Thursday, December 24, 2009

Kadar bayaran tambahan sesi persekolahan 2010 diseragam

Keliru aku dengan berita ini bebanding dengan SPI yang dikeluarkan baru-baru ini KUALA LUMPUR: Bayaran untuk sesi persekolahan baru yang akan bermula pada 3 dan 4 Januari depan ditetapkan RM24.50 bagi setiap murid sekolah rendah dan RM33.50 murid sekolah menengah di seluruh negara. Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata kadar bayaran tambahan itu diseragamkan untuk semua pelajar sekolah rendah dan menengah mulai tahun depan, berbanding pakej pembayaran A, B dan C yang berdasarkan jenis pekerjaan ibu bapa sebelum ini. Pecahan bayaran bagi sekolah rendah ialah RM3 untuk kokurikulum, kertas ujian dalaman (RM6), sukan tahunan sekolah (RM6), kegiatan Pendidikan Islam untuk murid beragama Islam atau Pendidikan Moral untuk bukan beragama Islam (RM6), Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (RM2) dan Insurans Takaful (RM1.50). Bagi sekolah menengah pula, bayaran kokurikulum RM6, kertas ujian dalaman (RM10), sukan tahunan sekolah (RM6), kegiatan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral (RM6), MSSM (RM4) dan Insurans Takaful (RM1.50). “Secara keseluruhan, kadar bayaran tambahan untuk persekolahan tahun depan lebih rendah berbanding tahun ini. Bayaran tambahan ini pada kadar minimum supaya tidak bebankan ibu bapa. “Ia adalah untuk pelaksanaan aktiviti pembangunan pelajar dan dikutip pada awal sesi persekolahan dibuka nanti,” katanya ketika dihubungi semalam. Bagaimanapun, Alimuddin berkata, sebarang bayaran tambahan lain bergantung kepada persetujuan pihak sekolah serta persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) berdasarkan keperluan aktiviti murid di sekolah masing-masing dengan mengambil kira latar belakang ekonomi ibu bapa mereka. “Apabila kadarnya dipersetujui bersama pihak sekolah dan PIBG, ia perlu dimaklumkan kepada Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing,” katanya. Bagaimanapun, pihak sekolah hanya dibenarkan mengutip sumbangan PIBG berdasarkan satu keluarga satu bayaran tanpa mengambil kira bilangan anak di sekolah yang sama. Sebelum ini, Kementerian Pelajaran memperkenalkan tiga pakej bayaran tambahan iaitu Pakej A RM38.50, B (RM30.50) dan C (RM23.50) untuk sekolah rendah, sekolah menengah Pakej A (RM55.50), B (RM44.50) dan C (RM33.50). Pakej A bagi ibu bapa yang bekerja dalam bidang profesional seperti usahawan dan pegawai tinggi kerajaan, Pakej B untuk pegawai kerajaan kumpulan sokongan dan profesional serta Pakej C untuk petani, peladang, kakitangan kerajaan dan pekerja bawahan. Sementara itu, Presiden Majlis Permuafakatan PIBG Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, berkata pihaknya dihubungi ramai ibu bapa yang menyuarakan kegelisahan kerana belum mendapat maklumat berhubung bayaran tambahan yang akan dikenakan pada sesi persekolahan tahun depan. http://bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/BeritaUtama/20091224012845/Article/

Jawapan kepada punca Kesesakan trafik pagi tadi

Hanya kerana lori ini yang rosak telah mengakibatkan beribu-ribu (mungkin juga berbelas ribu) terperangkap dalam kesesakan lalulintas yang teruk. Mujur (walaupun sudah agak lewat) polis membuka lorong sebelah sebagai laluan melepaskan mereka yang terperangkap itu.

Lewat ke kelas

Hai hairan tengok trafik hari ini. Jam yang amat teruk. Dah dekat sejan aku terperangkap tapi baru gerak kurang 1 km. Skrg aku baru tiba kat trafic light pasar borong seri kembangan. Apa punca dia agaknya... Adakah sebab orang berpusu2 nak amik keputusan PMR? Skrg dah kul 8.40, kelas 8.30

Jam Giler di Equine

Wednesday, December 23, 2009

Bas Catar

Aku tengah tunggu org rumah aku di tepi auditorium parcel D, tiba2 terdengar hon yang kuat. Serta-merta aku toleh ke kanan, rupa2nya ada kereta yang menghalang laluannya. Dalam pada tu aku terpandang tepi bas tu. Bas Catar! Hmmm... ada ke istilah ini?

Jumpa Jafri & Sham di UKM

Jafri ni kawan masa kerja kat MoE dulu. Sekarang dia tengah nak habiskan study awal tahun depan.... kena panggil Dr. lah pulak lepas ni. Sham ni aku baru kenal tadi. Dia kerja kat IAB. Mungkin pernah jumpa dalam mesyuarat di MoE dulu cuma tak perasan. Kita orang minum di Bestari - Budak hensem Jafri yang belanja

Monday, December 21, 2009

BPL: Minggu suram bagi kebanyakan pasukan besar

MU dan Liverpool sengsara dalam perlawanan hujung minggu lalu apabila kalah dalam perlawanan masing2. Chelsea pula sekadar seri sewaktu bertandang ke West Ham. Hanya Arsenal sahaja yang ceria apabila menag 3-0 ke atas Hull City. Tottenham dan Aston Villa semakin bersaing sengit untuk menjadi big four menyertai chelsea, MU dan Arsenal. Liverpool dilihat semakin hambar untuk layak menyertai Champions League pada tahun hadapan. Markh Huges pula dipecat sebagai pengurus Manchester City walaupun pasukannya menang 4y ke atas Sunderland.

Sunday, December 20, 2009

Cameraman extra

Game Pertama

Perlawanan Rusia menentang Asia dimulakan dengan Maria Kirilenko dan Zheng Lie

Zainal Abidin (Hijau)

Tenis

Showdown of Champions

Aku dengan orang rumah, Ira dan Irfan menonton perlawanan single Elena Dementieva, Sania Mirza, di Stadium Malawati Shah Alam.

Biar Betul Berita Harian

Aku rasa berita yang diterbitkan di akhbar Berita Harian ini adalah silap. Silap of the year kot? Setahu aku yang menonton di Astro 816 pagi tadi, Barcelona memenangi perlawanan ini dengan 2-1 selepas masa tambahan. Gol kemenangan Barca dijaringkan oleh Messi. Emosi menyelubungi pemain Estudiantes terutamanya kaptennya Juan Sebastian Veron (ingat tak siapa pemain ni) kerana Barcelona menyamakan kedudukan pada minit ke-89 iaitu kira-kira 1 minit lagi untuk menobatkan pasukannya menjuarai pertandingan tersebut.
Estudiantes mendahului pada minit ke-37 melalui jaringan M.Boselli. Kedudukan kekal hingga ke minit 89 dan di saat-saat pemain dan penyokong Estudiates menahan debaran jantung untuk dinobatkan sebagai juara, tiba-tiba P.Rodriguez berjaya menyamakan kedudukan. Ini membawa perlawanan bersambung ke masa tambahan dan Messi berjaya membawa Barcelona mencipta sejarah apabila menjaringkan gol pada minit ke-110.
Estudiantes juara dunia
PENYERANG Barcelona, Zlatan Ibrahimovic (kiri) menguasai bola ketika diasak pemain Estudiantes, Rodrigo Brana pada final Piala Kelab Dunia di Abu Dhabi, malam tadi.
ABU DHABI: Kelab Argentina, Estudiantes de La Plata muncul juara Piala Kelab Dunia apabila menundukkan juara Eropah, Barcelona 1-0 di Stadium Sheikh Zayed, Emiriah Arab Bersatu (UAE), malam tadi. Walaupun dibarisi pemain ternama termasuk Pemain Terbaik Dunia, Lionel Messi, skuad Pep Guardiola ketinggalan seawal minit ke-37 apabila penyerang Estudiantes, Mauro Boselli menanduk cantik untuk gol tunggal buat juara Copa Libertadores itu. Pasukan Catalan itu, yang mahu melengkapkan 2009 dengan bergaya selepas menang lima piala utama yang mereka sertai - juarai Primera, Liga Juara-Juara dan Copa del Rey serta Piala Eropah dan Piala Super Sepanyol, gagal memanfaatkan banyak peluang terutama pada babak kedua. - Agensi Sementara itu, dalam perlawanan penentuan tempat ketiga, kelab Pohang Steelers dari Korea Selatan menewaskan Atlante dari Mexico 4-3 menerusi sepakan penalti selepas keputusan terikat 1-1. - Agensi

Saturday, December 19, 2009

Menziarahi Kematian

pagi tadi aku ke Telok Panglima Garang menziarahi kematian anak sepupu orang rumah aku. Bayi yang baru dilahirkan hanya sempat hidup 4 jam menepati ramalan doktor. Alfatihah

Dua Mak 'Yong' Bertemu

Monday, December 14, 2009

Irfan: Pertama kali

Semalam patutnya Irfan ke Shah Alam tapi dia batalkannya sebab tetiba kawan dia Firdaus nak tidur kat sini. Jadi semalam dan sepanjang hari ini dia puaslah bermain PSP, PS2 sambil menonton AstroMax berdua. Malam ni pulak dia buat pertama kalinya tidur kat rumah kawan baik dia si Kimi di Nusaputra. Petang tadi dalam pukul 6.30 petang, emak dan bapa Kimi datang menjemput dia. Punyalah seronok dia sampai lupa nak telefon aku. Aku telefon dia beberapa kali, dia tak jawab. Terpaksa aku SMS mak Kimi mintak dia telefon aku, barulah dapat bercakap. Kimi dengan adik dia Haziq baru aje berkhatan rupa-rupanya...

Sunday, December 13, 2009

BPL: Chelsea seri di Stamford Bridge

Chelsea mencicirkan 2 mata berharga bagi membolehkannya menjarakkan diri dari MU kepada 5 mata apabila gagal menewaskan Everton. Kedudukan seri 3 sama dalam perlawanan yang mendebarkan. Dengan keputusan ini, MU berpeluang untuk menyamakan kutipan mata andainya berjaya menewaskan Aston Villa sebentar lagi.

Saturday, December 12, 2009

Apa halnya ni?

Wow! Ada tong sampah standard Kementerian Pelajaran Malaysia rupa-rupanya. Hmmm...tajaan/keluaran World Class Media. Memang world class!
Tapi macam ada yang tak kena
Hmmm...penat cari dalam kamus perkataan RAYKAT tapi tak jumpa

Friday, December 11, 2009

The Household Cavalry Museum

The Household Cavalry Museum is a living museum in the heart of Horse Guards, Whitehall, London. Unlike any other military museum it offers a unique “behind- the-scenes” look at the work that goes into the ceremonial and operational role of the Household Cavalry Regiment.

Manchester

London

10 Downing Street (Colloquially known in the United Kingdom as “Number 10”) is the official residence and office of the First Lord of the Treasury and hence Prime Minister of the United Kingdom. The headquarters of Her Majesty's Government, it is situated on Downing Street in the City of Westminster in London.
London Eye Minster Court Westminster Bridge Road, London, SE1 7JB,
United Kingdom 0870 500 0600
Big Ben is the nickname for the great bell of the clock at the north end of the Palace of Westminster in London, and is often extended to refer to the clock or the clock tower as well. Big Ben is the largest four-faced chiming clock and the third-tallest free-standing clock tower in the world. It celebrated its 150th anniversary in May 2009 (the clock itself first ticking on 31 May 1859), during which celebratory events took place.
The nearest London Underground station is Westminster on the Circle, District and Jubilee lines.
Having breakfast
London Dockyard Hotel, East India

Thursday, December 10, 2009

Old Trafford

Kebetulan 5 Disember baru-baru ni aku di Old Trafford. Kira sambut birthday sekalilah kat situ...
Foto

Wednesday, December 9, 2009

Hatrik Owen membawa kemenangan MU ke atas Wolsburg

Micheal Owen menjaringkan 3 gol dalam perlawanan pagi tadi bagi membolehkan MU menewaskan Wolfburg 3-1 di gelanggang lawan

Thursday, December 3, 2009

Teringin nak ke Old Trafford

Irfan beria-ia sangat nak ke stadium Manchester United di Old Trafford. Bersungguh-sungguh dia berlatih bola. Terdetik juga di hati kecil aku untuk mengabulkan impian dia....

Dah kat airport

Kita bertiga akan bercuti mulai malam ini hingga Selasa.