Sunday, February 28, 2010

Status Hukum Skim Infinity Downline @ Login Facebook Dapat RM 100

Aku tengok sejak beberapa bulan yang lalu kerap ajakan-ajakan menyertai skim ini di dalam Facebook. Dalam hati aku berkata tak habis-habis manusia ini inginkan kekayaan dengan cara yang senang. Tak pernah sedar walaupun sudah berderet-deret skim cepat kaya seumpama ini terbukti akhirnya menipu pelanggan. Namun kelicikan penaja skim ini mampu mengaburi mata orang ramai. Konsep penipuannya sama cuma nama skim diubah dan menggunakan kaedah yang berbeza.
Di dalam blog Zaharuddin Abd Rahman di www.zaharuddin.net yang diposkan pada 13 Rabi'ul Awal 1431 H/27 Feb 2010 ada diterangkan secara panjang lebar mengenai skim ini. Diringkaskan cerita, menurutnya skim ini adalah HARAM. Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

No comments: