Friday, February 5, 2010

Hujan lebat

Pagi ni aku hantar Irfan ke sekolah. Hujan lebat betul bila semakin hampir dengan Sekolah Kebangsaan Seksyen 2 Bandar Kinrara tu. Seperti yang dijangka, pintu pagarnya sesak dengan kenderaan yang bersusun nak masuk. Aku tak sanggup nak tunggu lalu terus mencari parking di tepi jalan utama. Memang rezeki aku, ada parking yang kosong dan terus aku masuk. Sementara itu, Irfan sudahpun menyiapkan payung untuk aku gunakan. Dalam keadaan hujan lebat itu, agak sukar juga untuk aku keluarkan dan membuka payung kerana air hujan turun mencurah-curah. Sebaik saja payung dibuka, kaki akupun terus melangkah keluar....alamak, dalamnya air! Habis tenggelam capal (sandal) yang aku pakai kerana paras melebihi buku lali aku. Nasib baik aku tak jadi memakai kasut sewaktu keluar dari rumah tadi. Habis macam mana Irfan nak turun kalau air sedalam tu? Dia pakai kasut yang baru dibasuh pulak tu sebab kasut dia semalam comot akibat terpijak lopak. Hmmm...dapat idea, dukung dia!

1 comment:

Wan said...

teringat masa saya sekolah rendah, arwah Abah hantar saya dengan basikal dia sampai ke pintu kelas. Bukti sayangnya seorang ayah pada anaknya..al-Fatihah