Showing posts with label dania. Show all posts
Showing posts with label dania. Show all posts

Sunday, May 23, 2010

Cemburu seorang anak

Dania melawatsepupunya dengan emaknya
Tapi bila emaknya mula mendukung baby, cemburunya pun bermula

Monday, February 9, 2009

Dania Dengan Baju Baru

Aku, orang rumah aku, Along dan anaknya Dania pergi ke Giant Kinrara. Sebelum ke sana, kita orang bersarapan kat food court BK4 dulu. Dania dia pakai baju berbelang hitam pink dan seluar hitam. Lepas Dania puas bermain di playland kat tingkat atas sekali, kita orang singgah kat gerai jual pakaian kanak-kanak. Mula2 mak ngah (panggilan orang rumah aku) tanya Dania ni, nak tak beli baju. Dania jawab tak nak. Tapi mak ngahnya dan mak dia dah memang berkenan dengan t-shirt putih dan jean berbunga2. So dia orang cuba try test uji pakailah pada si Dania ni. Kat tempat open, main sarung ajelah baju dan seluar bersama-sama pakaian yang dia tengah pakai. Bila dah dipakaikan, si Dania ni tetiba dah tak nak buka semula, dia suka lak baju dan seluar tu! Ah, sudah......
Lepas tu dia serta-merta masukkan tangan dia ke dalam poket seluar - tangan kanan kat poket belakang, tangan kiri kat poket depan. Dah tak boleh nak buat apa-apa, maka berjalalah dia dengan kedua-dua tangan kat poket, badan lak dah macam bungkusan nangka masak. Memang lucu tengok gelagat dia dari tingkat atas sampai ke parking kereta berjalan dengan kedua-dua tangan dalam poket! Memang sepanjang jalan orang-orang yang nengok betapa siksanya si Dania ni berjalan (macam kena dera aje) tersenyum lucu ....
Bila dah sampai rumah, mintak bukakan baju yang sebelah dalam dan tetap pakai baju barunya...

Sunday, February 8, 2009

Dania Datang Rumah

Dania datang ke rumah aku dengan emak dan bapanya. Tapi lepas hantar dia orang, bapanya kena pergi ke bengkel untuk repair kereta emaknya yang accident. Kakak ipar aku dengan anaknya ini akan bersama-sama kita orang ke Banting untuk hadir kenduri malam ni.

Saturday, November 8, 2008

Siksanya Mak Ngah

Sebelum menonton game Arsenal menentang MU di kedai mamak Seksyen 7, aku ke Restoran Khalifah untuk beli dinner dengan orang rumah aku, Irfan dan Dania. Budak berdua tu seronok keluarkan kepala kat sunroof. Cuba tengok gambar, betapa seronoknya mereka berdua.
Namun disebalik kegembiraan tersebut, perhatikan orang yang bertanggungjawab disebaliknya - siksanya Mak Ngah (Dania panggil orang rumah aku mak ngah). Mak Ngahnya terpaksa menjulang si Dania kerana kaki dia tak sampai nak pijak arm rest kereta. Tambah siksa lagi sebab sekarang ni si Dania dah berisi sikit, jadi sesak juga orang umah aku dibuatnya.

Saturday, September 13, 2008

Berbuka di Kinrara

Ahad lepas 7 September , kakak ipar aku dengan anaknya Dania datang ke rumah aku berbuka puasa. Orang rumah aku masak lemak sawi dengan sambal tumis udang dan ikan goreng.