini. Pada yang birthdaynya belum sampai, bolehlah ke mana-mana SR. Ingat kita kena tunjukan IC, kalau tak agaknya adalah orang yang akan ambil kesempatan untuk 'sambut' birthday dia tiap-tiap hari di SR.

irfan syaqir

Irfan Syaqir masih terkenangkan boot bola dia yang hilang dicuri orang pada 21 November yang lepas dari rak kasut di luar rumah. Sekarang dia aim nak gantikan boot bola yang hilang tu dengan kasut futsal sebab boleh guna untuk main bola dan buat jalan.

Nasr Syamir Mikhail

anakku

hadiah birthday

Terima kasih isteri dan anak2ku....

Saturday, December 4, 2010

Ke Klinik Dr. Chan

26 November yang lepas, kita orang hantar Nasr untuk amik neb (nebulizer) di Klinik Chan, Bandar Puteri Puchong. Kat situ jumpa pulak dengan si Izmi dan isterinya Siti yang juga bawa baby pertamanya untuk kes yang sama. Memang musim agaknya.... Apa yang penting cuba tengok pasangan muda ni, masing-masing bawak handbag.

apa dah jadi?

Irfan gunting rambut

Perjalanan yang sia-sia?

Dahlah ke Pusat Pengajian Luar UPM jalan sesak akibat MAHA, sampai terlepas kenduri kahwin anak kawan di situ. Lepas tu balik ke Kinrara jap seebelum ke Kelana Jaya nak makan ikan bakar. Dah susah payah sampai ke retoran tu, rupa2nya belum buka lagi. Tukar pelan, makan di Malee Sauja Puchong. Lama betul dah tak makan kat situ. Rasanya lebih dari 6 bulan. Apa yang cutenya si Irfan boleh tanya sebaik sampai di situ, Irfan terkejut sebab kenapa tak ke UPM. Mana taknya dia tidur masa on the way ke UP dan ke Sunway. Tetiba bila bangun dah kat Saujana Puchong....

Makan malam di Rishadh

Jumaat, 3 Disember 2010.
Adik ipar aku sudahpun menamatkan kursus fotografi anjuran tempat kerjanya. Dia datang rumah sambil tunjukkan hasil kerjanya itu. Kebetulan waktu tu kita orang berada di Subang Perdana kerana bertemu dengan En. Jamil, maka agak lewat malam juga baru dapat bertemu dengan si Efy ni. Kebetulan diapun buat overtime jadi taklah dia perlu lama sangat beza waktu untuk dia singgah rumah. Wah boleh tahan juga hasil kreativitnya sekarang. Selepas tu kita orang dinner sama-sama di BK4.

jusco equine

Pagi tadi kita orang berempat ke Jusco di Equine Park. Saja jalan-jalan sambil orang rumah aku nak beli sesuatu di kedai ML.
Si kecik ni tidur masa baru-baru sampai
Sempat irfan bagi makan kaki dia pada ikan2 comel ni.
Yang lucunya si Irfan ni hampir sepanjang perjalanan balik, tak habis-habis bercerita tentang pengalaman kaki dia dibersihkan oleh ikan-ikan tu. Macam-macam cerita mengarut dan teori dia keluarkan. Salah satunya dia kata, dia dapat rasakan yang dia akan semakin teror bermain boleh. Alangkah senangnya hidup ini kalau benda tu betul.... Akhirnya satu ayat cepumas dia sebut "Bila kita nak ke situ lagi?". Aikkk...dah macam ketagihlah pulak anak aku ni. Irfan, Irfan. Kami sayangkan Irfan!

Main Bola

Main bola cara Nasr ni tak yah boot dan stokin....
Apa yang penting ialah menjalin kemesraan dan kasih sayang sesama insan apatah lagi sesama adik-beradik. Sesungguhnya ia menjadi satu tuntutan agama agar kedamaian dan keharmonian hidup di dunia ini dapat diwujudkan.

hujan

pertama kali nasr pakai payung ni, dia rasa pelik tak habis2 mendongak