Showing posts with label chelsea. Show all posts
Showing posts with label chelsea. Show all posts

Sunday, April 27, 2014

BPL: Siapa bakal Juara Musim 2013/2014?

Kekalahan Liverpool 0-2 kepada Chelsea membuka semula pintu perebutan tiga penjuru iaitu Manchester City, Liverpool dan Chelsea.  Perlawanan di Anfiled membawa malang kepada pasukan tuan rumah atas kesilapan ketua pasukan Steven Gerard.  Adakah sejarah musim 2008/2009 dan 2011/2012 akan berulang?

Pada musim 2008/2009 Liverpool di bawah pengurus Rafael Benitez dilihat begitu berpontensi untuk menjadi juara.  Keyakinan beliau untuk menjadi juara ketika itu cukup tinggi hingga mendedahkan rahsia kebangkitan pasukannya.  Namun hasratnya tidak kesampaian apabila musuh ketatnya Manchester United mengekalkan kejuaraan untuk menjadi jara liga tiga musim berturut-turut.

Manakala musim 2011/2012 City terpaksa menanti bukan sahaja pada perlawanan terakhir musim malah hingga ke saat-saat akhir perlawanan menentang QPR untuk memintas Manchester United hanya berdasarkan kelebihan beza jaringan gol.

Berbaki 2 perlawanan bagi Liverpool dan Chelsea sementara City pula 4 perlawanan

Manchester United meninggalkan jauh City untuk mengungguli musim 2012/2013

Manchester City berjaya memintas Manchester United pada saat-saat akhir perlawanan terakhir musim 2011/2012










Friday, November 16, 2012

Berita Bola: Top Ten: Richest Premier League Players




10. Joe Cole, Liverpool - Worth: £18 million
 
9. Petr Cech, Chelsea - Worth: £18 million
 
8. Fernando Torres, Chelsea - Worth: £21 million
 
7. John Terry, Chelsea - Worth: £26 million
 
6. Frank Lampard, Chelsea - Worth: £30 million
 
5. Steven Gerrard, Liverpool - Worth: £30 million
 
4. Ryan Giggs, Manchester United - Worth: £33 million
 
3. Michael Owen, Stoke - Worth: £39 million
 
2. Rio Ferdinand, Manchester United - Worth: £40 million
 
1. Wayne Rooney, Manchester United - Worth: £45 million

Dipetik dari givemefootball.com

Berita Bola: Falcao not thinking about €60m Chelsea transfer


Chelsea target Radamel Falcao insists he is focused on Atletico Madrid and is not letting himself become distracted by rumours of a switch to Stamford Bridge during the January transfer window.
Falcao has frequently been linked with a transfer to Chelsea as the Colombian as the Blues consider bringing goalscoring reinforcements to support much-maligned striker Fernando Torres.
Torres has failed to find the net for Chelsea since August in the Premier League, while Falcao has scored 13 goals in 11 appearances in all competitions for Atletico this season.
Goal.com claims Chelsea have already opened informal talks with Atletico regarding a €60 million transfer when the window opens in January, with that fee able to activate Falcao's release clause.
Falcao, however, is not thinking about Chelseaand the 26-year-old has ensured Atletico supports that he is firmly focused on the job in hand at the Vicente Calderon.
"The last thing I'm thinking about right now is a transfer," he told reporters, as reported byGoal.com.
"I have a contract with Atletico Madrid and I'm focused on my team.
Falcao only joined moved to Madrid in the summer of 2011 as Atletico moved to replace Manchester City bound Sergio Aguero and has found the net 49 times in 60 games for the Spanish club.

di petik dari laman web gimmefootball

Sunday, August 8, 2010

Community Shield: MU menentang Chelsea

Malam ini akan berlangsung perlawanan Perisai Komuniti antara dua pasukan ternama ini. Bagi Manchester United yang terlepas peluang memenangi gelaran Liga Perdana buat kali keempat berturut-turut kepada Chelsea, dijangka tidak menurunkan Rio Ferdinand, Michael Carrick, Patrice Evra, Anderson dan Owen Hargreaves. Wayne Rooney dan Nemanja Vidic juga bakal memainkan peranan terhad kerana jurulatih mahu memberi lebih banyak peluang kepada penyerang mudanya, Javier Hernandez, Chris Smalling dan Darron Gibson untuk beraksi. Ferguson menaruh harapan penuh kepada pemain mudanya untuk menyinar.

Saturday, May 1, 2010

BPL: Perlawanan hujung minggu penuh debaran

Perlawanan hari Ahad ini amat menarik. Masing-masing mempunyai cita-cita dan impian yang berbeza. Chelsea menentang Liverpool di Anfield. Chelsea perlu menang untuk memastikan mereka berjaya merampas kejuaraan daripada MU. MU yang bakal menentang pasukan di tangga ke-10, Sunderland sememangnya mengharapkan agar Liverpool memenangi perlawanan itu bagi membolehkannya mencerahkan peluang mengekalkan kejuaraan.
Dengan lakaran sejarah masing-masing telah memenangi 18 kali kejuaraan liga ini, mungkin terdetik di hati Liverpool untuk membiarkan Chelsea mengalahkannya agar MU tidak memintas rekod milik bersama mereka itu. Suratkhabar hari ini juga sibuk menyatakan bahawa peminat Liverpool lebih rela kalah dalam perlawanan ini asalkan MU tidak menjuarai liga BPL ini. Namun dilema juga akan menghantui Liverpool jika faktor profesionalisme menjadi pegangan. Di samping itu, masalah kewangan di Liverpool juga perlu difikirkan sama. Kemenangan ke atas Chelsea boleh mengukuhkan peluang Liverpool untuk menyertai liga Eropah. Ia merupakan tiket untuk menjana pulangan wang yang besar. Sedikit sebanyak sudah pasti ia dapat membantu Liverpool mengatasi masalah kewangannya.

Sunday, February 28, 2010

'2' mendominasi perlawanan Chelsea dan Man City

Semalam berlangsung perlawanan yang dianggap penting oleh kedua-dua pasukan tersebut. Chelsea mahu mengekalkan kedudukan teratasnya dalam liga untuk menjarakkan perbezaan mata dengan pasukan di tangga kedua, Manchester United. sementara Man City mahu terus berada di top four. Sebanyak enam gol dijaringkan dalam perlawanan ini.
Gol-gol perlawanan telah dijaringkan oleh 3 orang sahaja iaitu Lampard (Chelsea), Tevez dan Bellamy (Man City) yang masing-masing menjaringkan dua gol. Dua gol dijaringkan dalam separuh masa pertama. Dua pemain Chelsea yang masing-masing mempunyai dua huruf l pada namanya, Belletti dan Ballack telah dibuang padang pada separuh masa kedua. Ballack dibuang akibat menerima dua kad kuning sementara Belletti menerima kad merah apabila mengkasari Gareth Barry dalam kotak penalti. Akibatnya City mendapat sepakan penalti dan Tevez tidak mensia-siakan peluang untuk menjaringkan gol keduanya. Gol Tevez ini menyebabkan Chelsea ketinggalan dua gol apabila kedudukan menjadi 1-3. Lampard menjaringkan gol pertamanya pada minit ke-42 sementara Bellamy pula pada minit ke-52. Keputusannya Chelsea tewas 2-4 di gelanggang sendiri.
Apa-apapun dah pasti Usop Temerloh (bukan Rompin lagi) merasa kecewa....sabor Sop

Thursday, February 4, 2010

BPL: Rezeki MU datang awal

Hull City berjaya mengekang Chelsea mendapat 3 mata apabila seri 1-1. Ini masih mengekalkan Chelsea di tempat teratas dengan beza 2 mata dengan MU. Aku mula-mula jangka Chelsea akan tercicir mata apabila menentang Arsenal hujung minggu ni. Namun dengan tidak disangka-sangka rupa-rupanya ia berlaku lebih awal. Mana nak sangka, Hull City dianggap sebagai pasukan belasahan oleh sesetengah orang. Apatah lagi ia menentang pasukan teratas liga. Alhamdulillah

Wednesday, April 15, 2009

Liga Juara-Juara

Pagi nanti dalam pukul 2.30 MU akan menentang Porto. Aku harap MU mampu memecahkan rekod tanpa kalah Porto terhadap kelab Inggeris di gelanggang mereka. Kemasukan Rio Ferdinand semula dilihat mampu menguatkan benteng pertahanan yang bwgitu rapuh sejak dua menjak ni. Mengenai perlawanan Liverpool dengan Chelsea semalam, seperti yang aku agak Liverpool memang begitu mengerikan pengurus, pemilik, pemain dan peminat Chelsea. Jaringan 8 gol memang di luar dugaan sama sekali. Namun Liverpool terpaksa akur perjalanannya terhenti di suku akhir sahaja.... Pada Raj dan Abang, jangan sedih sangat. Macam Benitez kata, sekarang Pool akan memberi lebih tumpuan dalam liga domestik - menyingkirkan MU dari tahta liga!

Thursday, March 12, 2009

Champions League: 4 Kelab Inggeris Masuk ke Suku Akhir

Setelah berlangsungnya perlawanan kedua pusingan kalah mati 16 pasukan, MU, Liverpool, Chelsea dan Arenal melepasi halangan masing-masing. Empat lagi pasukan yang akan bermain di pusingan suku akhir ialah Bayern Munich (Jerman), Barcelona (Sepanyol), Porto (Portugal) dan Villareal (Sepanyol).

Saturday, February 21, 2009

EPL: Chelsea vs Aston Villa

21 Feb 2009, 8.45 pm - Perlawanan di Villa Park Birmingham ini aku anggap menarik di atas beberapa faktor. Faktor utamanya aku rasa sudah pasti disebabkan oleh Gus Hiddink, pengurus baru Chelsea setelah menyingkirkan Luis Felipe Scolari. Guus Hiddink ditaruh harapan yang besar untuk merubah nasib Chelsea oleh peminat dan apa tah lagi oleh pemilik kelab tersebut Roman Abramovich yang juga merupakan bilionair Russia. Apa yang menarik ialah kesanggupan Abramovich untuk memancing Hiddink yang pada ketika ini masih lagi menjadi jurulatih Russia.
Perlawanan malam ini adalah perlawanan sulung Chelsea di bawah kendaliannya dalam liga EPL. Chelsea yang kian terdesak apabila menduduki ditempat keempat di belakang Aston Villa. Aston Villa sudah pasti akan bermati-matian mempertahankan kedudukan ketiganya bagi membolehkannya layak memasuki liga juara-juara secara automatik. Jika ini berlaku, maka dua kelab gergasi Inggeris Chelsea dan Arsenal akan berlumba-lumba mendapatkan tiket terakhir untuk ke pertandingan tersebut melalui pusingan kelayakan.
Chelsea sebelum ini menyingkirkan empat jurulatihnya - Claudio Ranieri, Jose Mourinho, Avram Grant dan Luiz Felipe Scolari - semuanya memiliki rekod cemerlang dalam karier jurulatih tetapi gagal memenuhi harapan pemilik kelab, Roman Abramovich.
Hiddink bukan calang-calang jurulatih. Reputasinya yang sentiasa mampu mambawa pasukan negara melayakkan diri melepasi pusingan pertama kejohanan besar seperi Piala Dunia dan Euro amat membanggakan sekali. Di Korea Selatan namanya memang hebat sewaktu kejohanan Piala Dunia 2002 (31 Mei - 30 Jun) yang berlangsung di Jepun dan Korea Selatan. Pada tahun tersebut Brazil dengan 3Rnya di bawah kendalian Luiz Felipe Scolari memenangi piala tersebut. Dalam Piala Dunia berikutnya pada tahun 2006 di German (9 Jun - 9 Julai), Hiddink berjaya membawa pasukan Australia buat pertama kalinya ke pusingan 16 pasukan terbaik. Russia pula sewaktu Euro2008 mendapat bimbingannya sehingga mengalahkan Turki dalam perlawanan penentuan tempat ketiga. Namun perlu diingat bahawa mengendalikan sebuah pasukan negara agak berbeza dengan mengendalikan pasukan kelab. Tunggu dan lihat sama ada sentuhan ajaibnya masih berfungsi di Chelsea atau dia akan mengikuti jejak 4 nama besar sebelumnya di Chelsea....

Sunday, January 11, 2009

EPL: Liverpool Tercicir Mata

Dengan keputusan seri 0-0 di antara pendahulu liga Liverpool menentang Stoke City memberi peluang kepada Chelsea untukmemintas andainya berjaya mengalahkan Manchester United di Old Trafford tengah malam ini. MU yang juga sudah pasti gembira dengan keputuan itu akan mengambil peluang untuk merapatkan beza matanya kepada 5 andainya memenangi perlawanan ini. Namun Chelsea mempunyai rekod perlawanan di tempat lawan yang cemerlang dalam musim ini dengan rekod lapan kemenangan daripada sepuluh kunjungan tempat lawan.

Sunday, December 28, 2008

EPL: Liverpool, Chelsea sama ghairah

Siapa kelab teratas pada pertengahan musim Liga Perdana Inggeris (EPL) bakal ditentukan di antara Liverpool dan Chelsea, hari ini. Liverpool bakal menyudahkan saingan 2008 di tangga teratas liga andai barisan pimpinan Rafael Benitez dapat menewaskan Newcastle. Namun, barisan bergelar The Reds itu sedar betapa sebarang kemerosotan akan dihukum pesaing terdekat, Chelsea yang hanya satu mata di belakang dan akan berdepan Fulham di gelanggang lawan.
Chelsea menambah tekanan kepada pendahulu itu selepas menewaskan pasukan tangga terbawah, West Bromwich Albion 2-0 dan menerajui liga buat beberapa jam, kelmarin. Liverpool gagal untuk muncul jagoan bola sepak England sejak 1990.
Penyandang juara, United memenangi perlawanan domestik pertama sejak menjuarai Piala Kelab Dunia di Jepun, kekal tujuh mata di belakang pendahulu kelmarin, dengan dua perlawanan dalam tangan selepas menewaskan Stoke City 1-0 di tempat lawan.
Namun begitu ia adalah waktu sukar buat satu lagi pasukan 'Big Four', Arsenal yang mensia-siakan dua gol pendahuluan di masa kecederaan sebelum seri 2-2 di tempat lawan kepada Aston Villa yang membolehkan pasukan Midland itu mengekalkan kedudukan di tempat keempat.
- Berita Harian, 28 Disember 2008

Monday, September 22, 2008

EPL: MU di Stamford Bridge

Semalam sempat aku tengok separuh jalan perlawanan di antara Red Devil dengan The Blues di London (away). Adrenalin memang tak henti-henti mengalir kerana gamenya memang best tengok. Walau bagaimnanapun nasib tidak menyebelahi MU pasal Chelsea akhirnya berjaya menyamakan kedudukan 1-1. Gol MU dijaringkan oleh Park Ji Sung sementara Malouda membalas untuk Chelsea. Hmmm...Yusri mesti lega dengan result ni. Ronaldo buat pertama kali turun main di EPL tapi persembahannya kurang menyengat. Dengan keputusan seri, MU gagal memecah rekod tanpa kalah Chelsea di gelanggang sendiri (ntah tak ingat lak berapa game)

Sunday, March 30, 2008

Three horses race!

The race is between Manchester United, Arsenal and Chelsea (eh, mana Liverpool?) for the BPL title. I snapped the pic from the tv shown the remainder matches for each team. Last nite MU beat Aston Villa 4-0 (Ronaldo, Tevez and double from Rooney) while Arsenal came from behind to beat Bolton 3-2. Hmmm... will MU able to retain the champion? Kashfi! Kalau MU johan belanja cendol eh. Jangan lupa bawak si Asman tu sekali. Wait and see.... Raj and Abang, any comment?