Wednesday, June 30, 2010
Majlis Pelancaran Program Warga Pendidikan Prihatin Alam Sekitar
Program yang berlangsung di SSP dirasmikan oleh isteri Tim. Perdana Menteri, YAB Puan Sri Noorainee bt. Abdul Rahman
Sunday, June 27, 2010
27.06.2010: Diari Hari Ini
Lepas makan tengah hari, aku melawat Syamira di SSP. Lepas tu singgah kat Hungryprawn & cafe di Saujana Puchong. Joe nampaknya semakin cekap mengendalikan kolam udang. Di samping itu dia juga ada sediakan cafe untuk pelanggan dan penduduk sekitar. Teringin nak mancing tapi tak berpeluang pasal nak berkejar ke Shah Alam ambil Irfan.
Lepas ambil Irfan, terus ke PKNS cari kain pelikat Irfan dan susu Nasr. Balik ke Kinrara singgah Giant beli groceries dan lepas itu ke pasar malam cari ikan - ikan merah, ikan kerisi dan ikan ati-ati (ye ke ati-ati?).
syok sangat
dulu2 kalau naik buai, kena kat bawah pokok. sekarang ni naik bouncinette kat bawak meja makan pun boleh
Saturday, June 26, 2010
Pelbagai aksi penjaga gol
Untuk memenangi sesuatu perlawanan, penjaga gol turut memainkan peranan yang penting. Dino Zoff, Gordon Bank, Ray Clemence, Fabien Barthez, Van der Sar dan Peter Schmeichel adalah di antara sebahagian penjaga gol ternama di dunia. Pada beberapa kejohanan Piala Dunia sekitar tahun 80-an, pasukan Brazil yang terkenal, handal serta bergaya dengan gaya Sambanya gagal menjuarai piala tersebut dikatakan gara-gara akibat ketiadaan penjaga gol yang hebat. Aksi berikut yang manakah menjadi kegemaran anda? (pastikan anda skrol sampai gambar terakhir)
Apa yang panjang?
Masa dalam perjalanan ke sekolah siang tadi untuk menghadiri majlis English Fun Camp sambil melihat kerja-kerja pengemaskinian data SMM, aku berhenti di lampu isyarat. Bila tengok lori ni nampak macam ada yang tak kena. Tapi bila baca beberapa kali tak pulak jumpa mana silapnya. Akhirnya baru perasan....
Mama wan dan papa wan datang
Petang tadi selepas menziarah Iriss Amani di Az-Zahrah, mama wan dan papa wan datang menziarah Nasr pulak. Papa wan kata sekarang Nasr dah double chin.
Thursday, June 24, 2010
Jiran di Telok Pulai
Masa sambutan hari guru ni, aku bertemu dengan jiran baik masa tinggal di Telok Pulai, Klang. Ustazah Sabaria dan suaminya Kapten Kamarudin sekarang dah tinggal di Taman Usamah Zaid, Sepang.
Sambutan Hari Guru Daerah Sepang
Sambutan diadakan di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya. Kelihatan dalam gambar ialah Tn. Hj. Shaharudin, YDP PIBG SKTPP dan Misnon b. Ramli Guru Besar SK Taman Seroja
Wednesday, June 23, 2010
Sebulan dah usia Nasr
Hari ini genap sebulan usia Nasr. Dia yang dilahirkan pada 23 Mei 2010 jam 4.09 pagi dengan berat 3.6 kg telahpun meningkat ke 4.6 kg hari ini. Aku bawa dia ke Az-Zahrah untuk pemeriksaan rutin. Dia kena injek dan seperti biasa menangis. Bestnya dia, dia nangis kejap aje....
Monday, June 21, 2010
Sunday, June 20, 2010
Saturday, June 19, 2010
Irfan
Nasr macam rindu pada Irfan lepas seminggu lebih tak jumpa. Dia macam nak berbual-bual dengan abangnya ini
Friday, June 18, 2010
pak su dan mak su
semalam mak su pergi checkup kat hospital putrajaya. lepas tu dia dengan pak su datang singgah rumah. hmmm...bila nak jumpa iris ni
Mikhail
Malaikat Mikail adalah salah satu daripada pembesar malaikat yang empat. Ia dicipta oleh Allah SWT selepas malaikat Israfil dengan selisih kira2 500 tahun.
Tiap-tiap matanya sentiasa menangis memohon rahmat ke atas orang2 mukmin yang berdosa. Setiap matanya yang menangis akan mengeluarkan 7000 butir air mata dan setiap daripadanya itu Allah jadikan malaikat Karibiyyuuun.
servis kereta
baru hari ini aku berkesempatan untuk hantar kereta untuk diservis setelah sekian lama tertangguh. Di kesempatan ini, bolehlah update blog dan jengah FB.
saya dah 4.4
hari rabu lepas, 16 jun bawak nasr ke az-zahrah sebab dia macam kurang selesa. Bila doktor timbang, beratnya dah 4.4 kg berbanding 24 hari lalu (dia lahir 23 mei) beratnya 3.6 kg. Hmmmm...padanlahlah mamanya asyik cakap lenguh bila lama dukung nash
Thursday, June 17, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)